Pages

Tuesday, April 28, 2009

Musim Menelaah & Berjuang



Selamat menelaah, selamat belajar dan selamat menduduki peperiksaan kepada pelajar yang mengambil kursus ZT 2243 Kemahiran Menulis dan ZT 2213 Bentuk-bentuk Penulisan. Moga jawab yang terbaik. Jumpa dalam dewan peperiksaan.

Thursday, April 16, 2009

Lawatan Bahasa dan Budaya Pelajar Antarabangsa II

Entry kali ini hanya mengandungi gambar-gambar yang diambil sepanjang lawatan pelajar Antarabangsa di Homestay dan Hotspring Sungai Klah. Gambar-gambar ini adalah sumbangan Sdr. Shahmi, merangkap jurugambar rasmi dalam lawatan berkenaan. Selamat menikmati;

Sambutan yang gilang gemilang
Penuh satu dewan
Tarian Sewang daripada penduduk Orang Asli berhampiran
Persembahan Pelajar










Menikmati makan tengahari













Laluan pejalan kaki











Aliran sungai air panas. Berasap!
Merendam kaki
Yummy! Telur pun boleh masak!
Bergambar kenangan sebelum bertolak balik
Minum kelapa muda
Wajah-wajah comel





















Monday, April 13, 2009

Lawatan Bahasa dan Budaya Pelajar Antarabangsa





Lawatan Bahasa dan Budaya Pelajar Antarabangsa 2009

Tarikh: 11 April 2009
Tempat: Homestay Sungai Klah, Sungkai, Perak
Peserta: Pelajar Antarabangsa Kursus Bahasa Melayu UKM terdiri daripada pelajar yang berasal dari Nigeria, Iran, Iraq, China dan beberapa Negara lain.

Acara Rasmi seperti dalam pamplet

7.30 Pagi Berkumpul di hadapan DECTAR
8.00 Pagi Bertolak
10.30 Homestay Sungai Klah, Sungkai, Perak
Acara sambutan oleh penduduk kampong
Sarapan pagi
Ucapan wakil penduduk
Ucapan wakil pelajar
Persembahan penduduk daripada Persatuan Wanita

01.00 Petang makan tengahari: makan beradat masyarakat Melayu
1.45 Solat dan rehat
2.00 Petang Lawatan sekitar kampong
ke kampong orang asli
persembahan Tarian Sewang
Minum air kelapa muda
4. 00 Petang Hot Spring

6.30 Pulang ke UKM

Orang kuat Program: Puan Azila
Homestay Sungai Klah boleh di layari di http://www.homestay.uum.edu.my/index3.asp?pg=WHSLatar&ID=167

Latar belakang


Homestay Sungai Klah, Sungkai adalah penempempatan Rancangan Felda yang terletak di selatan Negeri Perak. Asal usul nama Sungai Klah ini adalah di ambil disebabkan terdapat ikan klah yang banyak di Sungai Sungkai. menyusuri exit Sungkai Lebuhraya PLUS. Jarak daripada Tol Sungkai adalah kira-kira lima (5) kilometer.

Alamat
Homestay Sungai Klah, Sungkai
Pejabat Felda Sg.Klah, Sungkai, 35600, Sungkai, PERAK
Tel::+6 05-4386869 / +605-4387167 Faks:+605-4388337/+605-4387167


Perjalanan ke Homestay Sungai Klah, Sungkai, Perak dari UKM mengambil masa kira-kira 3 Jam. Letaknya 200 km dengan susur keluar di tol Sungkai. Ketibaan kami disambut oleh Pengerusi Felda Sungai Klah, Tuan Haji Abdul Rahman; Ketua kampung, En. Napiah yang lebih dikenali sebagai Tok Wan oleh penduduk kampung; Pengerusi Homestay Sungai Klah, Encik Said; Tok Batin dan penduduk kampung.

Acara dimulakan dengan nasyid yang disampaikan kumpulan Nasyid Mawardah dengan lagu berjudul Assalamualaikum sebelum ucapan Pengerusi Homestay. Acara diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, Pengerusi Felda Sungai Klah dan Ketua Kampung.

Kampung Sungai Klah wujud sejak tahun 1964 yang terdiri daripada 369 keluarga. Ianya meliputi 304 keluarga penduduk berbangsa Melayu, 37 keluarga berbangsa India dan 28 keluarga berbangsa Cina. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama penduduk di sini merangkumi kelapa sawit, getah, buah-buahan dan kini menjadikan sumber alam semulajadi sebagai tarikan destinasi pelancongan. Kewujudan Homestay Sungai Klah membuka sumber ekonomi baru kepada penduduk Sungai Klah dan kawasan sekitarnya.
Seterusnya, rombongan dihidangkan dengan kuih tradisional dan jus jambu batu (guava) sebagai ucapan selamat datang. Sambutan di dewan diteruskan dengan koir lagu “Perak darul Ridhwan” sebelum persembahan tarian Sewang daripada kumpulan orang asli. Tiga tarian daripada kumpulan orang asli telah dipersembahkan dengan diketuai Tok Batin. Kumpulan pelajar juga diberi peluang untuk sama-sama menarikan tarian berkenaan. Acara ini mendapat sambutan hangat daripada peserta.

Unik tak busananya?
Mengikut perancangan awal, lawatan ini turut merangkumi lawatan ke kampung orang asli berdekatan yang akan dihidangkan dengan tarian sewang. Walau bagaimanapun, lawatan itu terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kawasan kampung berkenaan dilanda wabak chikungunya.
Kenang-kenangan

Para pelajar juga turut membuat persembahan spontan yang terdiri daripada pelbagai bentuk tarian kebudayaan negara masing-masing. Walaupun ianya tidak termasuk dalam aturcara program, namun persembahan berkenaan ternyata memeriahkan lagi suasana. Acara di dewan ditutup dengan beberapa buah lagu nasyid dan tarian pocho pocho.
Persembahan Pelajar
Mencuba Memalu Kompang

Peserta lawatan dihidangkan makan tengahari dengan masakan Melayu sebelum meneruskan acara ke kawasan Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah yang terletak lebih kurang 8 km dari Homestay Sungai Klah. Peserta dibenarkan melakukan acara bebas di di sini hingga jam 6.30 petang.











Hadapan Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah.


Bayaran yang dikenakan adalah RM10 untuk dewasa, RM8 untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, rombongan ini diberi keistimewaan dengan hanya dikenakan bayaran masuk untuk kanak-kanak, sementara kanak-kanak pula percuma sahaja memandangkan terdapat kerjasama dengan pihak Homestay, Felda dan juga pelajar universiti. Kami menapak melalui laluan berjambatan yang dibina khusus, merentasi kawasan air panas.
















Punca Air panas yang mengalir menjadi anak sungai.

Di TRAP, disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet, medan selera, surau yang bersih dan cantik, bilik persalinan, tandas, kolan air panas dan kolam air gunung.

Tempayan indah terlihat sangat tradisi. Diisikan air sejuk dan menjadi tempat basahkan badan sebelum masuk dan berendam dalam kolam air panas.














Kawasan kolam air panas.















Kawasan kolam air gunung.














Pengawal Kolam paling kacak alaf ini.

Seronok berkubang sampai tak mahu naik.

Pemandangan keseluruhan kolam air gunung. Indah. Cuaca gelap nak hujan.

Lapar!






Sebelum akhiri lawatan, rombongan singgah menikmati air kelapa pandan yang enak dan wangi.

Lawatan ini berakhir pada jam 6.30 petang setelah berjaya mengesan anak salah seorang peserta yang hilang kerana terlalu seronok menjelajah kawasan rekreasi nan indah. Hujan renyai mengiringi sepanjang perjalanan hingga tiba di Bangi.

Hasil pencarian secara atas talian di internet, saya menemui maklumat berikut tentang Sungai Klah yang boleh dilayari di http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

ARKIB : 24/11/2008
Hot Springs Sungai Klah unik
Oleh ANI AWANG


SUNGKAI 23 Nov. - Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, dekat sini mula menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara kerana terdapat keunikan air panas yang dipercayai sebagai terapi kesihatan semula jadi terutama bagi rawatan penyakit kulit. Ini membuktikan negeri Perak bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semula jadi dan kesan sejarah sebagai tarikan pelancong, malah menyediakan pakej yang unik seperti yang terdapat di Felda Residence Hot Spring tersebut. Justeru bagi mereka yang pernah berkunjung ke lokasi air panas itu pasti ingin datang kembali sambil menceritakan keistimewaannya kepada rakan-rakan.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor telah mengadakan lawatan ke pusat tersebut semalam dan mengambil keputusan untuk terus memajukannya. Menurutnya, Felda membelanjakan sejumlah RM30 juta untuk membina beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pelancong di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah itu. Antara kemudahan tersebut ialah pembinaan hotel 64 bilik berharga RM9 juta, restoran dan Spa serta pembinaan landskap di kawasan seluas 40 hektar.
Mohd. Yusof berkata, projek hotel tersebut adalah fasa kedua yang dibina pada pertengahan 2007 dan siap pada Ogos lalu. Katanya, penyediaan kemudahan hotel itu berikutan permintaan pelancong dalam negara yang mengunjungi kawasan air panas di sini meningkat. ''Jumlah pengunjung ke kawasan perkelahan air panas di sini telah meningkat daripada satu juta kepada 1.2 juta sejak kawasan air panas seluas 6.5 hektar ini dibuka pada 2005. ''Melalui kemudahan hotel tersebut, para pengunjung boleh bermalam di hotel yang mempunyai kemudahan bilik yang selesa di samping menikmati rawatan Spa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Hotel dan Spa Felda Residence Hot Springs Sungai Klah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek. Mohd. Yusof berkata, sebelum ini, Felda telah meningkatkan kemudahan resort dan kolam air panas bagi fasa pertama projek itu. Bagi fasa ketiga, katanya, Felda bercadang untuk meningkatkan keindahan landskap di kawasan seluas 28 hektar dengan pelbagai tanaman.
''Projek tersebut membabitkan penanam beberapa jenis pokok herba bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan kawasan itu," katanya. Tambah Mohd. Yusof, pihaknya memajukan kawasan tersebut bagi memberi peluang kepada anak-anak para peneroka bekerja di sini. "Lebih 90 peratus pekerja di sini adalah di kalangan anak-anak peneroka dan ia sekali gus memberikan sumber pendapatan kepada peneroka di sini," katanya.

Sekiranya anda punya kelapangan dan merasakan alam semulajadi sebagai sebahagian daripada nilai kehidupan yang perlu dihayati, apa kata jadikan kolam air panas Sungai Klah sebagai antara destinasi pelancongan keluarga. Anak-anak yang masih bersekolah boleh pelajari tentang satu bentuk keistimewaan alam semulajadi yang terbentuk. Hanya, anda perlu bersedia untuk menjawab persoalan demi persoalan yang mereka ajukan seperti “Mengapa bumi berasap?”, “Mengapa pokok tak terbakar?”, “Kalau hujan, mengapa air masih lagi panas?” dan sebagainya. Pastikan anda mengetahui bagaimana pembentukan kawasan air panas kalau tidak mahu merah muka dek pertanyaan-pertanyaan yang ada masanya agak sukar untuk dijawab. Pastikan juga anda luangkan masa yang panjang untuk berada di kawasan ini kerana, apabila anak-anak sudah terjun ke dalam k olam, memang sukar untuk memaksa mereka naik semula.