Pages

Friday, January 30, 2009

Hadiah Nobel

Politik Hadiah Nobel dibongkar
Oleh Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad

HADIAH Nobel (Kesusasteraan) menerusi laman http://www.npr.org dalam ruangan Morning Edition menjelaskan kekecohan yang menarik perhatian ramai apabila kewibawaan calon Hadiah Nobel 2008 (Kesusasteraan), Amerika Syarikat, Richard Russo. Novelis yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer 2002 melalui novelnya, Empire Falls, berkongsi kekecewaan apabila Setiausaha Tetap Akademi Swedish, Horace Engdahl, memaklumkan kepada Associated Press bahawa Eropah masih menjadi pusat kesusasteraan dunia, bukan Amerika Syarikat. Rasso membidas kenyataan Engdahl yang mendakwa Amerika Syarikat tidak menyertai “big dialogue” kerana beliau berasa sumbangannya dan rakan seperjuangannya dalam bidang penulisan sudah mencukupi untuk meletakkan mereka dalam diskusi itu.

Menurut penulis Who's Afraid of Virginia Woolf dan Zoo Story, Edward Albee, penyingkiran penulis tersohor abad ke-20 iaitu Leo Tolstoy, Marcel Proust, Jorge Luis Borges, James Joyce, Vladimir Nabokov dan WH Auden, mempamerkan adanya agenda politik tersembunyi bagi anugerah berkenaan. Fenomena ini mencetuskan kemarahan beberapa pengarang Amerika, malahan penulis esei majalah Slate versi dalam talian turut mencadangkan Amerika Syarikat menarik diri kerana konspirasi yang berlaku terhadap anugerah berprestij itu sememangnya diketahui umum. Kenyataan ini telah mencuit hati Presiden Pen American Center, Francine Prose yang menyatakan bahawa beliau lebih suka mempertahankan kedudukan Amerika di kalangan masyarakat antarabangsa dan menguruskannya seperti yang sepatutnya.

Prose dalam laman web berkenaan melaporkan, tiga daripada empat pemenang Hadiah Nobel (Kesusasteraan) mengkritik hebat dasar luar Swedish Akademi, manakala sesetengah masyarakat menuduh badan ini berat sebelah dan bersifat antipenulis Amerika. Beliau menganggap kenyataan Engdahl yang mengkritik penerbit Amerika Syarikat kerana tidak memajukan sastera dalam bidang penterjemahan mempunyai sebab yang tersendiri kerana setiap anugerah mengenakan syarat tertentu untuk layak dipertimbangkan sebagai penerima. Pemenang Hadiah Pulitzer 2008, Junot Diaz, menjelaskan bahawa fenomena yang berlaku turut menyumbang kebaikan kerana ia menggalakkan penerbit menterjemah lebih banyak hasil karya antarabangsa seperti karya hebat penulis Mexico, Martin Solares.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.