Pages

Friday, January 9, 2009

Respon 1

Berikut adalah artikel yang memberi respon terhadap cerpen Politik Baru YB J yang boleh dilayari di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17373
Perbincangan tentang isu ini boleh dilakukan dalam tutorial atau dewan kuliah apabila membincangkan tajuk ini nanti. Harap anda boleh mendapat manfaat dengan banyak ilmu bantu yang ada.

Politik Baru YB J
Dilulus terbit pada Thursday, October 16 @ 10:09:11 MYT oleh TokPenghulu
Oleh cucu"
Sejak tersiarnya cerpen 'Politik Baru YB J' dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12hb Oktober 2008, pelbagai pihak memberikan pelbagai tanggapan. sejujurnya, saya yang membuka ruangan sastera dalam akhbar itu rasa sangat terkejut. bukannya teruja. biasanya mereka yang meminati sastera (novel, puisi, cerpen ) akan teruja untuk membaca sesebuah cerpen yang tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana.Bukannya mudah untuk menjadi seorang cerpenis dan cerpennya tersiar dalam ruangan sastera akhbar perdana.
Penerbitan dan penyiaran sesebuah karya pun ada politiknya yang tersendiri. rapat dan baik dengan editor maka mudahlah cerpen itu tersiar. Tajuk dan isi cerita sesuai dengan selera akhbar itu, maka akan mudah tersiar dalam akhbar itu. Realitinya politik Malaysia memang begitu.
Sebagai bekas seorang mahasiswa yang menuntut dalam bidang Persuratan Melayu di UKM, saya rasa terpanggil untuk memberikan reaksi. Walaupun ada rasa meluat dengan tulisan yang sebegini, saya perlunya perubahan dalam konteks penulisan cerpen atau apa sahaja hasil karya sastera.
Walaupun tujuan penulisan asasnya berniat baik tetapi kadang kala seseorang penulis itu tidak sedar apa yang ditulisnya lebih kepada prospek perkauman. lebih kepada sangka buruk kepada sesuatu perkauman. Lebih jelas lagi, dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah, karier dan kredibiliti seseorang.
Pernah dulu khalayak di Malaysia ini dikejutkan dari tidur oleh novel SHIT, karya SN Shahnin Ahmad. semuanya bangkit mengkritik walaupun novel itu tidak bersifat kepada perkauman. Novel yang jelas menyindir, mengkritik, dan menyampaikan suara bantahan melalui 'kepala najis' dalam novel itu, tetapi ramai sangat yang tidak bersetuju. Dalam pada itu ramailah yang mengancam dan memboikot Shahnon Ahmad sedangkan beliau seorang SASTERAWAN NEGARA.
Dalam Sastera itu banyak cabangnya ada unsur satira, ada unsur agama dan pelbagai lagi unsur. Tetapi butanya terhadap sastera maka kita pun mengkritik secara mengkhinzir buta. Bahasa Shahnon Ahmad jelas berlapik. Tetapi dalam konteks cerpen YB J ini, saya setuju mungkin niat penulisnya ialah hendak menyampaikan sesuatu maksud melalui penulisan sastera.
Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, akan tetapi jelasnya bahasa yang digunakan oleh beliau tidak berlapik. Ceritanya merujuk kepada isu yang telah menimpa YB Teresa Kok. Jadi penulis pun meletak nama yang lain kepada watak dalam cerpennya. Dalam hal seperti ini, oleh sebab bahasa yang digunakan tidak berlapik maka orang hanya memandang dari aspek luaran sahaja, tidak meneliti dari konteks sastera.
Tambahan pula penulis itu dikenali sebagai penyokong totok parti pemerintah, akhbar itu pun akhbar pemerintah jadi barang tentu orang akan terasa. Pada saya cerpen ini juga mesti disiasat di bawah Akta Hasutan. Jelas sangat menghasut melalui peleraian cerpen ini. YB J dibunuh. Sastera itu indah kalau kena bahasanya. Sastera itu bermakna kalau tepat makna dan maksudnya. Sastera itu bermakna kalau mesej dan pengajarannya jelas. Walau ada unsur berkhutbah dalam penulisan yang penting khalayak tidak rasa marah, geram dan benci.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.