Pages

Thursday, June 25, 2009

Ulasan Novel Andai Itu Takdirnya


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


SEMESTER 2 SESI 2007/2008


PENSYARAH:
CIK MAHARAM MAMAT


KUMPULAN MUTIARA


NAMA AHLI MATRIK

HASLIZA HASSAN

ROSMAINI ZAKARIA
NORHAFIZAH ISMAIL

NABIHAHT BT RADZAI
SITI NORSHEILA BT AZMI



1.0 PENGENALAN

Dalam konteks penulisan novel, persoalan yang paling ketara ialah aspek perhubungan manusia. Konflik dalaman dan luaran yang ditempuhi manusia adalah tercetus daripada perhubungan di antara manusia dalam pergaulan seharian. Penulis biasanya menekankan psikologi dan permasalahan dalaman watak dan perwatakan. Konflik jiwa seseorang watak diperkukuhkan dengan penggunaan teknik yang berkait rapat dengan ilmu psikologi dan ilmu kemanusiaan.

Selain itu, watak yang sesuai dan tepat dapat menyalurkan idealisme dan falsafah kemanusiaan. Watak ialah manusia atau pelaku yang dicipta oleh pengarang untuk mendukung tema dan persoalan serta mengembangkan tema sehingga mencapai matlamat pengarang . (sila nyatakan sumber rujukan) Namun begitu, tidak semestinya watak-watak terdiri daripada manusia sahaja. Adakalanya, ditampilkan binatang, tumbuh-tumbuhan, makhluk asing dan objek tertentu. Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal dan mental, tabiat, perilaku, sifat keperibadian watak seperti bercita-cita tinggi, benci dan sebagainya.


2.0 SINOPIS NOVEL

Andai itu Takdirnya, hasil tulisan Maharam Mamat mengisahkan tentang kehidupan watak utama iaitu Najwa dalam mengharungi kehidupan pada zaman kanak-kanaknya. Kenangan (pada zaman) kanak-kanak yang dialaminya menjadi pengalaman yang mematangkan kehidupannya. (penggunaan kata ‘nya” dua kali dalam satu ayat: ayat tak gramatis)

Pada pemulaan novel, penulis menceritakan watak utama iaitu Najwa baru balik belajar dari luar negara dan abangnya, Hisyam mengambil dan membawanya pulang ke rumah disambut oleh Mak Nik (orang gaji) [banyak perkara dinyatakan dalam satu ayat]. Kemudiannya, berlaku imbasan kembali watak utama ke alam persekolahan Najwa. Di sekolah, Najwa bermusuhan dengan seorang budak gemuk bernama Ruhani. Ruhani selalu menyebabkan Najwa didenda oleh Cikgu Ramli yang garang di atas kesalahan yang tidak dilakukan. [dua perkara dikemukakan dalam satu ayat iaitu: cikgu ramli seorang yang garang dan Ruhani selalu menyebabkan najwa didenda walaupun dengan kesalahan yang tidak dilakukannya] Ada satu kejadian di mana Ruhani mengamuk kerana pipinya ditampar oleh Najwa kerana memutuskan tali beg pemberian mamanya kerana mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan akhir tahun. (berapa banyak kerana daaaa. Banyak perkara dinyatakan dalam satu ayat!) Di dalam kejadian ini, Ruhani terpukul kepala Najwa dengan penyapu dan menyebabkan kejadian Najwa dimasukkan ke dalam hospital. Selepas peristiwa itu, Najwa mengalami penurunan dari segi pembelajaran dan sering sakit kepala manakala Ruhani didenda oleh ibunya dan meminta maaf dengan Najwa. Ruhani menyesal dan ingin berkawan dengan Najwa tetapi Najwa tidak mempercayai Ruhani kerana setiap kali Ruhani berjanji tidak akan berkelakuan jahat kepada Najwa dia akan mungkiri. [terlalu banyak perkara yang ingin dinyatakan dalam satu ayat]

Pada kemuncak cerita, berlaku konflik dalam keluarga Najwa di mana mama dan abahnya sering bergaduh. Mereka bergaduh kerana abahnya takut dan cemburu melihat hubungan baik Najwa dengan Cikgu Ramli kerana merasakan Cikgu Ramli cuba merampas Najwa daripadanya. Pada suatu hari Cikgu Ramli mengalami kecelakaan jalan raya kerana ingin membeli hadiah harijadi kepada Najwa. Ekoran daripada kejadian ini Najwa diberitahu bahawa cikgu Ramli adalah ayah kandungnya dan kerana kejadian ini juga Cikgu Ramli lumpuh. (cikgu Ramli telah lumpuh apabila Najwa diberitahu tentang siapa ayahnya sebenar?) Perenggan ini boleh ditulis seperti berikut:

[Kemuncak novel ini adalah konflik yang timbul dalam keluarga Najwa apabila abah dan mama Najwa sering bergaduh. Pergaduhan ini berlaku akibat rasa cemburu dan takut abah yang melihat hubungan baik antara Najwa dengan Cikgu Ramli kerana merasakan Cikgu Ramli. Abah Najwa khuatir Cikgu Ramli akan merampas Najwa daripadanya.

Cikgu Ramli telah mengalami kecelakaan jalan raya semasa ingin membeli hadiah harijadi kepada Najwa. Kemalangan berkenaan telah menyebabkan Cikgu Ramli lumpuh. Ekoran kemalangan berkenaan juga, Najwa akhirnya mengetahui bahawa Cikgu Ramli adalah ayah kandungnya.

Di pengakhiran, majlis meraikan kepulangan Najwa diadakan. Di dalam majlis ini, Najwa dikejutan dengan pemberitahuan bahawa Ruhani iaitu musuh ketatnya di sekolah sebagai tunang abangnya dan dia berasa sedih melihat keadaan ayah kandungnya, Cikgu Ramli lumpuh serta berharap agar ayahnya dapat berjalan kembali. Dan Najwa menerima ini semua sebagai takdir bersesuaian dengan tajuk novel, Andai itu Takdirnya.



3.0 TUJUAN KAJIAN

Novel Andai itu Takdirnya hasil tulisan Muharam Mamat dipilih untuk dikaji dengan tujuan untuk memenuhi kehendak subjek kursus Bentuk-bentuk Penulisan (ZZZT 2213). (tujuan seumpama ini tidak ilmiah sifatnya. Sama seperti menyatakan tujuan kajian ”untuk lulus dan dapat ijazah” bila menulis latihan ilmiah. Sila rujuk nota untuk kuliah pertama kursus ini) Tujuan utama kajian adalah untuk melihat kesinambungan novel ini bagi mengetahui jalan cerita dan bagaimana pengakhiran novel ini berlaku. Selain itu, kajian novel ini dilakukan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pembaca terhadap bacaan yang dilakukan dari aspek gaya bahasa, teknik penulisan dan sebagainya terutama sekali dari segi watak perwatakan. Malahan, secara tidak langsung pembaca dapat memperolehi maklumat, pengetahuan dan pendedahan yang meluas tentang penulisan novel.



4.0 SKOP KAJIAN

Skop utama kajian novel ini, adalah untuk melihat kelebihan dan kelemahan watak utama dari segi psikologi. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, bercakap, rupa paras, kepercayaannya dan ideologi serta gambaran perasaan seseorang. Watak utama memainkan peranan utama dalam sesebuah cerita dan menggerakkan atau mengembangkan cerita. Melalui penghayatan ke atas aspek perwatakan dapat dilihat bahawa unsur latar dan jalinan plot merupakan aspek yang penting dalam analisis sebuah novel serta membantu individu memahami konflik manusia yang dipaparkan dalam novel ini.


5.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian novel ini, kaedah kajian digunakan ialah kaeadah penyelidikan perpustakaan. Kaedah ini melihat kepada pendekatan psikologi. Pendekatan ini digunakan dalam aspek kejiwaan dan konflik dalaman kemanusian yang melanda watak utama dalam novel ini. Selain itu, pendekatan sosiologi juga turut digunakan kerana alam persekitaran banyak menentukan penonjolan watak yang dibincangkan. Penelitian daripada aspek kejiwaan watak perwatakan membolehkan manusia memahami rahsia jiwa manusia dan keinginan yang mendoromg sikap dan kelakuan sesuatu watak.



6.0 WATAK YANG DIKAJI

Watak utama yang dikaji ialah Najwa. Ibu Najwa mempunyai perniagaan batik sendiri. Abahnya pula bekerja dengan sebuah syarikat manakala ayah kandungnya iaitu Cikgu Ramli, cikgu yang mengajarnya di sekolah. Najwa mempunyai seorang abang bernama Hisyam dan seorang adik bernama Anis Sofea serta Najwa banyak menghabiskan masa di rumah bersama-sama dengan orang gajinya, Mak Nik dan Chah, seekor kucing. (isu berbeza. Sila buat ayat yang berasingan)

Di sekolah, Najwa merupakan seorang murid yang pandai. Najwa selalu mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Najwa berkawan baik dengan Rozita, Yana, Mastura dan Siti Hajar dan bermusuhan dengan seorang budak gemuk yang bernama Ruhani. Ruhani suka mengenakan Najwa sehingga Najwa didenda beberapa kali oleh Cikgu Ramli di atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Watak Najwa digambarkan sebagai seorang yang kanak-kanak yang manja, degil, suka merajuk dan kurang bertolak-ansur tetapi pandai berjimat atau suka menabung. Semua kemahuan Najwa harus diikuti dan jika tidak dia akan merajuk. Najwa kebosanan tinggal di rumah kerana kedua ibu bapanya sibuk bekerja dan abangnya banyak menghabiskan masa untuk menelaah pelajaran kerana bakal menghadapi peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Biasanya, dia hanya ditemani oleh Mak Nik dan seekor kucing yang bernama Chah.


7.0 MENILAI WATAK UTAMA DARI SEGI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Setiap watak mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri yang ditonjolkan; begitu juga dengan watak Najwa. Kekuatan dan kelemahan watak Najwa boleh dilihat dari sudut psikologi. Psikologi sosial melihat kepada kehidupan seharian yang dipengaruhi dan mempengaruhi persekitaran (sosial dan fizikal) di mana seseorang individu berada.

Mengikut tokoh psikologi terkenal, Gordon Allport (rujuk cara tulis rujukan dalam teks. Tiada bibliografi untuk tokoh ini. Lengkapkan rujukan ini) menyatakan psikologi sosial merupakan bidang ilmu yang cuba memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang dipengaruhi kehadiran individu-individu lain, dikhayalkan, diingati atau hanya dijangkakan. Di dalam novel ini, watak utama Najwa berkhayal kembali ke zaman kanak-kanaknya. Watak Najwa dilihat secara mendalam dari segi psikologi sosial. (hubungkan penerangan ini dengan petikan di bawah, contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

Aku raba seutas rantai emas yang terlindung di sebalik baju kurung yang aku pakai. Loketnya yang tertulis huruf EN aku usap pelahan. Bertimbun kenangan lampau menerjah ingatanku. Dan bersama kenangan itulah aku menjadi dewasa. Dewasa di dalam membuat keputusan dan dewasa di dalam takdir Tuhan”. ( hlm. 7)

“Najwa, kenapa ni?” satu suara lain menyapa. Aku tersentak. Katil nombor sembilan di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kota Bharu hilang dari mata. Di hadapan, hanya potret wajahku separuh siap yang tergantung di dinding bilik. Aku berpaling. Abang Hisyam berdiri di sisi dengan wajah penuh tanda tanya. (hlm. 225)

Justifykan petikan ini dalam kertas kerja penuh. (tidak dapat ditunjukkan formatnya dalam blog).
Beri ulasan lanjut tentang petikan agar pembaca mampu fahami perkaitan yang wujud antara teori dan karya.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)


7.1 KELEBIHAN WATAK

Kelebihan utama pada watak Najwa ialah yakin pada diri sendiri. Sikap Najwa yang yakin pada diri sendiri boleh dikaitkan dengan teori perkembangan psikososial. Menurut Erikson, (cara tulis rujukan dalam teks! Tidak disenaraikan dalam rujukan) perkembangan personaliti manusia berlaku secara berterusan di sepanjang hayat. Setiap tahap mempunyai perkembangan individu secara positif dan negatif. Teori ini mempunyai 8 tahap utama iaitu kepercayaan lawan ketidakpercayaan, Autonomi lawan bersalah, Insiatif lawan rasa bersalah, Ketekunan lawan rendah diri, Identiti lawan kekeliruan peranan, Kemesraan lawan pengasingan, Generatif lawan pengasingan, Generatif lawan pasif dan kesempurnaan lawan putus asa. Watak Najwa boleh dikaitkan dengan peringkat keempat iaitu ketekunan lawan rendah diri yang berlaku dari umur 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kemahiran akademik serta sosial akan membina identiti diri yang kukuh pada diri Najwa. Sebaliknya, kekurangan kemahiran boleh menyebabkan kanak-kanak merasa kurang yakin pada diri sendiri dan kegagalan yang dialami boleh menghantaui diri. Kejayaan yang diperolehi Najwa menjadikan dia yakin dalam melakukan semua perkara.


Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Hanya dia seorang sahaja yang bagus. Sebab itu dia marah sangat kepadaku. Dia dengki sebab aku dapat ramai kawan. Semua orang hendak berkawan denganku. Kalau ada apa-apa rancangan, aku akan dilantik sebagai ketua. Semua cadangan aku diterima. Lagi dia marah apabila Cikgu Suhaimi memujiku dalam kelas.Cikgu Suhaimi sering jadikan aku sebagai murid contoh di dalam kelas”. (Hlmn. 13).

Justifykan petikan ini.

Keyakinan diri ini juga dikaitkan dengan wujudnya konsep kendiri yang positif di mana Najwa tahu perasaan identiti peribadi yang dilihat pada dirinya sendiri. Najwa mengenali dirinya sendiri di mana dia tahu kelebihan dan kelemahan diri. Mengikut Willian James, dalam buku Principles of Psychology (Ma’arof Redzuan, 2001) terdapat tiga aspek kendiri iaitu kendiri material terdiri daripada benda-benda yang dimiliki oleh seseorang seperti tubuh badan, keluarga, rumah dan sebagainya, kendiri sosial iaitu sebanyak mana orang lain mengiktiraf imej diri kita, dan ketiga kendiri rohaniah terdiri daripada keupayaan-keupayaan diri untuk mengalami dan merasai asal-usul alam, kesedaran dan keinsafan manusia.

Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)


Justifykan petikan ini.

”Cikgu tahu Najwa dah pandai, tapi Najwa akan lebih pandai kalau rajin baca buku. Bila tahun enam macam Abang Syam, Najwa akan ambil UPSR. Kalau Najwa, Pandai, mesti dapat empat A. Najwa boleh masuk sekolah Asrama,” nasihat Cikgu Rashidah. (Hlmn. 35)

Watak Najwa turut digambarkan sebagai individu yang suka dipuji. Pujian yang diterima oleh Najwa akan menjadikannya bersemangat untuk dia terus berusaha dan bersaing dengan orang lain secara positif. Pujian merupakan salah satu peneguhan positif. Selain pujian, setiap kali mencapai kejayaan Najwa akan diberikan hadiah. Hal ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran. Ahli Behaviouris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan kenapa sesetengah tingkah laku ditunjukkan. Selain itu, tingkah laku juga dipengaruhi oleh trait-trait, bakat, nilai, kepercayaan, aspirasi dan sebagainya. (nyatakan sumber maklumat diperolehi) Menurut B.F. Skinner (tiada rujukan ini dalam bibliografi) melalui teorinya Pelaziman Klasik, proses pembelajaran melibatkan tingkah laku yang sengaja diulang pada masa hadapan bergantung kepada pengalaman dalam menghadapi sesuatu situasi. Peneguhan positif dan negatif diberikan bertujuan untuk menambah sesuatu tingkah laku yang diingini berulang. Peneguhan positif atau pujian yang diberikan oleh guru dan ayahnya mendorong Najwa mengubah tingkah laku atau sikapnya yang malas melakukan kerja sekolah dan membaca buku. Ini menunjukkan teori pelaziman yang operan mempengaruhi personaliti watak Najwa.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Abah tahu Najwa pandai. Tapi kalau Najwa baca lebih banyak buku, nanti Najwakan lebih pandai,” kata abah lembut. (hlmn. 62)

”Aku buat kerja sungguh-sungguh. Aku mahu mama kata aku rajin. Aku mahu mama puji keran aku rajin. Lain kali aku boleh datang lagi. (hlmn. 149)

Malah, Najwa juga belajar sesuatu tingkah laku atau sikap melalui pemerhatian atau role model seperti teori Albert Bandura (pembelajaran melalui pemerhatian). Pemerhatian atau pembelajaran melalui orang lain merupakan satu kelebihan Najwa di mana Najwa pandai memilih apa yang betul dan apa yang salah. Bagi kanak-kanak seperti Najwa banyak perkara dipelajari melalui pemerhatian terhadap individu yang rapat dengannya. Kadang-kala individu itu dijadikan idola dan ingin dicontohi.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”suatu hari, aku mesti bantu pak long sekeluarga. Sekarang pun, abah sering bantu pak long. Abah beri duit, abah serahkan tanah pusaka arwah datuk untuk pak long kerjakan tanpa kenakan sewa. Abah juga pelihara Abang Hisyam.......(Hlmn. 148).

Mengikut Maimum Aqsha Lubis (2008), epistemologi Realisme berdasarkan falsafah pendidikan barat berpendapat bahawa semasa manusia lahir fikiran manusia adalah kosong dan manusia dikatakan belajar melalui pengalaman menggunakan deria mereka. Pengalaman itu kemudiaannya disimpan di dalam otak. Ini menunjukkan tingkah laku bukan sahaja boleh dipelajari melalui peneguhan, pemerhatian tetapi juga melalui pengalaman yang dialami.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Kenangan lama memang pahit untuk diharungi, Najwa. Tapi, manis untuk dikenang,” tutur Abang Hisyam kemudiannya. Aku hanya mampu tersenyum kepadanya. Aku tahu, Abang Hisyam juga terlalu banyak menyimpan memori lama yang menyakitkan. (Hlmn. 256).

Najwa juga boleh digolongkan dalam kumpulan individu yang bijak pandai dan mempunyai pelbagai kecerdasan. Di mana (tanpa kata "di mana" ini, tulisan lebih gramatis) Najwa bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga dalam kemahiran lain seperti menulis karangan, melukis dan sebagainya. Banyak hasil tulisan Najwa diterbitkan di dalam Dewan Pelajar.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Abah akan poskan panduan mewarna itu apabila pulang dari pejabat. Peti pos banyak di tepi jalan, abah hanya perlu hentikan kereta dan masukkan surat tersebut ke dalam peti pos sahaja. Setemnya sudah aku tampal siang-siang lagi. Abah selalu galakkan aku sertai pelbagai peraduan. Karangan juga abah suruh tulis. Sudah dua karanganku tersiar dalam majalah ini. ....(Hlmn 154).

Mengikut Teori Kepelbagaian Kecerdasan, Howard Gardner (cara tulis rujukan dalam teks, rujukan ini tiada dalam senarai bibliografi) menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan tersendiri. Kecerdasan merupakan kekuatan intelektual yang istimewa bagi seseorang individu. Mengikut Gardner lagi, terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu bahasa, logikal-matematik, muzik, ruang, kinestetik interpersonal, intrapersonal dan semulajadi. Watak Najwa boleh dikatakan memiliki kecerdasan pelbagai. Di mana Najwa bukan sahaja bijak pandai dalam akademik atau logik matematik tetapi juga dalam bidang seni atau pandai melukis (ruang).


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Bila dapat guru yang baik, tentulah senang belajar. Cepat ingat. Balik rumah, aku tidak perlu lagi buat banyak latihan. Teknik melukis dan mewarna aku sudah faham dan ingat semasa di sekolah lagi. Setiap kali melukis, aku sering mendapat markah tertinggi. Tidak ada siapa boleh melawan kehebatanku melukis. Dalam peperiksaan, aku selalu dapat A. Tentulah aku sering dipuji di hadapan kelas....”. (Hlmn. 19).

Walau bagaimanapun, kepandaian Najwa juga dikaitkan dengan faktor genetik atau biologikal. Kepandaian Najwa dalam melukis diwarisi daripada ayah kandungnya, Cikgu Ramli. Mengikut Rushon (1989), (tiada dalam bibliografi) menyatakan melalui teori kesamaan gen di mana kesamaan gen boleh menyebabkan individu atau mewarisi kemahiran yang sama. Gen boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Jom, mari Cikgu lukis wajah Najwa,” ajak Cikgu Ramli sambil bangun. (Hlmn. 227).

Akhir sekali, Najwa digambarkan sebagai seorang yang berjimat cermat. Duit belanja yang diberikan oleh mamanya setiap hari ke sekolah di simpan di dalam bank. Malahan Najwa juga membawa bekalan nasi ke sekolah. Dia dan Siti Hajar bersaing untuk menambah jumlah simpanan di dalam bank.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Duitku dalam buku simpanan sudah banyak. Semenjak tadika lagi aku mula menabung. Sekarang jumlahnya sudah melebihi lima ribu ringgit. Duit yang mama beri setiap hari aku simpan. Apabila hari raya pula, aku dapat menyimpan lebih banyak.” (Hlmn. 14).


7.2 KELEMAHAN WATAK

Manakala kelemahan watak Najwa ialah dia kurang mendapat kasih sayang daripada ahli keluarganya semasa di rumah. Ibu bapanya sibuk bekerja sehingga mengabaikan kehendak Najwa yang memerlukan perhatian yang lebih. Najwa banyak menghabiskan masanya bersama orang gaji berbanding ahli keluarga sendiri. Pada usia semuda Najwa perhatian daripada kedua ibu bapa adalah penting. Mengikut Bee. H & Boyd. D (2006), risiko berlakunya konflik antara ibu bapa dan anak yang meningkat remaja adalah tinggi. Ini kerana berlaku kesukaran untuk ibu bapa mengekalkan perhatian kepada anak yang meningkat remaja.

Selain itu, kekurangan perhatian juga dibuktikan melalui teori Hierarki Keperluan Maslow. Di mana keperluan manusia disusun mengikut keperluan. Terdapat lima peringkat keperluan Maslow iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, harga kendiri dan keperluan penyempurnaan kendiri. Watak Najwa boleh dikatakan kurang dari segi keperluan sosial iaitu keperluan untuk mempunyai dan dipunyai, mengasihi dan dikasihi, memberi dan menerima serta bersama dengan orang lain.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Aku mendongak memandang muka abah memohon simpati. Aku mahu abah tahu aku rasa sunyi di rumah. Aku cepat bosan bila belajar sendirian. Aku tidak suka suasana begitu. Aku mahu kawan untuk berbual. Aku mahu kawan untuk bergurau dan ketawa. Aku juga perlukan kawan untuk bermain”. (Hlmn. 63).

Kelemahan Najwa yang paling utama ialah degil atau suka bertindak tanpa memikirkan kesan yang akan diterima. Setiap kali permintaan Najwa tidak ditunaikan atau ayahnya memungkiri janji Najwa akan memberontak. Mengikut Teori Psikoanalisis Sigmund Frued (1856-1939), (tiada dalam bibliografi. Tahun karya terbit yang ditulis, bukannya tahun hidup seseorang tokoh. Rujuk cara tulis rujukan dalam teks) perkembangan personaliti kanak-kanak terbahagi kepada tiga tahap utama iaitu id, ego dan superego. Watak Najwa boleh dikategorikan dalam tahap id. Id ialah desakan naluri yang mendorong manusia agar bertindak dan mendapatkan kepuasan tanpa mengambil kira risikonya, punca pada segala kehendak dan dorongan biologikal seseorang. Berbeza dengan perspektif Islam, M. Khalib Taib (tiada dalam bibliografi) menyatakan bahawa dalam pemikiran Islam manusia dipengaruhi oleh aql (akal atau akal-budi), qalb (kalbu), ruh dan nafs. Akal budi membolehkan manusia berfikir secara rasional dan nafs mendorong manusia berkelakuan baik. Psikologi Islam menjelaskan bahawa manusia perlu mengimbangi akal tetapi psikologi barat membenarkan manusia mengeksperasi dorongan seksual. Sikap Najwa yang suka memberontak dan mahu kehendaknya dituruti tidak kira apa cara yang digunakan tanpa memikirkan kesan pada dirinya.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

“Aku pergi juga ke sekolah sekalipun badan terasa lesu dan tidak bermaya. Semalam aku tidak makan. Pagi tadi juga tidak sarapan. Bekal yang Mak Nik siapkan aku tinggal atas meja makan. Duit yang abah beri juga aku biarkan atas meja makan, tanpa pengetahuan sesiapa.” (Hlmn. 121).

Sikap degil Najwa juga mungkin boleh dikaitkan dengan persekitarannya. Najwa dibesarkan dalam keadaan di mana semua kemahuannya akan dituruti. Dia belajar bahawa sekiranya dia melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh orang lain dia akan mendapat perhatian. Dia mungkin memberontak kerana inginkan perhatian kedua ibu bapanya.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

“Sekarang pun, mama tak sayangkan Najwa,” aduku.
”Mana Najwa tahu?” tanya Abang Hisyam.
”Mama asyik marah aja..” keluhku.
”Najwa selalu buat jahat. Kalau abang pun, abang marah juga. Tangan Najwa tak boleh diam. Kalau abang jadi mama, dah lama Najwa kena, ” marah Abang Hisyam. (Hlm. 47).

Selain itu, Najwa juga bersikap berdendam semasa kecil. Di mana setiap kali Ruhani membulinya Najwa akan membalasnya kembali. Ini kerana sikap egosentrik yang ada dalam diri kanak-kanak semasa kecil. Sikap egosentrik yang mementingkan diri sendiri yang menyatakan bahawa apa yang dikatakan sahaja betul dan orang lain salah. Menurut Ma’arof Redzuan & Haslinda Abdullah (2004), berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget pada tahap pra-operasi kanak-kanak sukar untuk memahami pendapat serta pandangan orang lain, pemikiran mereka lebih berorientasikan konsep ”me, mine dan i”.


Justifykan petikan ini.
Wujudkan hubungan antara perenggan sebelumnya dengan petikan yang dibuat contohnya: Hal ini dipaparkan pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah)

”Sesekali, dia memang perlu diajar. Dia tu hanya tahu adu itu, adu ini pada Ckgu Ramli. Tentulah Cikgu Ramli dengar katanya sebab emak Si Gemuk tu kawan Cikgu Ramli,” sahut Yana pula. Berselera dia makan mi gorengnya.” (Hlmn. 14).



8.0 KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, watak Najwa bergerak seiring dengan perkembangan usianya. Watak Najwa disesuaikan dengan perjalanan plot novel bagi menarik minat pembaca. Keadaan persekitaran, budaya dan nilai yang dipegang sedikit sebanyak mempengaruhi watak Najwa.

Watak Najwa banyak dihidupkan dengan bantuan watak-watak lain seperti Ruhani, Abang Hisyam, Cikgu Ramli, Rizal, Mak Nik, mama, ayahnya dan sebagainya. Watak-watak sampingan ini membantu menguatkan dan menonjolkan lagi watak Najwa. Pada pandangan pengkaji, watak Najwa lebih menonjol sekiranya sikap atau penerimaan Najwa terhadap ayah kandungnya semasa kecil digambarkan atau diceritakan. Penerimaan ayah kandungnya dapat menunjukkan sikap atau didikan kedua ibu bapa.




BIBLIOGRAFI /RUJUKAN

Bee. H & Boyn. D. 2007. The Developing Child: Eleventh Edition. United State: Pearson Education, Inc.

Forster. E. M. 1987. Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ooi, Eng Lye. 2005. Novel Terpilih Shahnon Ahmad : Satu Kajian Pendekatan Gender. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ma’arof Redzuan. 2001. Psikologi Sosial. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ma’arof Rezduan & Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi: Edisi Kedua. Universiti Putra Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) sdn. Bhd.

Maharam Mamat. 2003. Andai Itu Takdirnya. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Maimun Aqsha Lubis. 2008. Perbandingan antara Falsafah Pendidikan Barat dengan Falsafah Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Rohani Adbullah. 2002. Perkembangan Kanak-kanak. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Syed Othman Kelantan. 1985. Teknik Mengkaji Novel (Dalaman dan Luaran). Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Talib Samat. 2006. Teknik Naratif Cerpen-Cerpen Shahnon Ahmad. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Protagonis
http://schools.moe.edu.sg/rjc/subjects/malay/unsur%20-%20unsur%20sastera.htm
http://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.html
http://cikguhalimah.googlepages.com/koleksiartikel2

Ulasan Secara keseluruhan:
Kekuatan tulisan:
1. isi yang kuat disokong hujah yang bernas. Tulisan mampu mengaplikasikan teori yang diguna dengan lancar, baik dan menyeluruh. Tahniah!
2. Gaya bahasa yang menari. Pada bahagian tertentu masih lagi perlu ditambah baikkan terutama pada bahagian awal tulisan.
3. bibliografi yang baik walaupun masih perlu tambah banyak perkara.

Kelemahan:
1. bibliografi
2. rujukan dalam teks
3. bahasa, ayat, perenggan dan penggunaan perkataan yang tidak sesuai pada bahagian awal tulisan. Terdapat penggunaan ayat yang mengandungi terlalu banyak perkara yang ingin disampaikan. Ayat jadi berbelit-belit, sukar difahami dan ada masanya berlaku salah faham atau perubahan maksud apabila ditafsirkan.


Markah keseluruhan: 13.5 daripada 15 markah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.