http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20091118102600/Article/indexv_html
Jerat Internet
Jerat Internet
Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan. Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.
Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya. Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini . Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu.

"Ia satu angka yang serius dan mungkin lebih banyak kerana insiden yang kami ada berdasarkan laporan dibuat. Cuba bayangkan insiden yang tidak dilaporkan, ia mungkin lebih banyak daripada kaca mata kita," katanya.
Husin berkata, perkataan insiden digunakan organisasinya kerana laporan yang diterima daripada orang awam mungkin boleh dijadikan kes atau tidak bergantung kepada masalah online dihadapi pengguna.
"Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet," katanya.
Malaysia akan bersama dunia pada 30 November ini bagi menyambut Hari Keselamatan Komputer, menunjukkan isu keamanan suasana perkomputeran perlu dititikberatkan dalam usaha memberikan kehidupan bahagia tanpa ancaman siber.
"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya. Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman. Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu. "Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.
Tambahnya, ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem. Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu.
Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Adli Abd Wahid, memaklumkan hampir 151 kes membabitkan gangguan di Internet dilaporkan kepada pasukannya. Insiden tertinggi dilaporkan pada Februari lalu dengan 23 laporan manakala Julai mencatatkan angka kedua tertinggi iaitu 22 laporan. Beliau berkata, setiap insiden boleh disusuli dengan laporan polis memandangkan organisasinya tidak bertanggungjawab sebagai penguat kuasa.
"Gangguan di Internet boleh tergolong dalam kategori 'cyberstalking' atau 'penghendap siber'," kata Adli. Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi. Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.
Adli berkata, terdapat insiden dilaporkan menunjukkan e-mel mangsa diconteng pada dinding tandas yang mengatakan mangsa ingin menawarkan perkhidmatan seks. Pada kebiasaannya, pemangsa adalah individu mengenali mangsa seperti bekas teman lelaki atau suami yang mahu membalas dendam. Beliau berkata, pasangan kekasih atau suami isteri mengetahui data lengkap pasangan masing-masing dan membalas dendam dengan membocorkan maklumat peribadi sebaik mereka berpisah.
Dalam pada itu, Husin menambah, terdapat mangsa yang berada dalam keadaan trauma apabila identitinya dicuri dan didaftarkan sebagai pengguna palsu di laman web sosial selepas dia memutuskan hubungan. "Maklumat mangsa didaftarkan ke akaun MySpace dengan menyatakan mangsa berminat untuk menawarkan khidmat seks," katanya.
Tidak beberapa lama dulu, berlaku kes sama yang dihadapi pelakon terkenal tanah air, Haliza Misbun apabila identitinya dimuatkan dalam akaun Facebook. Nama baik Haliza, 36, tercemar dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dirinya, sekali gus, 'melayan mesra' peminat pelakon itu yang mendaftar masuk dalam senarai kenalan. Haliza membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September). Selain itu, pelakon terbabit turut menghantar kedua-dua salinan aduannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya untuk tindakan susulan. Berdasarkan laporan Harian Metro, Haliza memaklumkan dia malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai dirinya di Facebook dan dianggap mencemarkan imejnya.
Baru-baru ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman web. Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi 'lombong' data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profil. Saman itu menuntut bayaran ganti rugi, namun Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas. Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej. Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai 250 juta orang di seluruh dunia.
Laman web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet. Pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dulu.
Kebimbangan mengenai keselamatan data mungkin timbul jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada sistem yang dijamin selamat. Maklumat peribadi yang disimpan dalam laman sosial boleh digunakan sesiapa saja untuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar. Pengguna sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan. Kalau dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.
Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan. Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999, katanya. Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit. Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.
Kes 1:
Negara dihebohkan dengan kes yang melibatkan pelajar ASWARA apabila ditahan kerana “mengancam keselamatan” kerana menulis di facebook miliknya. Berita ini dipetik dari Mstar di
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/1/15/mstar_mahkamah/20100115170006&sec=mstar_mahkamah
Jumaat Januari 15, 2010
Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselamatan
PETALING JAYA: "Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..." Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain lima hari lepas.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengangguk tanda memahami pertuduhan itu namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin. Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.
Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan. Mohamad Tasyrif, pelajar tahun pertama jurusan perfileman dan tidak diwakili peguam, ditahan sementara menunggu sebutan semula kesnya itu. Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Januari lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA
Kes yang sama turut disiarkan dalam Utusan Malaysia yang dipetik secara atas talian di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Pendakwaan pertama
Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my
PETALING JAYA 15 Jan. – Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, merupakan individu pertama didakwa di mahkamah setelah tercetusnya bantahan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Gereja Katolik. Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.
Dia didakwa secara sedar menggunakan aplikasi dalam Internet bagi memulakan penghantaran komen yang bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain di laman Facebook milik individu bernama Shahrul Maizam. Perbuatan itu didakwa dilakukannya di B-10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, di sini pada pukul 10 pagi, 10 Januari lalu.
Ketua Putera MIC Selangor, T. Dhinesh merupakan pengadu dalam kes ini. Mohamad Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta tersebut. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Mohamad Tasyrif mengangguk tanda memahami pertuduhan tersebut tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.
Kes terkini KEDUA
Dipetik di Utusan.com.my melalui link berikut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
Hina sultan: Pemuda serah diri
Dipetik di Utusan.com.my melalui link berikut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
Hina sultan: Pemuda serah diri
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pemuda yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu dalam blognya hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan, petang ini. Lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan menyerah diri kira-kira pukul 4.40 petang selepas artikel yang disiarkan mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak di seluruh negara khususnya rakyat Johor.
Sehingga hari ini, polis Johor menerima 25 laporan terhadap penulis blog berkenaan. Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menubuhkan satu pasukan khas menyiasat perkara tersebut dan memberi jaminan penulis terbabit akan diheret ke mahkamah. Sumber memberitahu, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah di Kota Bharu pagi esok untuk perintah tahanan reman sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana petangnya.
"Sehingga malam ini, polis masih merekodkan keterangan lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lelaki tersebut dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel dan disiarkan dalam blognya, adukataruna.blogspot.com baru-baru ini. Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog sama, kelmarin. Dia juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari semasa ke semasa. Sumber memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya terbukti bersalah lelaki berkenaan boleh dihukum penjara tiga hingga tujuh tahun. Siasatan kes itu difahamkan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Berita harian turut menyiarkan berita tentang kes ini di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20100126143614/Article/index_html
Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf: Rais
GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu. Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya. Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.
Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. - Bernama

Harian metro yang boleh dibaca di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenulisbloghinaAlmarhumSultanJohorditahanreman4hari/Article pula telah menyiarkan berita kecil ini seperti berikut;
Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor ditahan reman 4 hari
2010/01/26
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini pagi ini mengeluarkan perintah tahan reman terhadap seorang penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor. Majistret Azrol Abdullah memerintahkan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini kepada penulis blog yang berusia 30 tahun itu. Dia yang dikatakan bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dan beredar 10 minit kemudian.
Kes ini mendapat pelbagai reaksi dari ramai blogger tanahair dengan pelbagai pendapat. Jimadie Shah Othman yang menulis di Malaysia kini di http://www.malaysiakini.com/news/122797 telah menulis seperti berikut;
Polis digesa siasat penulis blog hina Sultan Iskandar
Jan 25, 10
4:00pm
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berkata permohonan maaf sahaja tidak mencukupi tetapi penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, harus tetap disiasat polis. Timbalan ketuanya, Herman Samsudeen juga meminta penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - turut disiasat Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) ekoran beberapa tulisannya yang turut didakwa menghina ulama mazhab dan isteri Nabi Muhammad.
"DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat," kata Herman yang juga setiausaha lajnah penerangan PAS.
Selepas kemangkatan Sultan Johor, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum. Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".
Dalam satu kenyataan hari ini, Herman berkata, pihaknya tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi perlu ada ketegasan dalam menghadapi "perbuatan biadap" terhadap ulama, keluarga Nabi dan sultan. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menolak penggunaan ISA terhadap penulis berkenaan kerana kes tersebut boleh "diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik". Herman berkata, beberapa tulisan lain Aduka Taruna yang perlu disiasat, termasuk 'Wahabi Perlis', 'Sembang Mazhab' dan 'Muawiyah + Aisyah plak'.
Bercakap kepada Malaysiakini, Herman menafikan penulis blog yang banyak menyentuh soal pergolakan dalaman PAS itu sebagai anggota parti Islam itu. Sebelum ini, Aduka Taruna terlibat mempromosikan kemeja-T 'PAS-Reform' - sebahagian bahan kempen untuk 'projek 'melanggar (kepimpinan presidennya) Abdul Hadi Awang' yang sering dikaitkan dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap Aduka Taruna. Katanya, beliau juga akan meminta peguam negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.
Portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR) yang menjadi hub bagi semua maklumat bagi agensi kerajaan di Malaysia melalui Laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/ di http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5579:25-jan-penulis-blog-hina-sultan-iskandar-disiasat&catid=376:2010-01&Itemid=27 telah memetik berita dari Berita Harian seperti berikut;
25 Jan - Penulis Blog Hina Sultan Iskandar Disiasat
JOHOR BAHRU: Polis Johor menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat seorang penulis blog yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya menerima 25 laporan di seluruh negeri terhadap penulis blog berkenaan. Menurutnya, mereka sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan. Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengutuk sekeras-kerasnya sikap tidak bertanggungjawab penulis blog terbabit yang secara terang-terangan menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor. Katanya, sebarang bentuk provokasi termasuk dalam bentuk tulisan blog dengan tujuan menghina Institusi Kesultanan Diraja Melayu harus ditangani segera. Sikap biadap terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab akan menimbulkan kekecohan dan huru-hara di kalangan rakyat.

Sementara itu, Pemuda Umno Johor mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis blog yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar. Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon, berkata beliau dimaklumkan mengenai kata-kata berunsur penghinaan dan penderhakaan terhadap baginda oleh penulis blog dikenali sebagai Aduka Taruna, kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu. Beliau berkata, melalui laman blog www.adukataruna.blogspot.com, penulis itu menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor dan kerajaan negeri yang disifatkannya bodoh. Katanya, walaupun penulis blog itu sudah meminta maaf kepada istana serta seluruh rakyat Johor menerusi blognya, Pemuda Umno Johor masih kesal dengan tindakan penulis itu yang mencerca Almarhum.
Tambah beliau, Polis perlu mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap perkara ini, begitu juga SKMM yang perlu menutup terus laman blog terbabit," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, semalam. Beliau membuat laporan terbabit bersama Belia 4B Johor selepas melakukan bantahan aman bersama kira-kira 300 ahli kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan itu di Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic).
Berita disunting daripada sumber: Berita Harian

Berikut pula adalah komen seorang blogger di http://www.permata-merah.co.cc/2010/01/blog-hina-sultan-apa-aduka-taruna-tulis.html yang mencacatkan seperti ini:
Afiq terkejut dengan berita yang menyatakan ada rakyat Malaysia yang menghina Intitusi Raja-Raja. Dengan perasaan yang ingin tahu Afiq pun mencari2 apa yang ditulis sampai dia diburu oleh pihak polis.
Walaupun telah didelete, Ini yang Afiq jumpa (saya tidak tergamak untuk tampalkan tulisan asal Aduka teruna di blog ini. Harap maaf. Bagi anda yang teringin untuk membacanya, mungkin ada cara lain untuk mendapatkannya: penulis blog, maharamdotcom). Blog nya: http://adukataruna.blogspot.com/
Pada Afiq, ini memang betul2 biadap dan tidak berfikir langsung untuk menulis. Ikut sedap hati je, rasakan lah hukumannya. Silap2 boleh kene lempang dengan Sultan.. Apa-apa pun kita sebagai manusia biasa, jika ada yang tidak puas hati atau marah jangan lah terlalu mengikut hati sehinga perlu mencaci maki. Renung-renung kan lah..
Ini pula Permohonan Maaf Aduka Taruna yang boleh dibaca di blog beliau http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/permohonan-maaf-kepada-seluruh-rakyat.html
Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Oleh : AdukaTaruna
Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia.
Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.
Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan.
Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya.
Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan sisi untuk Islamic State.
Jadi dengan ini.
1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran saya.
2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya sebagai tanda saya akui kesalahan saya.
Yang benar,
AdukaTaruna
Walau bagaimanapun, Harakah Daily di
http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24477:minta-maaf-tidak-cukup-aduka-taruna-perlu-disiasat&catid=1:utama&Itemid=50 telah menyiarkan artikel ini;
Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Tulisan dalam blog Adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la" jelas membuat penyataan yang menghina. Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina ulama mahzab dan juga isteri Rasulullah saw, Aisyah.
"DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat," kata Herman Shamsudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Bagi Herman, Jakim juga perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.
"DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina ulama, keluarga Rasulullah dan Sultan. DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyuataan.
Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan keluarganya serta sultan-sultan yang memerintah di negara ini. Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu, tambah beliau.

Komentar maharamdotcom
Berdasarkan kuliah (yang telah lepas ataupun akan datang), anda telah pelajari batasan terhadap kebebasan untuk bersuara dan menulis di Malaysia. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, namun perlu diingati bahawa tahap “kebebasan” untuk menulis atau bersuara barada pada aras yang tertentu kerana:
PERTAMA: Malaysia terdiri dari penduduk yang berbilang bahasa, agama, kepercayaan, adat resam, bangsa dan budaya. Setiap warga dan penduduk Malaysia perlu tahu bagaimana cara untuk untuk bertutur, berinteraksi, bersosial, menulis dan berkata-kata walaupun langit bersifat “terbuka” dan “tanpa sempadan”. Keharmonian negara menjadi perkara utama yang perlu diambil berat. Jadi, setiap orang yang menulis perlu menyedari isu-isu tertentu yang boleh menimbulkan hal-hal sensitif terhadap pembaca yang lain terutamanya apabila melibatkan isu seperti raja-raja melayu, bahasa Melayu, keistimewaan melayu, agama-agama lain yang dianuti oleh seluruh rakyat malaysia, kepercayaan, adat resam dan sebagainya yang mampu mengubah suasana harmoni kearah kacau bilau dan tidak aman.
KEDUA: Setiap negara mempunya undang-undang, hukum, akta dan peraturan yang perlu dipatuhi. Di negara kita terdapat pelbagai undang-undang dan akta yang diwartakan untuk memastikan negara ini sentiasa terkawal dan aman. Jadi, setiap penduduk sama ada warga negara atau bukan warganegara perlu mematuhi setiap akta dan undang-undang ini seperti akta fitnah, akta hasutan, akta keselamatan dalam negeri, akta komunikasi dan multimedia dan sebagainya. Ini bermakna, setiap tulisan walaupun ditulis dan disebarkan secara maya masih lagi terikat dengan semua akta dan undang-undang di negara ini.
KETIGA: Penulis perlu mematuhi dan berlandaskan etika apabila menulis. Etika bukanlah akta yang boleh menghukum seseorang penulis, namun...seseorang penulis yang beretika akan sentiasa mengetahui batas dan sempadan yang boleh ditulisnya sama ada secara maya atau bercetak. Keperibadian seseorang penulis akan terserlah apabila menjadikan etika dalam penulisan sebagai garis panduan.
Ramai yang beranggapan penulisan yang berbentuk maya di laman sawang, blog, emel, facebook, twitter dan sebagainya “bebas” sifatnya menyebabkan mereka menulis tanpa perlu berfikir panjang. Sudah semestinya itu tidak benar sama sekali. Pemantauan setiap laman web, blog, facebook, twitter dan sebagainya sentiasa dilakukan. SKMM boleh di layari di http://www.skmm.gov.my/ pula sentiasa mengawasi aktiviti penghuni maya bagi memastikan dunia tanpa suara yang “meriah” ini sentiasa terkawal. Pengguna boleh menyatakan laporan atau aduan pelbagai perkara berkaitan komunikasi termasuk jenayah, penipuan, ugutan, hasutan dan sebagainya di https://aduan.skmm.gov.my/
Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya kemukakan di atas, saya berharap anda semua telah memahami sejauhmana kebebasan dalam penulisan wujud termasuk secara maya. Saya ingin tegaskan bahawa di malaysia, kita bebas untuk menulis dan bersuara tetapi pada tahap yang terbatas. Berdasarkan kes-kes yang telah berlaku juga (dalam contoh di atas dan juga banyak contoh lain yang telah saya nyatakan dalam entri yang lain), dunia maya sebenarnya satu dunia yang sangat meriah dan lebih sibuk lalu lintasnya berbanding dunia nyata.
dikemas kini pada 30 januari 2010:
Blog Bersama mazidul telah mengulas tentang tindakan beberapa orang remaja yang menghina Nabi Muhammad S.A.W di facebook mereka. Ulasan berkenaan dan pernyataan minta maaf dari remaja berkenaan telah dipaparkan beliau di blognya ini yang boleh dibaca di http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/01/read-and-you-decide.html
Orang kata, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian...kita pun tak pasti apa akan jadi kepada remaja-remaja ini. Mereka masih lagi muda belia, masih remaja dan masih banyak peluang untuk membina jatidiri dan masa hadapan, janganlah hanya kerana kecanggihan teknologi yang disalahgunakan, akan gelapkan masa hadapan sendiri.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.