Pages

Friday, February 5, 2010

Pertandingan Menulis Skrip Drama Radio (Bahasa Malaysia)

saya mendapat maklumat tentang pertandingan menulis skrip drama radio berbahasa malaysia melalui blog berikut http://www.radiortm.blogspot.com/ Perkara yang sama boleh diperolehi di laman web rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

THURSDAY, NOVEMBER 12, 2009

Pertandingan Menulis Skrip Drama Radio (Bahasa Malaysia)

Kategori dipertandingkan
- Panggung Drama (30 minit)
- Drama Khas (30 minit)
- Drama Bersiri (12 episod)
- Sketsa (5 minit)

Syarat-syarat pertandingan

 Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menuntut di IPTA/IPTS sahaja.
 Peserta dibenarkan menyertai kesemua kategori atau mana-mana yang difikirkan sesuai.
 Kakitangan RTM sama ada pegawai tetap atau sementara tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
 Skrip mestilah asli dan belum pernah digunakan untuk apa-apa tujuan sebelum ini.
 Skrip yang dihantar akan menjadi hak milik RTM secara mutlak dan RTM berhak menggunakanya untuk tujuan penerbitan drama RTM.
 Pihak Penganjur atau wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika dalam proses penghantaran penyertaan.
 Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 31 Mac 2010.
 Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan Nama Peserta, Nama IPTA/IPTS, Nombor Telefon dan Nombor Pelajar. Pihak Penganjur adalah berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
 Keputusan pengadil adalah muktamad.
 Hantarkan Penyertaan anda ke alamat berikut:


Pertandingan Menulis Skrip Drama Radio
• Unit Drama Radio
• Tingkat 1 Utara, Wisma Radio
• Angkasapuri
• 50740 Kuala Lumpur
 atau emelkan ke dramaradio_rtm@yahoo.com
 Hubungi 03-2288 7261 / 03-2288 7263 juga layari http://www.kpkk.gov.my/ untuk melihat contoh penulisan skrip dan keterangan lanjut.


Hadiah Untuk Pemenang

Kategori Panggung Drama
Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang

Kategori Drama Khas
Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang

Kategori Drama Bersiri
Pertama : RM 3,500.00
Kedua : RM 3,000.00
Ketiga : RM 2,500.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 1,000.00 seorang


Kategori Sketsa
Pertama : RM 1,500.00
Kedua : RM 1,000.00
Ketiga : RM 750.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang

Panduan Menyediakan Skrip Drama Radio
 Skrip Panggung Drama dan Drama Khas perlulah sebanyak 23 muka surat melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema Panggung Drama adalah bebas manakala bagi Drama Khas pula temanya berkaitan dengan perayaan (Maulidur Rasul, Hari Pekerja, Hari Keputeraan SPB YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia & Maal Hijrah).
 Skrip Drama Bersiri perlulah lengkap sebanyak 12 episod dengan 7 muka surat bagi setiap episod dan melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema adalah berkaitan golongan remaja.
 Skrip sketsa perlu disediakan dalam 3 muka surat yang melibatkan 2 orang pelakon. Setiap penyertaan mestilah menghantar sekurang-kurangnya 12 skrip sketsa. Tema sketsa adalah berkaitan isu-isu semasa seperti wabak denggi, mat rempit, kes ragut, keselamatan jalanraya, cara hidup sihat dan sebagainya.
 Skrip mestilah menggunakan Kertas saiz A4, Font Arial saiz 12 dan ditaip 1.5 spacing.

JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PERTANDINGAN INI!!!

Contoh-contoh skrip drama yang dipaparkan di Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan ataupun di Contoh Tugasan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.