Peluang baik kepada anda yang berminat untuk mendalami dunia penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk menyertai program tahunan di bawah program Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010.
Program ini banyak manfaat dan tidak wajar dilepaskan. Saya sertakan di bawah salinan yang saya kutip dari laman blog Minggu Penulis Remaja, iaitu;
Permohonan untuk menyertai program sistematik anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka kini telah dibuka. MPR 2010 akan diadakan pada 18-24 Disember 2010.
Syarat-syarat:
- Warganegara Malaysia berumur 17-21 tahun
- Pemohon mestilah pernah menghasilkan karya kreatif (puisi, cerpen atau novel) dan pernah disiarkan dalam media cetak.
- Pemohon hendaklah menghantar salinan karya kepada pihak penganjur.
- Bayaran penyertaan sebanyak RM30 dikenakan kepada peserta yang terpilih menyertai program ini.
Tarikh tutup permohonan: 12 November 2010
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.
atau hubungi pihak penganjur seperti maklumat di bawah:
Urus Setia
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010
Pusat Penyelidikan Dan Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-Kanak Dan Remaja (PURNAMA),
Jabatan Sastera, Aras 21, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50640 KUALA LUMPUR.
(U.P.: Zeti aktar Jaafar)
No telefon: 03-21481254
No faksimile: 03-21414109
Emel: zeti@dbp.gov.my
Laman web: http://www.dbp.gov.my
Blog: http://minggupenulisremaja.blogspot.com/
Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui telefon dan surat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.