Encik Azlan Ahmad sebagai penyelaras program RISISITA III dalam ucapan alu-aluannya telah berpantun sebagai pembuka kata;
Harum bau si bunga serai,Bawa berdagang di hujung kuala;Risisita iii menyingkap tirai,Tanda majlis puisi bermula.
Menurutnya, program RISISITA kali ini diadakan bersempena sambutan Ambang 40 tahun penubuhan UKM. Tahun 2006 menjadi asas kepada kelahiran Hari Apresiasi Puisi cinta pertama, diikuti RISISITA II pada 2008.
RISISITA adalah singkatan kepada Hari Apresiasi Puisi Cinta yang telah dilangsungkan dengan jaya buat pertama kalinya pada 14 Oktober 2006. Ia awalnya dirancang sebagai kegiatan bahasa kursus bahasa Melayu Untuk Keperluan Akademik I dan II yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum, UKM kepada para pelajar yang dating dari Negara-negara Nusantara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand (bahagian Selatan) yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Kegiatan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar tersebut menterjemahkan ilmu kemahiran bahasa Melayu yang dipelajari dalam kedua-dua kursus tersebut.
RISISITA kemudiannya menarik minat para pelajar lain yang mengikuti kursus bahasa tersebut pada semester-semester berikutnya. Pada setiap awal semester, dalam dua tahun terakhir ini, soalan pertama yang ditanyakan oleh pelajar baharu ialah bilakah RISISITA III akan diadakan. Pertanyaan ini membuktikan bahawa keterujaan para pelajar terhadap RISISITA sangat tinggi. Kemeriahan dan keseronokannya sentiasa dinanti-nantikan sehingga para pengajar kursus Bahasa melayu yang terlibat membuat satu kesimpulan bahawa kegiatan ini patut dijadikan acara tahunan kursus Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Umum.
Berdasarkan iltizam dan sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar terhadap RISISITA I dan II, maka RESISITA III kali ini telah menghidangkan kelainan dengan menampilkan pelajar asing yang bukan penutur asal bahasa Melayu sebagai peserta deklamasi puisi kali ini. Harapan menggunung disandarkan semoga keterlibatan pelajar asing ini akan merangsang minat pelajar asing yang lain untuk turut serta dalam RESISITA yang akan dating. Kini RESISITA telah menjadi medan untuk pelajar asing yang mengambil kursus ZZZM iaitu kursus bahasa Melayu menampilkan bakat terpendam ke pentas puisi. RESISITA telah Berjaya mencungkil bakat menulis dan mendeklamasi puisi dalam kalangan pelajar asing yang selama ini tidak diketengahkan.
Ucapan Encik Azlan juga diakhiri dengan serangkap pantun berikut;
Berkelip indah nian si bintang,Tinggi jauh di puncak awan;Terima kasih kerana dating,Bawa pulang seberkas kenangan.
Acara RESISITA kali ini mempertandingkan 6 buah puisi dari Indonesia (Nusantara) dan 6 buah pusi kategori Antarabangsa dengan pesertanya terdiri daripada 3 orang pelajar dari Negara Iran, masing-masing seorang dari Pakistan, Nigeria dan Filipina.
Kategori nusantara dimenangi oleh saudara Asdiri dengan puisi dihasilkannya sendiri berjudul Adakah Kau Masih Di Sana, manakala bagi kategori Antarabangsa dimenangi oleh peserta dari Nigeria yang mendeklamasikan puisi Tetamu Senja.
Sepanjang acara RISISITA III berlangsung juga, berbagai-bagai acara iringan telah dipersembahkan para pelajar seperti nasyid oleh kumpulan pelajar, tarian piring, tarian Aceh, berbalas pantun, nyanyian, persembahan bacaan puisi oleh Pengarah Pusat Pengajian Umum dan deklamasi puisi oleh penyelaras program, Encik Azlan Ahmad.
Semoga acara Hari Apresiasi Puisi Cinta, RISISITA ini akan dikembangkan hingga peringkat kebangsaan.
Semoga acara Hari Apresiasi Puisi Cinta, RISISITA ini akan dikembangkan hingga peringkat kebangsaan.
wow...sangat menarik..if utm ade event2 such as this kan best..
ReplyDelete