Zahariz Khuzaimah, 30, bekas pensyarah di sebuah kolej swasta telah berbasikal secara solo merentasi benua Asia bermula dari Litang di Wilayah Sichuan, China hingga ke Omsk, Rusia mulai 18 Mei 2010. Jelajah solo ini menempuh laluan sukar sepanjang 10,000 kilometer menaiki basikal Mountain Bike termasuk melalui lembah paling dalam di dunia di Yunan yang dikenali sebagai Tiger Leaping George. Malah, perjalanan ini juga terpaksa merentasi kawasan tertinggi di dunia iaitu Tibet, banjaran Himalaya, laluan sutera, banjaran Karakarom, pergunungan Altai dan melalui sempadan Pakistan serta Afganistan.
This film was shot in my homesoil in Kuala Lumpur Malaysia, 2 days before departing for Iceland. Zahariz was packing all his stuff on the bike and test to ride it one last time to make sure everything is ready! He'll be carrying roughly around 50kg of luggage this time!
Klik kalau nak tahu bagaimana beliau memulakan Ekspedisi.
Di bahagian bawah video ini tertulis;
A draft edit video on my first hour after arriving in Iceland. This video was shot around midnight (Iceland time) but it was not hard for me to get around as the night is as bright as day due to the Midnight Sun!
Starting from the Keflavik International Airport, i made my way to Reykjavik. With the temperature hovering at 10 degrees Celsius and breathtaking landscape as the backdrop, it was a very very pleasant ride.
Stay tuned for more videos. Follow and read more about my expedition on twitter @ZaharizK, @ZfilmsNews and at zahariz.wordpress.com
Menurut Zahariz, beliau melakukan ekspedisi sukar ini untuk mengharumkan nama negara di mata dunia selain memperkenalkan budaya orang Melayu kepada bangsa-bangsa asing. Sebahagian daripada pengalaman berbasikal ini telah dikongsikan beliau seperti dalam rakaman beliau yang lain iaitu;
Di dalam blognya (http://zahariz.wordpress.com/), Zahariz Khuzaimah menceritakan pengalaman menarik sepanjang ekspedisi menjelajah yang dilakukan bermula di China hingga ke Rusia. Terdapat banyak catatan indah, manis, pahit dan pelbagai pengalaman sepanjang penjelajahan ini dicatatkan dalam blog ini, berserta gambar-gambar yang sangat menarik.
Selain daripada bakat menulis, memotretkan keindahan alam semulajadi dan keupayaan berbasikal secara solo, beliau ternyata mempunyai bakat seni yang tinggi. Saksikan penghasilan video tentang pengalaman menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang siri jelajah solo tersebut.
Sila tonton rakaman pengalaman yang dikongsikan beliau dengan tajuk
Dengan Basikal Aku Menjelajah Teaser
A short video of timelapse of Icelandic jawdropping landscape and some shots taken from our travelogue, "Dengan Basikal Aku Menjelajah". Zahariz has traveled over 2250km thus far, alone on bicycle across the stunning landscape of Iceland on paved roads, gravel and sandy roads. Between the ride, he has hiked and climbed mountains and volcanoes, tried to chase some Icelandic horses and failed. Eat and sleep!
Siri penjelajahan berbasikal ini dilakukan secara solo, maka sudah tentu semua rakaman berkenaan dilakukan beliau sendiri. Menarik dan mengagumkan bukan?
Keindahan Tibet
Pengalaman penjelajahan solo ini telah dikongsikan di TV Al-Hijrah dalam satu program mereka. Anda boleh lihat beberapa klip video untuk promosi rancangan ini, antara lainnya adalah;
Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 1)
Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 2)
Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 3)
Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 4)
Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 5)
Pengalaman indah itu tidak seindah kita nikmatinya kini. Banyak yang perlu dikorbankan termasuk Ramadhan di perantauan. Ikuti pesanannya kepada keluarga sempena Ramadhan;
Sesekali kembara solo berkenaan ada penemannya; The Icelandic Dog
Bangga bila Berjaya kibarkan Jalur Gemilang setelah susah payah harungi perjalanan panjang. Biarpun, hanya asap belerang yang saksikannya…
Setelah sebegitu panjang pengalaman dilalui, sebegitu banyak ragam hidup ditempuh, sudah pasti rempah ratus dan asam garam yang ditimba itu menyebabkan kita akan lebih syukuri betapa bertuahnya dilahirkan dan menjadi warganegara Malaysia.
Sila kunjungi blog Dengan Basikal Aku Menjelajah yang menceritakan semua pengalaman kembara beliau ke beberapa Negara termasuk Bandar kecil dan desa, berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian serta bagaimana beliau menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah mengikut situasi berkenaan. Berhadapan dengan masalah dan menyelesaikannya melalui pengalaman sendiri adalah berbeza berbanding menelaah buku ilmiah.
Bagaimana pula dengan anda? Anda juga mempunyai bakat semulajadi yang tersendiri. Usah jemu mengasah bakat berkenaan walaupun orang lain memandangnya sebagai sesuatu yang remeh dan buang masa.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.