Bahagian
Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa
dan Pustaka menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur
Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian
Pendidikan Malaysia 1436 H. Ia terbuka kepada:
Kategori
1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kategori
2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam Kementerian Pendidikan
Malaysia (Universiti awam/Institut Pendidikan Guru/
Matrikulasi/Politeknik/Kolej Komuniti Malaysia (KKM)) yang berumur kurang
daripada 25 tahun pada 30 Jun 2014.
Syarat
pertandingan sayembara beserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya
boleh dimuat turun daripada pautan berikut:
- www.moe.gov.my
- http://www.muaturun.bpi.edu.my/index.php/category/sayembara-penulisan
- Facebook/ Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) KPM
Untuk maklumat
lanjut sila hubungi Urus setia Sayembara, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor,
Penolong Pengarah Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia:
Nombor
telefon : 03-83217288 / 019-2103267
Email
:
sayembaracerpenislamkpm@gmail.com
Muat turun borang penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen Kementerian
Pendidikan Malaysia sempena Maulidur Rasul.
SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1436 H
A.
PENDAHULUAN
Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada
para peserta Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat
Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia
tahun 1436 H. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema sayembara
pada kali ini adalah Cerpen Berunsur Islam. Tema sayembara akan berubah
setiap tahun. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.
DEFINISI
CERPEN BERUNSUR ISLAM
Karya sastera berunsur Islam ditakrifkan sebagai:
1.1 Karya yang menampilkan segala keperihalan ideal dan realiti
manusia yang menggalakkan kesedaran tentang fungsinya sebagai hamba dan
khalifah Allah.
1.2 Unsur-unsur penceritaan atau plot hendaklah menampilkan aspek
simplisiti dan kompleksiti serta menerima unsur-unsur kebetulan dan ketentuan
Allah selaras dengan pandangan dunia Islam.
1.3 Karya yang menonjolkan nilai-nilai murni, mulia dan
aspek-aspek makruf. Sebaik-baiknya, elemen keburukan, kehinaan dan aspek
mungkar tidak wajar ditonjolkan, malah wajar dibanteras dan dielakkan.
1.3
Karya hendaklah mempertahankan unsur estetika seni dan kebenaran.
1.4 Karya yang dihantar mestilah mengangkat nilai-nilai kesucian
Islam, memaparkan konsep hubungan manusia dengan Allah serta pelbagai persoalan
yang dapat membawa khalayak memahami dan menghayati unsur keislaman dengan
lebih baik.
1.6 Karya hendaklah disampaikan dalam gaya bahasa yang hidup dan
bernas, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.
B. SYARAT PERTANDINGAN
1.0 Syarat Am Pertandingan
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada:
1.1.1 Kategori 1: Pelajar sekolah menengah
sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.2 Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam
Kementerian Pendidikan Malaysia (Universiti awam/Institut Pendidikan
Guru/Matrikulasi/Politeknik/Kolej Komuniti Malaysia (KKM)) yang berumur kurang
daripada 25 tahun pada 30 Jun 2014.
1.2 Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
1.3 Karya hendaklah sesuai untuk bacaan umum.
1.4 Karya yang dihasilkan mestilah karya ASLI
penulis. Sebarang karya plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan
di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.
1.5 Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti,
subversif dan negatif mana-mana pihak.
1.6 Setiap peserta boleh menghantar
sekurang-kurangnya sebuah cerpen tetapi tidak lebih daripada tiga.
1.7 Sekiranya selepas keputusan diumumkan,
urusetia mendapati peserta melanggar syarat pada 1.4 , urusetia berhak menarik
kembali hadiah pertandingan dan membatalkan kemenangannya.
1.8 Karya yang dihantar hendaklah mendapat
pengesahan daripada Pengetua sekolah/ ketua jabatan institusi.
1.9 Para peserta perlu mengisi borang penyertaan
dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan
karya.
1.10 Keputusan panel juri adalah muktamad.
2.0 Syarat Khas Pertandingan
2.1 Setiap cerpen mestilah menerapkan elemen yang mengandungi
hubungkait dengan ilmu-ilmu Islam.
2.2 Sekiranya karya tersebut mengandungi
perbincangan ilmu-ilmu Islam, karya itu perlu bersandarkan kepada rujukan
muktabar berdasarkan pegangan ahli sunnah wal jama’ah.
2.3 Panjang cerpen adalah di antara :
Kategori 1: 1500-2000 patah perkataan
Kategori 2: 2000-2500 patah perkataan
Karya perlu bertaip bersih pada sebelah muka surat A4 dengan
jarak langkau dua baris dan menggunakan saiz 12 jenis Arial.
2.4 Sila catatkan bilangan patah perkataan pada akhir karya.
C. INSENTIF
1.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang :
Kategori 1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hadiah utama:
Tempat Pertama : RM 600.00
Tempat Kedua : RM 500.00
Tempat ketiga : RM 400.00
Penghargaan : 7 orang pemenang (RM 200.00)
Hadiah iringan: Plak, sijil penyertaan dan buku.
Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hadiah utama:
Tempat Pertama : RM 800.00
Tempat Kedua : RM 700.00
Tempat ketiga : RM 600.00
Penghargaan : 7 orang pemenang (RM 200.00)
Hadiah iringan: Plak, sijil penyertaan dan buku.
1.2 Setiap penyertaan yang menepati syarat penyertaan akan
mendapat sijil.
1.3 Hadiah akan disampaikan pada
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436 H Peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.