Pages

Sunday, May 30, 2010

Pertandingan Menulis Esei & Blog Kepenggunaan

Maklumat ini saya petik dari Laman Web Pengguna yang dibina khusus oleh pihak urusetia sempena Hari Pengguna Malaysia 2010. Pelbagai pertandingan dianjurkan. Sila ke laman sawang berkenaan untuk maklumat lanjut. Di sini saya hanya letakkan maklumat berkaitan pertandingan menulis esei dan blog pengguna untuk IPTA sahaja.

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI PENGGUNA (IPTA/Swasta & Maktab Perguruan) Sempena Hari Pengguna Malaysia 2010


Written by Administrator
Wednesday, 10 February 2010 13:57
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI PENGGUNA - Terbuka untuk IPTA/Swasta dan Maktab Perguruan

Kategori A Topik Bahasa Malaysia
Pilih salah satu daripada topik mengikut kategori yang sesuai;
1. Penyalahgunaan kad kredit di Malaysia dan langkah mengatasinya.
2. Pengurangan subsidi memerdekakan pengguna. Bahaskan kenyataan ini
3. Teknologi hijau merupakan alternatif untuk mengurangkan kesan rumah hijau. Bincangkan.
4. Kenaikan harga barang - sejauhmana pengguna menggunakan kuasanya.
5. Sejauh manakah pelabelan produk di Malaysia membantu pengguna berbelanja dengan bijak dan bertimbang rasa terhadap alam sekitar? Bincangkan dengan memberi contoh-contoh.

Kategori B English Topics
Choose 1 Topic according to suitable category;
1. Credit card usage in Malaysia and the steps to overcome abuse of credit card facility.
2. Elimination of subsidies frees consumers from depending on government to control prices of consumer products.
3. Discuss green technology as means of reducing green house effects.
4. How much control do consumers have on prices of consumer product?
5. Discuss and give examples. Product labeling in Malaysia will help consumers to spend wisely and contribute to the environment protection.

Syarat pertandingan
Panjang esei tidak melebihi 2,500 patah perkataan
Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan “Arial 12 poin” dan langkau sebaris atau menggunakan tulisan tangan yang jelas.
Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.
Penyertaan esei boleh dihantar melalui online atau pos.
Hasil karya akan digunakan oleh penganjur bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku dan laman web.
Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010



Hadiah bagi pertandingan mengarang esei pengguna

Hadiah Pertama : RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua : RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga : RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
10 hadiah sagu hati : RM 100.00 dan sijil penyertaan

Alamatkan penyertaan kepada:
Urus Setia Program Hari Pengguna Malaysia 2010No 1D-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS 9A/17,Sungai Way, 47300 Petaling Jaya, Selangor.Tel.: 03-7876 2009/ 7875 6362/ 7875 6370Faks: 03-7877 1076E-Mel:
urusetia@mypengguna.com
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Esei juga boleh dimuatnaik di laman web penganjur di sini


PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN (Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej)

Written by Administrator
Wednesday, 10 February 2010 14:19

PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN - Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej

Kategori A: Sekolah Menengah

Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej

TEMA: HAK PENGGUNA - Penggunaan tema hendaklah menyentuh 8 HAK PENGGUNA seperti :-
Hak untuk mendapat keperluan asas
Hak untuk mendapat keselamatan
Hak untuk mendapat maklumat
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk mendapat ganti rugi
Hak untuk menyuarakan pendapat
Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.

Maklumat untuk membina blog, sila layari http://www.kkk.org.my/ , http://www.fomca.org.my/, http://www.switch.org.my/, http://www.standardsusers.org/, http://www.nccc.org.my/

Syarat pertandingan blog kepenggunaan;

1. Terbuka kepada pelajar sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej
2. Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Sumber atau topik perbincangan boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
3. Peserta blog hendaklah memuatkan maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan
4. Blog mengambilkira kekerapan penyertaan/penglibatan daripada orang awam, kreativiti, menarik, penggunaan bahasa, jumlah pelawat dan kumpulan sasaran.
5. Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada
urusetia@mypengguna.com (This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it) bersama-sama borang penyertaan pertandingan. Penghantaran maklumat melalui pos juga diterima.


Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010

Hadiah bagi pertandingan blog kepenggunaan

Bagi Kategori A: Sekolah Menengah
Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan

Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan


Wednesday, May 26, 2010

Wacana Pusat Pengajian Umum, UKM


Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan satu wacana seperti yang tertera di bawah;






Wacana ini diberikan secara percuma. Semua dijemput hadir.

Friday, May 7, 2010

Pertandingan Menulis Puisi Anti‐Rasuah UKM 2010


Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar dengan kerjasama Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM akan mengadakan Pertandingan Menulis Puisi Anti Rasuah UKM 2010.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penulisan kreatif serta mengumpul hasil karya puisi mahasiswa/I UKM dalam usaha menerbitkan Buku Antologi Puisi ANTI‐RASUAH UKM.

Sehubungan dengan itu, individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, syarat‐syarat penyertaan adalah seperti berikut:

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada siswa-siswi sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2. Tema puisi yang dipertandingkan adalah berdasarkan tema yang diberi iaitu berkaitan anti-rasuah dan integriti.
3. Puisi yang dipertandingkan haruslah hasil karya dan ciptaan sendiri sahaja, yang belum pernah dibukukan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbit.
4. Puisi yang dihasilkan juga haruslah sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu. Bait-bait puisi yang mengandungi unsur negatif, provokasi, unsur lucah, unsur keganasan yang berlebihan, cacian dan maki hamun atau penggunaan bahasa kasar dan carut yang boleh menjejaskan imej mahasiswa, menggugat ketenteraman awam, keselamatan Negara, nilai keagamaan, moral, etika dan budaya bangsa adalah dilarang.
5. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
6. Sekiranya syarat-syarat yang tersebut di atas tidak dipatuhi, pihak juri berhak membuat keputusan bahawa puisi tersebut tidak diambil kira untuk pemarkahan.

Peserta adalah layak menghantar seberapa banyak puisi yang ingin dipertandingkan.Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan seperti yang dilampirkan dan menghubungi pihak urusetia bagi mengesahkan penyertaan. Borang penyertaan beserta puisi yang ingin dipertandingkan hendaklah sampai kepada pihak penganjur sebelum 16 Julai 2010.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada urusetia di alamat:
Urusetia,
PERTANDINGAN MENULIS PUISI ANTI‐RASUAH UKM 2010
Pusat Kebudayaan,
Jabatan Perkhidmatan Pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
( u.p : Puan Noor Faliza Hanim Roslan)
No.Telefon : 03‐89214739/5342
No. Fax : 03‐89258810
Borang peraduan boleh dimuat turun di sini