Pages

Wednesday, October 31, 2012

Hari Apriasi Puisi Cinta 4 (RISISITA 4)


Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Umum akan mengadakan Hari AprIsiasi Puisi Cinta KeEmpat (RESISITA IV) seperti berikut:
Tarikh: 08 November, 2012
Masa : 9.00 pagi – 12:00 Tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM 

Antara aktiviti menarik: Pembacaan puisi dan persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti Indonesia, Brunei Darul Salam, Jordan, Republik Rakyat China, Iraq, Iran, Libya dan lain-lain lagi. 

Semua dijemput hadir. 

Persembahan puisi dan lagu iringan sepanjang acara RISISITA IV boleh disaksikan di channel youtube Maharam Mamat.




Monday, October 1, 2012

Berbasikal 10 Ribu KM Dari China Ke Rusia


Zahariz Khuzaimah, 30, bekas pensyarah di sebuah kolej swasta telah berbasikal secara solo merentasi benua Asia bermula dari Litang di Wilayah Sichuan, China hingga ke Omsk, Rusia mulai 18 Mei 2010. Jelajah solo ini menempuh laluan sukar sepanjang 10,000 kilometer menaiki basikal Mountain Bike termasuk melalui lembah paling dalam di dunia di Yunan yang dikenali sebagai Tiger Leaping George. Malah, perjalanan ini juga terpaksa merentasi kawasan tertinggi di dunia iaitu Tibet, banjaran Himalaya, laluan sutera, banjaran Karakarom, pergunungan Altai dan melalui sempadan Pakistan serta Afganistan. 

 Persediaan, Sebelum Keberangkatan: di Kuala Lumpur


This film was shot in my homesoil in Kuala Lumpur Malaysia, 2 days before departing for Iceland. Zahariz was packing all his stuff on the bike and test to ride it one last time to make sure everything is ready! He'll be carrying roughly around 50kg of luggage this time! 

 Klik kalau nak tahu bagaimana beliau memulakan Ekspedisi

Di bahagian bawah video ini tertulis; A draft edit video on my first hour after arriving in Iceland. This video was shot around midnight (Iceland time) but it was not hard for me to get around as the night is as bright as day due to the Midnight Sun! Starting from the Keflavik International Airport, i made my way to Reykjavik. With the temperature hovering at 10 degrees Celsius and breathtaking landscape as the backdrop, it was a very very pleasant ride. Stay tuned for more videos. Follow and read more about my expedition on twitter @ZaharizK, @ZfilmsNews and at zahariz.wordpress.com 

Menurut Zahariz, beliau melakukan ekspedisi sukar ini untuk mengharumkan nama negara di mata dunia selain memperkenalkan budaya orang Melayu kepada bangsa-bangsa asing. Sebahagian daripada pengalaman berbasikal ini telah dikongsikan beliau seperti dalam rakaman beliau yang lain iaitu;

 

Di dalam blognya (http://zahariz.wordpress.com/), Zahariz Khuzaimah menceritakan pengalaman menarik sepanjang ekspedisi menjelajah yang dilakukan bermula di China hingga ke Rusia. Terdapat banyak catatan indah, manis, pahit dan pelbagai pengalaman sepanjang penjelajahan ini dicatatkan dalam blog ini, berserta gambar-gambar yang sangat menarik. Selain daripada bakat menulis, memotretkan keindahan alam semulajadi dan keupayaan berbasikal secara solo, beliau ternyata mempunyai bakat seni yang tinggi. Saksikan penghasilan video tentang pengalaman menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang siri jelajah solo tersebut. 

Sila tonton rakaman pengalaman yang dikongsikan beliau dengan tajuk Dengan Basikal Aku Menjelajah Teaser
 

A short video of timelapse of Icelandic jawdropping landscape and some shots taken from our travelogue, "Dengan Basikal Aku Menjelajah". Zahariz has traveled over 2250km thus far, alone on bicycle across the stunning landscape of Iceland on paved roads, gravel and sandy roads. Between the ride, he has hiked and climbed mountains and volcanoes, tried to chase some Icelandic horses and failed. Eat and sleep! 


Siri penjelajahan berbasikal ini dilakukan secara solo, maka sudah tentu semua rakaman berkenaan dilakukan beliau sendiri. Menarik dan mengagumkan bukan? 

 Keindahan Tibet

 

Pengalaman penjelajahan solo ini telah dikongsikan di TV Al-Hijrah dalam satu program mereka. Anda boleh lihat beberapa klip video untuk promosi rancangan ini, antara lainnya adalah; 

Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 1)



Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 2)



Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 3)




Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 4)




Zahariz : Dengan Basikal Aku Menjelajah (Part 5)




Pengalaman indah itu tidak seindah kita nikmatinya kini. Banyak yang perlu dikorbankan termasuk Ramadhan di perantauan. Ikuti pesanannya kepada keluarga sempena Ramadhan; 



Sesekali kembara solo berkenaan ada penemannya; The Icelandic Dog



Bangga bila Berjaya kibarkan Jalur Gemilang setelah susah payah harungi perjalanan panjang. Biarpun, hanya asap belerang yang saksikannya… 



Setelah sebegitu panjang pengalaman dilalui, sebegitu banyak ragam hidup ditempuh, sudah pasti rempah ratus dan asam garam yang ditimba itu menyebabkan kita akan lebih syukuri betapa bertuahnya dilahirkan dan menjadi warganegara Malaysia.



Sila kunjungi blog Dengan Basikal Aku Menjelajah yang menceritakan semua pengalaman kembara beliau ke beberapa Negara termasuk Bandar kecil dan desa, berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian serta bagaimana beliau menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah mengikut situasi berkenaan. Berhadapan dengan masalah dan menyelesaikannya melalui pengalaman sendiri adalah berbeza berbanding menelaah buku ilmiah. 

Bagaimana pula dengan anda? Anda juga mempunyai bakat semulajadi yang tersendiri. Usah jemu mengasah bakat berkenaan walaupun orang lain memandangnya sebagai sesuatu yang remeh dan buang masa. 


Monday, September 24, 2012

Pengalaman Menulis Novel Thriller Ramlee Awang Murshid


Ramlee Awang Murshid yang diputrakan pada 4 November 1967 merupakan anak kelahiran Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979), pendidikan beliau diteruskan ke Sabah College (1980-1984), seterusnya memperolehi Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, B.A (Hons) juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang melanjutkan pengajian di UKM, Ramlee pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Komunikasi (2000), Watikah Penghargaan Khas (2001) dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media Dan Komunikasi UKM (2002).



sumber: Google


Tuesday, September 18, 2012

Petua Mendapat Markah Bonus dalam Peperiksaan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat membaca.


Tulisan ini pernah disiarkan di 100 Penulis.

Saya memang pasti, tak ramai yang menulis tentang hal ini, bagaimana mendapat markah bonus apabila menjawab kertas peperiksaan. Petua ini tidak terdapat dalam mana-mana buku di dunia (saya agak sahaja, belum ada kajian dibuat). Namun, apa yang bakal saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang mengajar dan menanda markah untuk peperiksaan.

Sudah pasti semua pensyarah mahukan jawapan yang tepat dan betul apabila anda menjawab soalan peperiksaan. Walau bagaimanapun, pensyarah anda juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada stress terutama apabila perlu memberi markah pada musim peperiksaan. Pada waktu-waktu sebegini, mereka biasanya akan kekurangan tidur dan rehat, sekaligus sama ada sedar atau tidak turut mempengaruhi emosi sedikit sebanyak.

Semua tips dan petua yang anda akan baca nanti hanya relevan untuk kertas peperiksaan yang bersifat esei sahaja. Selain jawapan dan huraian yang anda berikan sebagai jawapan, pensyarah anda juga mengharapkan agar anda:

1. Menulis jawapan dengan kemas dan teratur

Pastikan anda menulis dengan kemas, teratur dan tulisan anda senang dibaca. Ini sangat penting terutamanya jika pensyarah anda seorang yang berkacamata macam saya. Bermakna, pensyarah anda itu rabun. Apabila dia seorang yang rabun, dia sangat mengharapkan agar anda menulis dengan tulisan yang mudah dibaca, bukannya seperti tulisan Tuan Doktor yang sengaja “mencacingkerawetkan” tulisannya.

Hurailah jawapan anda itu secara panjang lebar, menyertakan contoh atau kadangkala juga perlu menerangkan serba sedikit tentang contoh berkenaan. Apabila soalan peperiksaan anda bersifat esei, anda tidak hanya perlu menulis fakta semata-mata seperti yang anda hafal, namun sebenarnya, huraian terhadap fakta itulah yang memberi markah paling tinggi.

Kalaupun anda ‘menggoreng” jawapan tersebut, pastikan agar “gorengan” anda itu sesuai dan tidak “rentung”. Ini bermakna, jawapan anda itu tidak sahaja berdasarkan nota kuliah yang anda dapat semasa dalam dewan kuliah, tetapi juga berdasarkan pembacaan anda yang luas. Ada ketikanya, keluasan ilmu pengetahuan yang anda ada dari luar bilik darjah itu membuatkan pensyarah anda lebih tertarik dan “menganugerahkan” markah bonus kepada anda. Ketahuilah, apabila anda menjawab soalan berbentuk esei, tidak ada skima yang salah mengenainya kecuali memang fakta yang anda kemukakan itu bertentangan dengan jawapan asal. Bagaimana anda menghuraikan pendapat dan menyokongnya dengan fakta akan mempengaruhi keseluruhan markah.

Monday, June 18, 2012

Petua Bodek Pensyarah Tanpa Menyalahi Etika



Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Apa khabar semua?

Sangat lama saya tidak berada di sini, mohon maaf kepada semua pembaca. Ayat tu bagaikan kenyataan perasan popular, usah ambil kira. 

Ada masa, kita tidak mampu mengawal arah hidup sendiri. Semester baru bukan sahaja telah lama bermula, namun kini berada di hujungnya. Kini musim peperiksaan pula melanda. Dan saya, akan terjebak dengan lebih banyak kesibukan lagi.

Kesempatan yang sempat diluangkan pada ketika ini, saya cuba untuk membayar hutang lepas dengan memberi panduan, petua dan tips kepada adik-adik yang sedang bertungkus lumus menjalani semester  di universiti. Belajar di universiti bukan seperti di sekolah. Anda bukan sahaja perlu kerja keras mengulangkaji pelajaran, namun sebaiknya anda juga perlu tahu bagaimana untuk bodek pensyarah dengan cara terhormat tanpa menyalahi etika. Orang kata, belajar di universiti perlu “work smart”. Jadi bagaimana caranya?


1.              Belajar cara pensyarah anda berfikir
Sebelum mengikuti mana-mana kursus, pernah anda selidik tentang pensyarah anda? Siapa dia? Apa yang dia suka? Apa yang dia tidak suka? Pernah tak anda ambil tahu bagaimana cara pensyarah anda berfikir?

Mengenali pensyarah anda daripada pelbagai sudut melalui senior yang pernah mengambil kursusnya agak membantu anda untuk memahami kesukaan dan pantang pensyarah anda. Bagaimana pula untuk mengetahui bagaimana cara dia berfikir? Mudah sahaja, baca semua artikel dan tulisannya. Tulisan menggambarkan pemikiran penulisnya. Membaca hasil penulisan seseorang bermakna membaca pemikirannya. Semakin banyak artikel atau tulisan seseorang dibaca, maka semakin jelas corak dia berfikir dipaparkan. Jadi, anda membaca caranya berfikir juga. Mudah sahaja kan?

Apa gunanya membaca cara pensyarah anda berfikir? Bagaimana cara dia menulis, sebegitu juga dia mengharapkan anda menulis apabila menyiapkan artikel, kertas kerja atau tugasan untuk melengkapkan kursus yang anda ambil. Mengenali cara dia menulis, berfikir dan menganalisis membantu anda melakukan hal yang serupa. Ini secara tidak langsung menjadi cara untuk bodek atau mengambil hati, malah mencuri perhatiannya terhadap kerja anda. Bermakna, peratusan untuk anda mendapat markah yang lebih murah dan tinggi berbanding rakan-rakan yang lain juga agak tinggi. Itu namanya bodek secara beretika. Bodek secara tidak langsung. Bodek yang tidak disedari oleh pensyarah anda, tetapi memberikannya rasa baik hati dan bermurah hati untuk memberikan markah yang lebih terhadap tugasan anda. Bodek yang bermaruah.



Friday, March 30, 2012

Rumah Lain Pula...

Gambar dari sini


Sengaja wujudkan rumah baru. Rumah ni kekal, tetapi saya akan perbaharui cerita-cerita terkini di sana. Jemput melawat  maharammamat.wordpress.com