Pages

Thursday, February 17, 2011

Lagu Saduran dalam Industri Hiburan

Dah banyak entri saya sebelum ini terlihat berat, ilmiah dan terlalu memaksa anda untuk serius. Jadinya, kali ini entri saya sangat santai. Memberi peluang kepada anda berhibur sambil berfikir dan menilai.

Sangat sering kita temukan hasil seni yang seakan-akan sama, terutama dalam penulisan kreatif. Paling mudah dikesan adalah dalam bentuk lagu dan musik. Sejak era 70-an lagi, Syarifah Aini pernah dendangkan lagu yang alunan muziknya sama seperti lagu 'Seasons In The Sun'. Lagu yang berjudul Cahaya Keinsafan merupakan lagu saduran dengan seni kata ditulis Ismail Haron. Jadi, apa kata kalau kita nikmati lagu-lagu ini dalam versi yang berbeza;


The Beach Boys- Seasons in the Sun


Pada tahun 1974 penyanyi Terry Jacks telah menjulang lagu Seasons In The Sun ke puncak carta lagu.

Terry Jacks - Seasons In The Sun (1974)


Lagu itu ada dinyanyikan semula oleh kumpulan Westlife.

Westlife-Seasons In The Sun (Studio Version)


Di Malaysia, syarifah Aini berjaya melagukan dengan lenggok yang indah.

Sharifah Aini - Cahaya Keinsafan (1974)



Itu belum lagi saya cari versinya dalam irama dikir barat.

Ramai mengatakan lagu sheila on 7, “anugerah terindah” mengutip karya cat stevens yang berjudul “father & son”. Banyak lagu popular di Malaysia juga merupakan salinan lagu-lagu asing dalam bahasa asing juga. Kita tidak pasti adakah mereka mendapat kebenaran hak cipta dari penulis dan penerbit asal untuk melakukan saduran berkenaan.

Sebuah filem Hindi berjudul Tinak Tin Tana telah mencetuskan kontroversi hebat apabila mengambil melodinya daripada melodi lagu “Yang Sedang-Sedang Saja” dihasilkan penyanyi dangdut Malaysia, Iwan. Iwan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah muzik filem berkenaan, Sanjeev-Darshan kerana plagiat. Beliau memenangi kes ini dengan dibayar sebanyak RM1 juta.

Apa kata anda hayati lagu paling mahal harganya dalam sejarah industri negara kita ini seperti di bawah;

Asal: Yang Sedang Sedang Saja Ciptaan dan nyanyian Iwan



Plagiat: Tinak Tin Tana dari Filem Man


Bila dah wujud dalam bahasa Hindi, akan dialihbahasakan ke dalam beberapa bahasa yang lain. Namapun benua India, sangat luas. Macam-macam bahasa ada. Mmmm teringin nak dengar kalau-kalau ada dalam bahasa Malayalam.

Kache Tui Aina (Indian Bangla song)



Malangnya, dijumpai pula dalam versi Melayu, yang kononnya memplagiat versi filem Mann;

Cinta Kita berdua

Lagu ini ciplak pula dari lagu Tinak Tin Tana...(ciplak lagu yang dah ciplak lagu lain)



Sebenarnya, sangat banyak lagu-lagu berbentuk saduran, ciplak dan alih bahasa boleh ditemui kini. Barangkali, penciplak atau penyadur lepas tidak pernah menyangka bahawa kegiatan mereka ini akan sangat muah dikesan akhirnya. Kemajuan dalam bidang teknologi menjadikan dunia semakin sempit tanpa batas sempadan lagi. Kiranya anda mahu menyadur mana-mana hasil seni, pastikan anda menggunakan saluran yang betul. Hazami melalui lagunya Sonata Musim Salju mengatakan bahawa dia menyadur lagu tema untuk telenovela Winter Sonata (Korea) menggunakan saluran yang betul.

Asal: OST Winter Sonata




Saduran: Hazami - Sonata Musim Salju



Bezakan kedua-dua lagu berikut. Anda cuba teka siapa yang terbitkan album lebih awal. Siapa plagiat siapa? Anda yang tentukan....

I no can do ~ Fabrizio Faniello



Cari Jodoh - Wali Band




Sekian, entri berbentuk hiburan kali ini. Selamat berkaraoke ya...

3 comments:

  1. salam...

    lagu cari jodoh versi Fabrizio Faniello tu,dia dah mintak izin kat wali band..

    kan ada masuk dalam majalah hiburan dulu..

    ReplyDelete
  2. Beza antara lagu saduran & ciplak adalah saduran dapat kebenaran komposer asal (copyright protected) manakala lagu ciplak/ plagiat adalah lagu yg diambil melodi bulat2 dari lagu asal then si penciplka mengaku yg dia compose lagu tersebut..

    Bollywood masa tahun 1960-an pernah ciplak lagu The Beatles "I Want To Hold Your Hand" jadi "Deko Abhto" (kat Malaysia dinyanyikan semula oleh arwah M. Shariff & kumpulan The Pilgrims) tapi Lennon/ Mc Cartney sama ada x perasan atau x heran kot.. Cuma dari segi kredibiliti composer la yg terjejas kot..

    Anyway kita bole berbangga dgn Allahyarham Tan Sri P Ramlee bila mana lagu beliau "Getaran Jiwa" disadur dan dinyanyikan oleh Lobo dengan tajuk "Whispers in the Wind"..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dengan perkongsian maklumat dari anda semua [akan lebih baik andai kalian tidak menyembunyikan diri sebalik "anonymous"

    ReplyDelete

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.