Pages

Monday, February 21, 2011

Menjadi Kaya dengan Menulis?

Semua orang bercita-cita untuk kaya. Lagi mudah cara untuk menjadi kaya, lagi ramai orang akan cuba. Kalau tidak, skim cepat kaya tidak akan berjaya walaupun kerap benar kita tengok banyak kali berlaku penipuan. Mengapa ramai masih tidak serik? Mudah sahaja, mana tahu untung sabut…mana tahu tiba-tiba boleh jadi kaya.

Pada zaman penulis-penulis veteran seperti A.Samad said, Abdullah Hussin, Usman Awang dan ramai penulis veteran lain giat berjuang dalam dunia penulisan, mereka perlu mempunyai pekerjaan yang tetap seperti wartawan, pemberita, guru atau jawatan lain yang boleh menjamin kehidupan seharian. Mereka tidak boleh menjadikan menulis sebagai kerjaya kerana dunia penulisan pada ketika itu tidak mendatangkan sumber rezeki yang lumayan.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa orang penulis dan orang seni yang menghambakan diri sebagai kerjaya tetap dan menjadikan penulisan sebagai sumber pendapatan seperti Norhisyam Mustafa, A.Samad said dan beberapa nama lain. Dengan situasi semasa pada ketika itu, mereka hidup dalam dunia yang serba ringkas, zuhud, dan adakalanya tidak dianggap sebagai kerjaya pilihan. Menulis tidak menjadi kerjaya yang mendatangkan kesenangan material dalam hidup.

Namun, dunia semakin berubah. Jika kita seorang kaki penyibuk yang suka bertanya kepada penerbit tentang pendapatan penulis di Malaysia kini, kita akan terkejut besar. Penulis novel seperti Norhayati Ibrahim, Norsuraya, Ramlee Awang Murshid, Abdul Latip Talib, (sekadar menyebut beberapa nama) mendapat bayaran royalti yang sangat mengujakan. Ratusan ribu setahun mereka perolehi hanya dengan menulis novel dan buku. Ain Maisarah umpamanya, menerima royalti mencecah RM80,000 hasil jualan tiga buah novel pertamanya. Anda tidak teruja?



Apa kata kita dengar dulu amanat Jeniri Amir, penulis prolifik dari Bumi kenyalang tentang Menjadi Kaya sebagai penulis;


Kini, perkembangan teknologi yang meledak-ledak telah mencipta ruang baru kepada sesiapa sahaja untuk menulis dan memperolehi pendapatan sampingan yang mencecah hingga empat atau lima angka sebulan. Menulis melalui blog juga boleh menjana pendapatan yang lumayan sekiranya anda mempunyai komitmen yang tinggi dan gigih. Anda hanya perlu mempunyai alamat blog sama ada melalui perkhidmatan blog secara percuma atau mempunyai domain sendiri. Seterusnya, bergantung kepada diri anda.

Statistik carian google mendapati bahawa nama Hanis Zalikha lebih popular dicari berbanding Siti Nurhaliza walaupun dia hanya seorang pelajar, merangkap model sambilan dan penulis blog. Redmummy juga pernah terpampang wajahnya di muka hadapan akhbar berita harian hanya kerana menulis blog. Begitu juga blogger tegar lain seperti jejariruncing. Malah, pengguna blog seakan sudah sinonim dengan beberapa nama seperti Kujie, Ben Ashaari, Kak Ina Kuala Lumpur dan ramai lagi.

Tidakkah anda tahu, blogger mempunyai kuasa yang besar walaupun mereka tidak menonjolkan identiti sebenar? Kalau kuasa blogger itu bukan calang-calang, tak akan ada orang akan menyaman blogger hanya kerana menulis sesuatu perkara negatif tentang sebuah restoren mamak di Kota Kinabalu. Jumlah samannya juga bukan calang-calang; 6 juta. Sedar tak tentang itu? Tunggu apalagi? Jom ramai2 kita menulis ;)

3 comments:

  1. Assalamualaikum, Puan.

    Saya Nur Fatiha Fadila dari Fakulti Penulisan, ASWARA (Penolong Pensyarah). Sudah beberapa hari saya cuba mendapatkan nombor telefon bimbit puan tetapi gagal. Pihak Fakulti Penulisan ingin menjemput puan untuk satu program "wacana sastera" sebagai panelis.

    Bagaimana saya mahu menghubungi puan melalui telefon?

    Sekian, terima kasih.

    wardahmunirah@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam, saya berminat nak mengikuti dan menjadi salah seorang pengikut Blog saudari, tapi bila saya klik "follow" tak boleh~ macamana ya..?

    ReplyDelete

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.