Pages

Thursday, September 29, 2011

Biasiswa Tun Syed Nasir

TAWARAN BIASISWA TUN SYED NASIR ISMAIL BAGI SESI PENGAJIAN 2011

DBP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti,kursus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-instilusi pengajian tinggi awam di dalam negeri tahun 2011 dalam bidang yang berikut:

i. BAHASA MELAYU/LINGUISTIK
ii. SASTERA MELAYU/PENGAJIAN MELAYU
iii. SASTERA INGGERIS/SASTERA BANDINGAN
iv. PENERBITAN


KELAYAKAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  1. Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan untuk mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa/Linguistik, Saslera Melayu/Pengajian Melayu, Sastera Inggeris/Saslera Bandingan alau Penerbitan.
  2. Mendapat kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu pada peringkal STPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Iisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf selaraf dengannya.
  4. Belum menerima sebarang bentuk bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana organisasi.



UMUR
i. Berumur tidak lebih daripada 23 tahun pada tarikh tutup permohonan.


BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diperolehi dengan cara yang berikut:
  • Melalui laman web DBP http://www.dbp.gov.my.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan dan dihantar kepada:

Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Oktober 2011.

PERINGATAN
i. Calon yang bejaya akan disyaratkan menandatangani Perjanjian Biasiswa dengan DBP.
ii. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak disertakan dengan salinan dokumen yang  berkaitan tidak akan dipertimbangkan.

1 comment:

  1. Setiap tahun, biasiswa ini ditawarkan cuma ramai yang tidak sedia maklum akan kewujudannya.
    Saya selaku pemegang biasiswa ini berharap semakin ramai anak Malaysia yang berjaya mendapat tajaan ini dan menyumbang pada dunia penulisan dan bahasa di negara ini.

    ReplyDelete

Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.