Jabatan Pengembangan
Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka
dan RTM sedang menganjurkan
Sayembara Mencipta Lagu Puisi
ke-11
Latar belakang
Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11 adalah program
tahunan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Radio
Televisyen Malaysia (RTM). Program ini bermula sejak tahun 1998 lagi yang pada
mulanya diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada setiap
bulan Februari. Lagu puisi yang dipertandingkan dicipta berdasarkan puisi-puisi
di dalam buku/majalah terbitan DBP.
Matlamat
- Meneruskan tradisi mencipta lagu puisi sebagaimana matlamat penyebaran karya sastera yang termaktub dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Menambah dan meningkatkan nilai puisi melalui penciptaan lagu puisi.
- Memperbanyakkan penciptaan lagu puisi yang bermutu tinggi.
- Memasyarakatkan puisi daripada karya penyair tempatan melalui persembahan lagu puisi yang diiringi oleh orkestra.
- Memasyarakatkan sastera dalam pelbagai medium (televisyen, DVD, VCD, CD).
Syarat
Sayembara
1.
Pertandingan
ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
2.
Peserta boleh
menghantar maksimum tiga (3) buah) lagu ciptaannya sendiri.
3.
Lagu-lagu
yang dihantar hendaklah dinyanyikan (sama ada secara solo ataupun berkumpulan
tidak lebih daripada tiga (3) orang) dan dirakam dalam bentuk CD. Rakaman lagu
berkenaan mestilah diiringi sekurang-kurangnya satu alat muzik berkod seperti
gitar, ‘keyboard’, piano atau dengan iringan muzik lengkap.
4.
Lagu-lagu
yang dirakam itu mestilah disertakan bersama nota lagu dan salinan puisi yang
asal. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak akan dinilai.
5.
Durasi untuk
sesebuah lagu itu tidak melebihi lima (5) minit.
6. Lagu-lagu
hendaklah ciptaan/karya asal yang belum pernah dirakam di mana-mana penerbitan.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya mendapati lagu-lagu
tersebut disadur, ditiru, di ciplak dan diplagiat dari mana-mana lagu yang
telah sedia ada.
7.
Pihak
penganjur akan menyediakan kumpulan muzik untuk mengiringi penyanyi di
peringkat akhir.
8. Puisi yang
dipilih mestilah daripada buku-buku atau majalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka sahaja (peserta mesti menghantar salinan fotostat puisi yang dipilih
daripada majalah atau buku).
9.
Judul lagu
mestilah berdasarkan judul puisi.
10. Peserta tidak dibenarkan meminda, menukar ayat
atau patah perkataan pada puisi yang dipilih.
11. Pertandingan peringkat akhir akan diadili oleh
sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur.
12. Semua keputusan panel hakim adalah muktamad dan
sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Hadiah
Johan RM8,000.00
Naib Johan RM6,000.00
Ketiga RM5,000.00
Sagu hati RM2,000.00 (7 hadiah)
Hadiah iringan dan sijil penyertaan
Keterangan
lanjut dan penyertaan boleh dihantar kepada:
Urus Setia,
Sayembara Mencipta Lagu
Puisi ke-11,
Bahagian Promosi dan
Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jabatan Pengembangan
Bahasa dan Sastera,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-21482348/3671
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 OKTOBER 2011
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan keprihatinan anda. Anda dialu-alukan meninggalkan komen dan pesan untuk setiap isu yang dipapar. Setiap komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca, tidak menggambarkan pandangan peribadi atau pemikiran MaharamDotCom. Sila pastikan anda memenuhi susila masyarakat Timur yang mengutamakan adab sopan. Sebarang komen yang jelas bertujuan menghina, menghasut, menimbulkan suasana tidak aman dan benci sesama manusia tidak akan disiarkan. Sebarang komen yang "tidak bernama" tidak akan dilayan biar berapa bagus pendapat dan cadangan anda. Sila ada rasa tanggungjawab dengan tulisan sendiri. Harap maklum.