Dewan Bahasa dan
Pustaka sedang menganjurkan:
SAYEMBARA MENULIS
SKRIP DRAMA PENDEK 2011
LATAR BELAKANG
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek diadakan untuk menggalakkan penghasilan skrip
drama yang berkualiti di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda
dalam usaha mengembangkan dan memperluaskan khalayak sastera.
Penganjuran sayembara ini akan diikuti dengan pementasan 5 karya terbaik hasil
sayembara ini melalui Festival Drama Pendek
yang akan diadakan pada penghujung November 2011.
Sayembara merupakan satu alternatif untuk
mempergiatkan usaha menangani masalah ketandusan skrip di Malaysia. Di samping
itu, sayembara ini bermatlamat untuk menyemarakkan serta mempopularkan drama
pendek dan menjadikan Stor Teater DBP sebagai pusat kegiatan dramatis muda
tanah air.
SYARAT PENYERTAAN
· Peraduan ini adalah untuk
skrip yang ditulis dalam bahasa Melayu dan terbuka kepada semua warganegara
Malaysia;
· Tema skrip adalah bebas, walau
bagaimanapun, penulis digalakkan untuk menampilkan isu-isu semasa yang boleh
meningkatkan jati diri bangsa dan nilai-nilai murni dengan mesej yang dapat
mendidik dan membangunkan minda masyarakat. Naskhah yang ditulis juga hendaklah
berlatarkan negara dan masyarakat Malaysia serta tidak mengandungi unsur-unsur
perkauman, sensitif, lucah dan boleh menimbulkan kegelisahan atau perasaan
kurang senang kepada pembaca;
· Naskhah yang dihantar mestilah
karya yang belum tersiar di mana-mana sama ada dalam bentuk cetakan, stensilan
dan belum diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan diumumkan;
· Nama dan alamat peserta tidak
boleh tertera pada naskhah yang dihantar. Butir-butir tentang penulis mestilah
ditaip hanya pada borang yang disediakan sahaja;
· Panjang sesebuah naskhah
mestilah sesuai untuk pementasan selama tidak lebih daripada 30 minit dan
ditaip langkau dua baris;
· Peserta dibenarkan menghantar
tidak lebih daripada lima (5) buah naskhah skrip;
· Keputusan panel adalah
muktamad. Walau bagaimanapun, sekiranya karya yang dihantar itu ternyata
diciplak, penyertaan dengan serta-merta terbatal dan hadiah yang diterima
hendaklah dikembalikan semula oleh peserta kepada pihak penganjur;
· Peserta mestilah bersedia
untuk menandatangani sebuah dokumen undang-undang yang mengesahkan keaslian
karya yang dikirimkan sekiranya perlu. Urus setia berhak untuk meminta sebarang
keterangan lanjut berhubung dengan karya tersebut;
· Penyertaan yang tidak memenuhi
atau melanggar syarat tidak akan dipertimbangkan;
· Hak cipta karya drama dipegang
oleh penulis sendiri. walau bagaimanapun, penulis hendaklah memberi hak izin
kepada pihak penganjur untuk mengurus penerbitan secara elektronik, mekanik,
rakaman, pementasan dan sebagainya bagi pihak penulis khususnya bagi
karya-karya yang memenangi hadiah;
· Pihak penganjur mempunyai hak
untuk menyunting karya yang diuruskan penerbitannya bagi pihak penulis;
· Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirimkan melalui
pos. Tanda penerimaan akan dihantar oleh Urus Setia bagi setiap penyertaan yang
diterima;
· Karya yang dikirimkan tidak
akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan membuat salinan naskhah tersebut
sebelum menghantarnya kepada Urus Setia;
· Ahli Urus Setia tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam Sayembara ini.
HADIAH
Tempat Pertama: Wang Tunai RM2,000.00 & Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: Wang Tunai RM1,500.00 & Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM1,000.00 & Sijil Penyertaan
Peruntukan sebanyak RM2,000.00 diberikan untuk pementasan 5 skrip terbaik
di Festival Drama Pendek anjuran DBP pada penghujung November 2011
TARIKH
TUTUP PENYERTAAN :
15
NOVEMBER 2011 (SELASA)
Hantarkan penyertaan kepada:
Urus Setia,
Sayembara Menulis Skrip Drama
Pendek,
Bahagian Promosi dan
Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460
KUALA LUMPUR.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Zaiton
Hussin : 03 – 21482922 [zaiton2@dbp.gov.my]
Nurul
Aina : 03 – 21482914 [nurulaina@dbp.gov.my]
No. Faksimile: 03 – 2142 2029
Mahu cuba jugak.
ReplyDeletepementasan 2 dalam betuk teater ke vid?
ReplyDelete