Pages

Tuesday, September 21, 2010

Asah Bakat Menulis Secara Maya, Sertai 100 Penulis


AWAS: entri kali ini saya tulis dalam bentuk tulisan popular. Tulisan popular tidak sesuai digunakan untuk dijadikan sumber rujukan bagi tulisan ilmiah.

Dunia maya menjanjikan banyak nilai kemudahan dan kebaikan sekiranya pengguna tahu manfaatkan. Pengguna internet bukan sahaja boleh manfaatkan kelebihan dunia maya semasa mencari maklumat di pelbagai sumber (sila pastikan maklumat yang anda ambil adalah maklumat yang sahih, sah dan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti agensi kerajaan, tokoh terkemuka yang pakar dalam bidangnya dan perkumpulan tertentu yang berdaftar dan sah fungsinya), malah pada masa yang sama boleh membantu anda mengasah bakat menulis.

Bagaimana cara untuk mengasah bakat menulis secara maya? Terdapat pelbagai pihak menyediakan tapak interaktif yang membolehkan orang ramai menghasilkan sendiri medium untuk mereka berkomunikasi dan meningkatkan mutu penulisan. Sekiranya anda seorang yang gigih, berkeyakinan dan berwawasan tinggi, anda boleh hasilkan e-book dalam pelbagai bidang. Boleh jualkannya secara online juga sekiranya anda mahir membuat promosi. Kalau sebuah e-book atau e-novel boleh anda jual dengan harga RM10 sebuah, ramai pembaca yang tak kesah untuk membelinya secara online. Murah, tetapi ramai pembelinya tetap akan mendatangkan keuntungan.


Anda juga boleh menulis di Facebook (buku muka?), laman sesawang, blog, twitter dan sebagainya. Semuanya secara maya.

Fokuskan arah tulisan anda itu. Mungkin dunia fesyen. Jahitan. Masakan. Gubahan bunga. Dekorasi. Apa sahaja. Anda akan mendapat pembacanya nanti. Akan ada peminat dan pembaca setia. Kemungkinan juga anda boleh mendapat pendapatan sampingan melalui pengiklanan sekiranya blog anda disukai ramai. Paling penting, utamakan etika menulis, patuhi semua undang-undang, sentiasa menjaga sensitiviti kaum dan sebagainya.

Pada peringkat awal menulis, mungkin anda sendiri tidak pasti nak tulis apa. Tak tahu arah tujuannya. Tak tahu ingin menulis menggunakan gaya yang bagaimana. Namun, tulislah tanpa ada rasa rendah diri. Pada masa yang sama, cubalah belajar berkomunikasi dengan pembaca anda. Cubalah tambah lebih banyak ilmu menulis. Cubalah selongkar tip-tip secara maya yang banyak ditulis oleh orang lain dan amalkan sekiranya ia membantu. Lama kelamaan, anda sendiri tidak sedar bahawa anda sudahpun mampu menulis dengan baik. Menulis dengan cekap. Menulis dengan gaya dan identiti anda sendiri.

Menulis memerlukan latihan. Walaupun anda berguru dengan guru segala penulis pun, sekiranya tanpa latihan menulis yang kerap, ilmu berkenaan tidak akan mendatangkan kesan apa-apa terhadap mutu penulisan anda. Jadinya, gunakanlah cara yang anda suka untuk menulis. Jika anda sukakan blog, tulislah di blog. Jika suka Facebook, tulislah di Muka Buku itu. Kalau anda ada laman sesawang, maka penuhkanlah ruang laman sesawang anda itu dengan tulisan yang bermutu. Walaupun perlahan, walaupun hanya beberapa ratus perkataan sahaja sehari, lama kelamaan anda akan mahir juga. Orang kata sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Dari kain dibuat baju, dan baju itu...kiranya cantik boleh dipakai semasa hadiri rumah terbuka.

Pastikan pula tulisan anda itu bermanfaat. Tulisan anda itu bermutu. Tulisan anda itu sah sumber rujukannya. Betul cara menulis rujukan dan sumbernya. Tulisan anda itu juga menggunakan bahasa dan struktur ayat yang baik, bukannya ayat slanga, ayat sms, ayat kependekan yang hanya anda sahaja yang faham, atau juga bukanlah ayat-ayat yang dibualkan oleh makhluk asing. Jika menulis dalam bahasa Inggeris, tulislah dalam bahasa Inggeris yang betul. Kalau tulis dalam bahasa Malaysia, tulislah menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Elakkan manglish. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sangat tidak sesuai untuk dikahwinkan dalam penulisan. Anak-anak yang dilahirkan bahasa manglish ini sangat tidak kacak.

Seorang pelajar telah kenalkan saya dengan blog 100 Penulis yang masih lagi mencari editor untuk cukupkan bilangannya menjadi 100. (Jangan risau, dia tak dapat markah extra sebab itu...minta maaflah ya) Ketika entri ini ditulis, masih terdapat 5 kekosongan untuk cukupkannya 100. Walau bagaimanapun, pihak admin memberi kelonggaran kepada anda yang masih berminat memandangkan tidak semua penulis aktif di sini. Inilah peluang anda.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai 100 Penulis, sila dapatkan maklumat lanjut di blog berkenaan. Tak rugi asah bakat secara maya. Ramai penulis baru dah lakukannya. Mereka berhasil terbitkan novel walaupun bermula di blog. Kalau mereka boleh, anda pun tentu boleh. Selamat maju jaya.

4 comments:

Azrul Hisham said...

Selamat datang ke 100penulis..

Setuju ngan point-point anda...penulisan kita sebenarnya menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.. :)

Jom guling2 tengok entri terbaru kat sini:

Yang Kita Tak CARI

dya adriza said...

AS6

Maharam, saya sangat kagum dengan penulisan awak ^^ penuh dengan fakta, pendapat dan sempurna pada pembacaan saya. Dan jujur saya katakan sememangnya blog Maharam telah lama saya ikuti cuma sebagai silent reader saja.

Teruju bila tau Maharam salah seorang editor di 100penulis. Samoga kita dapat memajukan 100penulis di persada blog ini.

Latest Entry : Coret2 Pertandingan Debat Inter Unit 2010

maharam said...

Azrul Hisham,
Srlamat datang.
Terima kasih kerana saling bergabung di 100penulis...boleh meriahkan aktiviti menulis.


Dya Adriza: Terima kasih. Selamat datang ke Dunia menulis.
InsyaAllah, sama2 gotong royong menulis walaupun kerao juga terbabas entri ;)

Mr. Asada said...

AS6

entry ini sangat mantap!! best! 100penulis ada penulis yang sangat best!