Pages

Friday, May 23, 2014

SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) 2014 PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KEMENTERIAN PENDIDIKAN


Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam)  Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1436 H. Ia terbuka kepada:

 Kategori 1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam Kementerian Pendidikan Malaysia (Universiti awam/Institut Pendidikan Guru/ Matrikulasi/Politeknik/Kolej Komuniti Malaysia (KKM)) yang berumur kurang daripada 25 tahun pada 30 Jun 2014.

Syarat pertandingan sayembara beserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya boleh dimuat turun daripada  pautan berikut:
  1. www.moe.gov.my
  2. http://www.muaturun.bpi.edu.my/index.php/category/sayembara-penulisan
  3. Facebook/ Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) KPM


Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 30 Jun 2014.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urus setia Sayembara, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia:
  Nombor telefon      : 03-83217288 / 019-2103267
  Email                    : sayembaracerpenislamkpm@gmail.com

Muat turun borang penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Maulidur Rasul.

SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1436 H


A. PENDAHULUAN

Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 1436 H. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema sayembara pada kali ini adalah Cerpen Berunsur Islam. Tema sayembara akan berubah setiap tahun. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

DEFINISI CERPEN BERUNSUR ISLAM

Karya sastera berunsur Islam ditakrifkan sebagai:
1.1   Karya yang menampilkan segala keperihalan ideal dan realiti manusia yang menggalakkan kesedaran tentang fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah.

1.2    Unsur-unsur penceritaan atau plot hendaklah menampilkan aspek simplisiti dan kompleksiti serta menerima unsur-unsur kebetulan dan ketentuan Allah selaras dengan pandangan dunia Islam.

1.3  Karya yang menonjolkan nilai-nilai murni, mulia dan aspek-aspek makruf. Sebaik-baiknya,   elemen keburukan, kehinaan dan aspek mungkar tidak wajar ditonjolkan, malah wajar dibanteras dan dielakkan.

1.3        Karya hendaklah mempertahankan unsur estetika seni dan kebenaran.

1.4  Karya yang dihantar mestilah mengangkat nilai-nilai kesucian Islam, memaparkan konsep hubungan manusia dengan Allah serta pelbagai persoalan yang dapat membawa khalayak memahami dan menghayati unsur keislaman dengan lebih baik.

1.6 Karya hendaklah disampaikan dalam gaya bahasa yang hidup dan bernas, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.  


B. SYARAT PERTANDINGAN
1.0 Syarat Am Pertandingan

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada:
1.1.1 Kategori 1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.2 Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam Kementerian Pendidikan Malaysia (Universiti awam/Institut Pendidikan Guru/Matrikulasi/Politeknik/Kolej Komuniti Malaysia (KKM)) yang berumur kurang daripada 25 tahun pada 30 Jun 2014.

1.2 Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
1.3 Karya hendaklah sesuai untuk bacaan umum.
1.4 Karya yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis. Sebarang karya plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.
1.5 Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-mana pihak.
1.6 Setiap peserta boleh menghantar sekurang-kurangnya sebuah cerpen tetapi tidak lebih daripada tiga.
1.7 Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urusetia mendapati peserta melanggar syarat pada 1.4 , urusetia berhak menarik kembali hadiah pertandingan dan membatalkan kemenangannya.
1.8 Karya yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah/ ketua jabatan institusi.
1.9 Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan karya.
1.10 Keputusan panel juri adalah muktamad.


2.0 Syarat Khas Pertandingan

2.1 Setiap cerpen mestilah menerapkan elemen yang mengandungi hubungkait dengan ilmu-ilmu Islam.

2.2 Sekiranya karya tersebut mengandungi perbincangan ilmu-ilmu Islam, karya itu perlu bersandarkan kepada rujukan muktabar berdasarkan pegangan ahli sunnah wal jama’ah.
2.3 Panjang cerpen adalah di antara :

Kategori 1: 1500-2000 patah perkataan
Kategori 2: 2000-2500 patah perkataan
Karya perlu bertaip bersih pada sebelah muka surat A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan saiz 12 jenis Arial.

2.4 Sila catatkan bilangan patah perkataan pada akhir karya.


C. INSENTIF

1.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang :

Kategori 1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hadiah utama:
Tempat Pertama : RM 600.00
Tempat Kedua : RM 500.00
Tempat ketiga : RM 400.00
Penghargaan : 7 orang pemenang (RM 200.00)
Hadiah iringan: Plak, sijil penyertaan dan buku.

Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Hadiah utama:
Tempat Pertama : RM 800.00
Tempat Kedua : RM 700.00
Tempat ketiga : RM 600.00
Penghargaan : 7 orang pemenang (RM 200.00)
Hadiah iringan: Plak, sijil penyertaan dan buku.

1.2 Setiap penyertaan yang menepati syarat penyertaan akan mendapat sijil.
1.3 Hadiah akan disampaikan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436 H Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. 


No comments: