Pages

Showing posts with label Rumusan kuliah. Show all posts
Showing posts with label Rumusan kuliah. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Rumusan Kuliah...Contoh 2


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ZT 2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN



KUMPULAN:
ORKID

NAMA AHLI KUMPULAN:
NURUL AIN BT MALEK
HALIMATUL SAADIAH BT HASHIM
NURUL IZAYANI BT JAIS
TG.AINUN MARSHIDA BT TG.HASSAN

PENSYARAH:
PN.MAHARAM BT. MAMAT


MINGGU 2 (16 JANUARI 2008)
PROSES PENULISAN

Penulisan adalah satu bentuk komunikasi bertujuan menyebarkan maklumat atau pengetahuan baru. Penulisan boleh didefinisikan sebagai proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea,pendapat, perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Penulisan bermutu tidak dapat dihasilkan dalam waktu yang singkat dan kesempurnaan diukur dari segi isi dan bahasa. Ketekunan dan latihan membentuk hasil penulisan yang mantap.

Terdapat tiga proses utama dalam penulisan iaitu merancang, menulis dan menyunting. Dalam proses merancang perlulah ada tajuk yang sesuai, sasaran, kesesuaian masa dan tempat penulisan serta maklumat yang secukupnya. Selepas merancang, proses menulis boleh dilakukan. Dalam proses menulis perlulah menjiwai dan mendalami apa yang ditulis. Fakta penulisan perlulah tepat dan sah sumbernya, penggunaan bahasa yang bagus, teknik atau format yang betul dan pemerengganan yang sesuai. Proses terakhir ialah proses mengedit atau menyunting dimana melibatkan pembetulan penggunaan tanda baca atau ejaan, memotong dan menambah isi,idea dan fakta, memenuhi ruang dan mewujudkan kelainan idea dan pemikiran, menyusun semula ayat dan perenggan serta menyemak semula kesesuaian penggunaan tajuk, isi, pengenalan dan penutup.




MINGGU KE-4 (30 JANUARI 2008)
ETIKA DAN PENULISAN

Etika adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Semua agama yang yang terdapat di dunia ini menekankan aspek etika yang berkait rapat dengan akal dan ilmu. Ini kerana etika adalah satu perkara yang membezakan antara manusia dan haiwan. Islam contohnya sebagai agama yang ad-din menyokong etika dalam urusan manusia kerana manusia sebaik-baik makhluk yang dapat menentukan sesuatu perilaku berpandukan al-Quran.

Dari perspektif penulisan, etika adalah bedasarkan falsafah kebenaran dan kejujuran iaitu ciri-ciri murni yang perlu diikuti (ayat!). Prinsip asas kod etika dalam penulisan menekankan tiga aspek utama iaitu tanggunjawab dan kebebasan, kejujuran, serta ketepatan fakta. Aspek tanggungjawab dan kebebasan menyatakan terdapat undang-undang yang mengawal kebebasan bersuara di negara ini dan menyebabkan kebebasan mutlak untuk penulis tidak wujud sepenuhnya.

Antara ciri-ciri sesebuah penulisan yang perlu dipenuhi adalah setiap tulisan hendaklah tidak mengecam mana-mana kaum atau bersifat perkauman, tidak menjatuhkan mana-mana pihak atau menejaskan reputasi mereka serta tidak mengandungi unsur-unsur fitnah (ayat tak gramatis). Hal ini berlaku sebaliknya di negara Barat di mana penulis diberikan hak untuk bersuara dan menulis tanpa sebarang halangan. Dalam aspek kejujuran pula menekankan penulis perlulah jujur yang mana (ayat berbelit dan tidak menepati struktur ayat yang baik) fakta yang diberi tidak mmpunyai unsur-unsur hasutan, fitnah dan keburukan orang lain. Di samping itu aspek ketepatan fakta menyatakan sesuatu rulisan perlulah sahih sumbernya dan bertujuan untuk menerangkan sesuatu hal atau perkara.

Tindakan seseorang sama ada beretika atau tidak dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman terdiri daripada intrapribadi iaitu keadaan dimana kepentingan diri individu itu sendiri dilihat berdasarkan keperluan asas seseorang dan interpribadi iaitu merujuk kepada hubungan kepentingan individu dengan orang terdekat atau yang paling rapat. Terdapat tiga perkara yang mempengaruhi faktor intrapribadi iaitu sumber bahan, rakan seprofesyen dan keluarga.

Faktor luaran pula temasuklah undang-undang, organisasi dalaman iaitu tempat dimana seseorang penulis bertugas dan organisasi luar. Dari segi undang-undang penulis perlu faham batasan dan akta-akta yang berkaitan dengan penulisan dan berusaha untuk tidak melanggarnya. Setiap penulis juga pelulah mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh organisasi dimana mereka bertugas. Organisasi luar pula terdiri daripada sebarang pertubuhan sukarela atau professional yang mengawal tingkahlaku atau etika sesebuah penulisan, badan kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan pihak swasta yang mengawal organisasi media melalui pembelian ruangan iklan.

Secara keseluruhannya terdapat pelbagai kepentingan etika dalam penulisan. Antaranya ialah untuk mengelak penulisan atau karya yang berat sebelah ataupun bias, supaya sesorang penulis mengetahui undang-undang yang berkaitan dan berusaha untuk mematuhinya, membentuk penulis yang lebih bertanggungjawab dan bermoral, mnyedarkan penulis supaya lebih menghormati kerahsiaan sumber dan bahan serta menghormati hak pembaca dan orang ramai. (perenggan ini mengandungi satu ayat sahaja dengan pelbagai perkara yang ingin disampaikan. Perenggan yang baik perlu ditulis untuk menerangkan satu isu utama, huraikan isu tersebut dengan lebih lanjut dan terdiri daripada beberapa ayat. Setiap ayat terdiri daripada satu idea. Beberapa ayat yang mengandungi beberapa idea akan membentuk satu perenggan.)



MINGGU 6 (13 FEBRUARI 2OO8)
KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT

Pada 13 Februari 2008, kuliah telah diadakan di bilik serbaguna, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Pengisian kuliah pada minggu ini adalah Kursus Kemahiran Maklumat. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai Perpustakaan UKM, Pn.Shaizimah Badzri. Kandungan kursus ini meliputi Panduan Mengakses Gemilang (Katalog Dalam Talian), Pengkalan Data Dalam Talian (PDT), Perpustakaan Digital UKM.

Perpustakaan UKM telah melaksanakan projek Perpustakaan Digital UKM pada tahun 2002. PDM UKM dibangunkan menggunakan perisian Content Manager yang diperolehi daripada IBM. Dengan adanya sIstem PDUKM ini, semua pengkalan data dalaman boleh diakses melalui internet melalui perantara web. Pengkalan data ini mengandungi maklumat dalam bentuk iaitu teks penuh dan bibliografik. Pengkalan data teks penuh terdiri daripada tesis, laporan penyelidikan, keratan akhbar, kertas kerja seminar, kertas soalan peperiksaan. Pengkalan data bibliografi pula terdiri daripada ilmiah, indeks perundangan, indeks jurnal terpilih Asia Tenggara, indeks maklumat tumbuhan perubatan dan aromatik, dan karya akademik. Hanya pelanggan yang mempunyai ID pengguna(Patron ID) dan katalaluan(Password) sahaja yang boleh mengakses maklumat teks penuh. Pelanggan awam boleh mengakses maklumat bibliografik secara percuma dengan memperkenalkan diri sebagai ‘guest’. PDUKM dapat diakses di alamat: http://ptsldigital.ukm.my

Perpustakaan UKM telah melanggan beberapa Pengkalan Data dalam Talian(PDT) bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan. Ia mula dilanggan sejak tahun 1999. Perkhidmatan PDT telah ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan PTSL. PDT boleh diakses melalui laman web Perpustakaan UKM(http://www.ukm.my/library
) dan seterusnya klik pada Portal e-Jurnal (http://ezplib.ukm.my). Pengaksesan boleh dilakukan di dalam dan di luar rangkaian UKM. PDT merupakan laman web yang mesra pengguna kerana senarai rangkaian pengkalan data disenaraikan mengikut bidang pengkhususan. Penceramah turut mencadangkan penggunaan enjin pencarian ‘Google Scholar Beta’.Menurut penceramah, jurnal dan kajian yang di muat turun di ‘Google Scholar’ mempunyai kesahan dan ‘authority’. Kita juga perlu skopkan kata kunci kajian agar banyak maklumat dapat diperolehi.

Bagi modul Panduan Mengakses GEMILANG, kami ditujukkan demonstrasi cara mengakses katalog GEMILANG, membuat tempahan dalam pinjaman dan menyemak rekod tempahan pengguna. Terdapat lima kemudahan pencarian yang disediakan dalam katalog GEMILANG iaitu Browse, Keyword, Expert, Broadcast, Reserve atau Heading Keyword. Semasa membuat pencarian, kita perlu skopkan kata kunci maklumat yang ingin diperolehi. Pengguna boleh membuat tempahan bagi bahan yang masih dalam pinjaman. Sistem komputer akan memproses tempahan secara automatik jika pengguna masih berkelayakan untuk membuat pinjaman atau telah menjelaskan semua denda.Alamat URL GEMILANG ialah (http://gemilang.ukm.my).
Bagi tujuan menyemak rekod pengguna, pengguna perlu memasukkan Patron ID(no ahli perpustakaan) dan Password. Bahan dalam pinjaman boleh diperbaharui secara on-line mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.



MINGGU 7 (20 FEBRUARI 2008)
PLAGIAT

Plagiat merupakan satu jenayah besar dalam penulisan dan ia boleh berlaku sama ada melalui penulisan traisional atau siber. Plagiat secara am diertikan sebagai ciplak atau jiplak. Menurut Kamus Dewan, plagiat bermaksud meniru, mencontoh karangan (tulisan, pekerjaan orang lain) atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin). Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan (1998) menyatakan plagiat adalah satu penciplakan atau kegiatan dalam kesusasteraan yakni mengambil karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan yang dianggap mungkin sudah dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh penulis sebagai karyanya yang asli.

Plagiat boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti plagiat secara terus atau mengubah sedikit struktur ayat daripada sumber rujukan; menyalin daripada pengarang asal tanpa menyatakan sumber rujukan dengan lengkap atau tidak menggunakan tanda kutip yang sesuai; dan menulis nota kaki tetapi tidak menggunakan tanda kutip. Selain itu, plagiat boleh berlaku apabila penulis mengambil mudah penulisan nota kaki; menulis petikan dengan tegantung (nota kaki tidak tepat); dan plagiat secara parafrasa dengan meluas dan berterusan tanpa menyatakan rujukan. Menggunakan semula karya sendiri (The Self Stealer) dan melakukan terjemahan bahasa tanpa mengkreditkan sumber secara wajar turut dikategorikan sebagai plagiat.

Terdapat sumber rujukan yang patut dikreditkan dalam penulisan dan ada perkara yang tidak perlu dikreditkan. Plagiat dalam penulisan dapat dielakkan jika penulis memberi kredit yang wajar kepada sumber; menyatakan sumber dalam teks yang lengkap; membuat petikan dengan betul; menyenaraikan rujukan seperti bibiliografi, nota kaki dan nota hujung; dan memohon izin penulis asal untuk menggunakan hasil tulisannya. Plagiat mesti dielakkan bagi membangun dan memperkembangkan bidang ilmu penulisan dan membantu menjaga karya, kreativiti dan hak cipta penulis.


MINGGU 8 (27 FEBRUARI 2008)
PENULISAN SASTERA

Penulisan sastera terbahagi kepada dua iaitu penulisan ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan kreatif terbahagi pula kepada dua iaitu faksyen dan fiksyen. Fiksyen terdiri daripada cereka/ prosa, puisi dan skrip drama. Cereka terdiri daripada cereka klasik dan cereka moden. Puisi terdiri daripada puisi tradisional seperti pantun,syair serta seloka dan puisi moden seperti sajak. Skrip drama ada empat iaitu drama radio, drama TV, skrip filem dan skrip teater.

Terdapat 3 jenis cerpen iaitu cerpendek, cerpen dan cerpan. Novel dan cerpen mempunyai beberapa persamaan iaitu kedua-duanya termasuk dalam kategori cereka/ fiksyen, ada prinsip atau unsur yang sama seperti tema, plot dan sebagainya, mempunyai bentuk yang sama iaiti permulaan, pertengahan dan penutup serta menggunakan teknik seperti suspen, kejutan, imbas muka, imbas kembali dan penceritaan secara kronologi.

Terdapat beberapa perbezaan antara novel dan cerpen iaitu dari segi watak, bahasa, skala/sikap, perkataan, kesan, situasi, insiden, peristiwa, cerita, emosi dan gagasan. Unsur- unsur cerpen dan novel ada 7 iaitu tema, plot, watak perwatakan, latar dan sebagainya. Ada 5 jenis watak iaitu watak protagonist, antagonis, watak sampingan, watak tambahan dan watak yang tidak wujud. Ada 3 jenis latar iaitu latar tempat, latar suasana dan latar masa.





MINGGU KE-9 (5 MAC 2008)

PENULISAN KREATIF (SAMBUNGAN)

Dalam penulisan kreatif terdapat empat sudut pandangan atau sudut yang digunakan pengarang untuk melihat sesuatu kejadian cerita. Antaranya ialah sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan serba tahu sudut pandangan peninjau dan sudut pandangan objektif. Sudut pandangan pertama adalah dimana pengarang seolah-olah menceritakan semula pengalaman dan kisah dirinya sendiri serta menggunakan kata ganti diri aku ataupun saya.

Sudut pandangan serba tahu paling kerap digunakan. Pengarang menceritakan sesebuah cerita melalui watak lain serta pengarang menggunakan kata ganti diri dia atau mereka atau menggunakan nama watak (ayat ini nak ceritakan apa benda sebenarnya? Ayatnya panjang dan berbelit-belit tetapi tidak difahami maksudnya). Sudut pandangan peninjau adalah di mana pengarang memilih salah satu watak untuk bercerita tentang dirinya, pemikiran atau halnya sendiri tetapi hanya boleh bagitahu tentang orang lain dari segi luaran sahaja. (terdapat dua perkara yang diterangkan dalam ayat ini. Sila tulis dalam ayat yang berasingan) Manakala untuk sudut pandangan objektif pula pengarang masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga tetapi pengarang tidak terlibat dalam cerita tersebut.

Unsur seterusnya yang terdapat di dalam cerpen dan novel ialah gaya bahasa. Ia menjadi nadi untuk menghidupkan karya atau tulisan dan menjadi identiti seseorang pengarang. Pemilihan kata atau diksi hendaklah bersesuaian dengan tema, fungsi watak, suasana cerita dan latar waktunya. Pembentukan ayat atau sintaksis adalah pelbagai iaitu terdapat ayat pendek dan mudah, ada yang sederhana dan ada juga ayat panjang. Penggunaan bahasa figuratif , perbandingan, pepatah, kiasan dan dialog yang bersesuaian dengan watak. Suasana cerita pula dicipta berdasarkan tujuannya yang tersendiri. Ia biasanya dikawal oleh watak utama dan adegan serta latar cerita pelulah bersesuaian dengan suasana. (terdapat banyak perkara yang diterangkan dalam ayat ini. Sila tulis dalam ayat yang berasingan)

Cara-cara bagaimana penulis mendapat idea untuk menulis sesebuah cerita boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber asal atau primer merupakan perkara yang dilalui, dialami, disaksikan dan dirasai sendiri oleh pengarang. Pengalaman yang dilalui termasuklah melalui mimpi, hubungan kekeluargaan, persekitaran, pengalaman pengembaraan dan cara hidup. Sumber sekunder pula adalah berdasarkan pembacaan, penyelidikan, menonton cerita serta pengalaman orang lain. Penyelidikan tidak semestinya dilakukan di perputakaan tetapi boleh juga diperolehi apa yang pernah dilalui oleh pengarang sebelum menjadi pengarang. Kajian soal selidik, temubual dan pembacaan pengalaman orang lain merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan sumber dari orang lain.



MINGGU 1O (12 MAC 2008)

PENULISAN EMAIL DAN PENULISAN KREATIF

Kuliah pada minggu ini membincangkan penulisan email yang efektif dan cara penulisan tesis. Kuliah dimulakan dengan tajuk penulisan email yang efektif terlebih dahulu.

Email merupakan satu bentuk komunikasi cyber yang tidak rasmi. Walaupun begitu, ia masih boleh digunakan secara rasmi untuk kegunaan rasmi kerana desakan masa, tetapi perlu diikuti dengan bentuk rasmi yang lain (sama seperti kegunaan telefon untuk urusan yang rasmi). Terdapat email yang boleh digunakan secara percuma seperti yahoo mail, dan ada juga yang perlu dilanggan. Ia semakin popular, cepat, mudah dan ringkas

Untuk memulakan email, penulis perlu memulakan dengan salam pembuka. Ramai yang terlupa untuk menulisnya dan menjadi masalah sekiranya berbeza budaya, jantina, gelaran, nama keluarga dan lain-lain. Antara panduan yang diberi dalam kuliah ini, untuk memulakan email:

a) Kalau merujuk sekelompok orang, atribut penyatu boleh digunakan seperti: “Dear Project Manager”. “Kepada Pengarah pendidikan”
b) Saling mengenali: “Kepada Kawanku Kid”
c) “Good Afternoon@Good Morning”; tidak efektif kerana email mungki dibaca malam atau petang (ayat tergantung)
d) Perlu tahu budaya orang yang akan diemail supaya tidak menyinggungnya
e) Perlu perkenalkan diri sekiranya diri orang yang diemail tidak dikenali

Untuk bahagian penutup, ada yang menggunakan signature dan sedikit keterangan peribadi. Letakkan nombor telefon jika perlu, jawatan dan syarikat. Tanda tangan dan penutup menjadi penanda bahawa seluruh email telah diterima dan isyarat tutup. (ayat tergantung dan tidak lengkap. Bahasa perbualan/lisan berbeza dengan bahasa tulisan)

Susun atur bagi penulisan email yang efektif adalah tidak terlalu kompleks kerana tidak semua orang mempunyai komputer yang canggih untuk membaca email anda. Tulisan di dalam email juga perlu tepat, ringkas dan padat. Sekiranya perlu dihantar kepada orang ramai perlu lebih terperinci supaya maklumat berkenaan menepati dan difahami oleh semua orang. Sekadar satu halaman dalah sebaiknya.

Kita juga boleh mengenali status seseorang berdasarkan email yang diterima. Petunjuk yang dipakai orang dan menunjukkan status anda adalah:
a) Bahasa: Kesilapan ejaan yang banyak dan tanda baca yang tidak betul menggambarkan anda tidak berpendidikan.
b) Alamat email: Berdasarkan nama ID yang digunakan atau status anda akan diagak atau sesuatu yang tidak ketara seperti tempat anda berada. Contohnya: maharam@pkrisc.ukmcc.com.my

Status perlu dipertahankan bergantung kepada beberapa hal:
a) Sekiranya belum mengenali penerima, perlu memperkenalkan diri untuk mengelakkan salah tanggapan status berlaku sekiranya berlaku kesilapan tatabahasa
b) Adakah penerima mementingkan status?
c) Kepentingan email. Sekiranya kepada bos, perlu diteliti tatababasa.
d) Sekiranya email yang diterima banyak kesilapan, maka mereka juga tidak pedulikan seandaianya email anda juga begitu.
(Penggunaan bahasa lisan menjadikan tulisan ini hilang nilai ilmiahnya. Awas!)

Intonasi merupakan penekanan yang diungkapkan dalam email. Terdapat beberapa cara menggambarkan turun naik suara dan emosi.
a) Penekanan ringan: digunakan apitan bintang sebelum dan selepas tulisan berkenaan.
Contoh: Jamuan diadakan setiap *Khamis*
b) Penekanan kuat: Menggunakan huruf besar dan tanda seru. Cara ini tidak perlu digunakan terlalu kerap tetapi digunakan terhadap hal yang perlu diberi penekanan sahaja.
Contoh: JANGAN!!!
c) Penekanan >>Ekstrem!!≤: benar-benar menekankan sesuatu.

Isyarat yang paling sering digunakan seperti =) =( :-) ;-) :-)

Lambang: (F) = bunga, (E) = Email, (t) = Telefon

Singkatan: terdapat bahasa khusus yang digunakan dalam komunikasi email dan chat untuk memudahkan cepat komunikasi seperti;
BTW=By the way
IC=I see
4U=For you

Kuliah tentang Penulisan Tesis pada minggu ini hanya merangkumi perkara-perkara penting sebelum menulis tesis. Tesis dalam konteks universiti atau institusi pengajian tinggi ialah satu gagasan pandangan, pendirian atau buah fikiran yang dibina dan seterusnya disokong, diperkukuhkan atau dipertahankan dengan bukti-bukti.

Tesis dibuat untuk mendapatkan sarjana muda kepujian, sarjana dan doctoral. Ia dinilai oleh satu jawatankuasa tertentu yang ditugaskan berasingan sebagai seorang pemeriksa, ahli akademik, profesor, pensyarah di universiti, pakar luar dalam bidang yang sama. Audians dan pembaca tesis terdiri daripada pembaca khusus dalam bidang tersebut.

Tesis merupakan dokumen rasmi yang mempunyai struktur yang tersendiri dan diteriam oleh institusi akademik. Penulis perlu tahu, gaya (stail) dan cara penulisan tesis:

a) Bahasa tesis: prosa akademik perlu jelas, tidak berbelit dan berbunga. Menggunakan laras bahasa yang tepat, bertanggungjawab dan akur dengan tesis yang bersifat formal. Kesan ditekankan; penemuan atau dapatan kajian dan kesimpulan terhadap kajian dilaporkan secara objektif.
b) Nada: Serius, bersifat formal; elak bahasa perbualan ringan yang akan hakis kerisauan tesis serta jejaskan mutunya sebagai tulisan akademik.
c) Stail dan gaya: Bersifat objektif, timbulkan kesan bahawa apa yang ditulis tidak timbul daripada prasangka penulis tetapi daripada hasil penyelidiakn data. Perlu intektual dan bersikap rasional hasil daripada pemikiran bertanggungjawab.
Format penting kerana ia menggambarkan keseriusan isi tesis dan meyakinkan pembaca bahawa apa yang dibaca merupakan hasil usaha yang serius, berwibawa dan bertanggungjawab.

Tesis juga merupakan penyatuan suatu gagasan, pendapat atau pendirian dengan hujah yang meyakinkan dan dalil yang konkrit. Penyelidikan yang dilakukan bertujuan untuk mendapat maklumat, pengetahuan baru atau menambah pengetahuan yang sedia ada. Ia merupakan proses disiplin untuk mencari, menjaring dan menginterpretasi maklumat, memilih, mengumpul atau menyusun data bagi membuktikan secara mantap sesuatu gagasan.

Gagasan sesebuah tesis tidak sahaja jangkaan awal atau prasangka tetapi menemukan sesuatu yang baru diterima semasa membuat penyelidikan. Penyelidikan menjadi bukti bahawa apa yang diperkatakan boleh didokumentasikan dan dibuktikan secara tepat (Berbeza dengan penulisan buku yang tidak gunakan nota kaki dan sebagainya.). Hujah (Argument) lebih kearah penerokaan satu tajuk yang diusahakan secara tertib untuk membuahkan cetusan idea yang berdalilkan bukti yang konkrit. (Argument lebih ke arah atau dilihat sebagai proses atau cara membina sebuah tesis).

Tiada penutup


Ulasan
1. Format: tiada pengenalan dan penutup
2. kesalahan tanda baca dan ejaan.
3. perenggan: satu perenggan ceritakan tentang banyak isu.
4. ayat tak gramatis, tunggang terbalik dan adakalanya mengelirukan.
5. ayat: banyak perkara dimasukkan dalam satu ayat.


Markah Rumusan kuliah: 9 daripada 10 markah.


Rumusan Kuliah...Contoh

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TUGASAN 1:
RUMUSAN KULIAH

PENSYARAH: CIK MAHARAM BT MAMAT.

KUMPULAN: THE PEARL

AHLI:

SUHAIBAH BT OTHMAN
NORA AZLINA BT SOBRI
NORLINDA BT IBRAHIM
NURFAIZAH BT ARZMI
SITI HASLINDA BT ADRIS

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka surat
1.0 MINGGU PERTAMA 1
2.0 MINGGU KE DUA 1
3.0 MINGGU KE TIGA 1-2
4.0 MINGGU KE EMPAT 2
5.0 MINGGU KE LIMA 2-3
6.0 MINGGU KE ENAM 4-5
7.0 MINGGU KE TUJUH 5-6
8.0 MINGGU KE LAPAN 6-8
9.0 MINGGU KE SEMBILAN 8-9
10.0 MINGGU KE SEPULUH 9-11
11.0 MINGGU KE SEBELAS 11



Tiada pengenalan

1.0 MINGGU PERTAMA
Kuliah belum bermula

2.0 MINGGU KE DUA
Minggu kedua pensyarah telah menerang secara terperinci mengenai struktur kursus ini dan telah memberikan skala permarkahan mengikut tugasan. Dalam kursus ini, terdapat tiga tugasan yang utama iaitu rumusan kuliah selama sepuluh minggu, ulasan novel atau hasil penyelidikan dan pembentangan hasil kertas kerja berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Kesemua tugasan hendaklah dihantar di dalam satu fail pada 24 Mac 2008 iaitu minggu ke 13 kuliah. Selain daripada tugasan, kuiz secara mengejut (perkataan tidak sesuai, perkataan ini sesuai untuk lisan tetapi untuk tulisan agak tidak begitu menepati) juga akan diadakan sebanyak 5 kali yang mewakili 5 markah dan permarkahan kuiz akan di nilai secara individu.

Setiap tugasan yang diberikan hendaklah dilakukan (lebih sesuai guna perkataan disempurnakan atau disiapkan) secara berkumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan dan tajuk perbentangan serta tarikh perbentangan akan ditentukan oleh pensyarah (ayat ini mengandungi 3 isi utama iaitu ”tugasan disiapkan berkumpulan”, ”tiap kumpulan ada 5 orang” dan ”tajuk dan tarikh pembentangan ditentukan pensyarah”. Gunakan ayat yang berasingan) . Gaya penulisan mestilah mengikut gaya penulian Universiti Kebangsaan Malaysia dan penulisan rujukkan mengikut APA dan MLA (maksud sebenar tidak difahami. Sila rujuk kuliah pertama). Sebelum kelas berakhir, pensyarah membacakan senarai kandungan kursus (perkataan yang tidak tepat berbanding maksud) yang akan dipelajari di dalam kursus bentuk-bentuk penulisan. Kelas berakhir dengan pensyarah memperkenalkan dirinya serta memberitahu masa pertemuan jika ada sebarang masalah dan boleh juga berhubung melalui email.

3.0 MINGGU KE TIGA
Sebelum kelas bermula, pensyarah meminta setiap ketua kumpulan keluar untuk mencabut undi bagi sesi pembentangan kertas kerja atau kertas cadangan. Perbentangan akan bermula pada minggu kelima sebanyak tiga kumpulan akan melakukan perbentangan pada hari tersebut. Selepas selesai membuat cabutan undi, pensyarah membaca tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan. Setelah selesai memberi tajuk, kuliah dimulakan dengan pengenalan kepada kursus bentuk penulisan. Penulisan merupakan satu bentuk komunikasi dan asas penulisan ialah untuk berkomunikasi.
Kemudian, (awal ayat! Rujuk macam mana cara menulis ayat yang gramatis) kuliah diteruskan dengan definisi atau maksud kepada proses penulisan yang di berikan oleh beberapa orang penulis. Selepas itu, kuliah disambung dengan menceritakan kaedah proses penulisan yang dibahagikan kepada tiga proses utama iaitu merancang, menulis dan menyunting. Di dalam proses merancang diterangkan secara terperinci mengenai perkara yang perlu ada di dalam proses tersebut seperti tajuk penulisan, sasaran pembaca, masa penulisan yang sesuai dan maklumat yang diperlukan untuk menulis.

Seterusnya proses penulisan boleh dilakukan. Di dalam proses ini, penulis perlulah mendalami dan menjiwai apa yang ingin ditulis dan ia melibatkan fakta, bahasa, teknik dan pemerengganan yang membezakan isi seterusnya. Manakala kaedah terakhir ialh proses mengedit yang melibatkan penggunaan tanda baca, ejaa, memotong dan menambah isi, idea serta memenuhi ruang untuk mewujudkan kelainan idea. Sebelum kelas berakhir, kuiz pertama diadakan.

4.0 MINGGU KE EMPAT
Cuti perayaan Taipusam.

5.0 MINGGU KE LIMA
Kuliah dimulakan dengan pensyarah memperkenalkan tajuk kuliah iaitu etika dan penulisan. Perbincangan etika berkisar tentang perilaku yang baik yang boleh dijadikan panduan yang merangkumi tingkahlaku, cara kehidupan, cara tindakan dan cara pemikiran seseorang penulis. Etika dilihat dari pelbagai sudut, antaranya dari sudut pandangan Islam. Orang yang berbuat baik dengan mengikut ajaran Islam mempunyai etika yang tinggi. Etika berhubung dengan akal dan ilmu yang membezakan manusia dan haiwan di dunia ini. Selain itu, etika dalam penulisan pula berasaskan falsafah kebenaran dan kejujuran. Terdapat tiga prinsip yang menekankan etika dalam penulisan iaitu tanggungjawab serta kebebasan, kejujuran dan ketepatan fakta. Di Barat, kebebasan mutlak diberikan kepada penulis untuk menulis apa-apa sahaja yang diingini, berlainan di Malaysia yang terikat dengan undang-undang. Penulis juga perlu jujur dengan menjauhi fitnah atau menonjolkan keburukan orang lain dalam penulisannya dan fakta yang ditulis hendaklah dari sumber yang benar dan sahih.

Selain itu, kuliah juga menyentuh tentang tatasusila kewartawanan Malaysia yang menulis sesuatu perkara perlu mengikut panduan etika (lemah guna perkataan sebabkan maksud ayat terpesong) yang telah ditetapkan seperti menyiarkan berita secara jujur, mendapatkan maklumat yang benar, menghormati kerahsiaan sumber dan sebagainya. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi tindakan penulis samaada beretika ataupun tidak iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman melibatkan dua bahagian iaitu intrapersonal yang melibatkan hubungan dengan individu itu sendiri tidak melibatkan orang lain dan interpersonal yang berhubung dengan orang dipersekitaran. Interpersonal dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu sumber alam, rakan sekerja dan keluarga.

Manakala (tanpa guna kata manakala, ayat masih lengkap dan lebih gramatis untuk dibaca) faktor luaran melibatkan undang-undang, organisasi dalaman dan organisasi luaran. Organisasi dalaman ialah organisasi di tempat kerja seperti pemberita, penyunting, penulis dan bergantung kepada lembaga pengarah organisasi tersebut. Organisasi luaran seperti badan kerajaan, swasta, dan badan professional yang mana badan-badan ini yang mengawal tingkahlaku penulis. Seterusnya, pensyarah ada (tanpa kata ”ada” ayat lebih gramatis) menerangkan tentang kepentingan etika dalam penulisan. Antara kepentingannya, setiap penulisan perlu ada kebenaran, adil, memahami undang-undang, bertanggungjawab, menghormati hak pembaca dan menghormati kerahsiaan sumber. Kuliah berakhir di sini (dimana kuliah itu berakhir? Awasi penggunaan kata) dan disambung dengan pembentangan pertama hasil kertas kerja dengan melibatkan tiga kumpulan.

6.0 MINGGU KE ENAM

Kelas bentuk-bentuk penulisan ditukar kepada taklimat kursus kemahiran mancari maklumat yang di adakan (diadakan) di perpustakaan aras dua bilik serbaguna (ayat tak lengkap, tak tercapai maksud). Taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Shaizimah Badzri selama dua jam yang menerangkan tentang tiga kaedah utama pencarian maklumat dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Kaedah tersebut seperti pengeksesan gemilang, perpustakaan digital dan pangkalan data dalam talian.

Kaedah pertama iaitu panduan pengeksesan gemilang atau dikenali dengan katalog dalam talian merupakan satu cara untuk mencari dan mendapatkan bahan seperti buku, jurnal, artikel dengan mudah dan cepat hanya menaip alamat seperti http://gemilang.ukm.my. (jadikan 2 ayat. Terlalu ghairah menulis hinggakan terlalu banyak maklumat dimasukkan dalam satu ayat.) Terdapat lima kemudahan pencarian yang disediakan di halaman ini seperti Browse, Keyword, Expert, Broadcast dan Reserve atau Heading Keyword. Pencarian juga boleh dilakukan melalui author, tittle, subject, publisher, call number and journal tittle. Selain itu, untuk membuat tempahan bahan dalam pinjaman juga boleh dilakukan. (ayat tak gramatis) [Bermula dengan ayat ini, sepatutnya ditulis dalam perenggan lain kerana isu yang nak ditulis sudah berbeza dengan isu sebelum ini] Sistem komputer akan memproses tempahan secara automatik jika pengguna masih berkelayakan untuk membuat pinjaman. Begitu juga untuk membuat semakan rekod tempahan pengguna boleh dilakukan dengan memasukkan Patron ID (nombor ahli perpustakaan) dan Pasword dan klik checked out. Tarikh baru pinjaman Due Date akan terpapar dan bahan di dalam pinjaman (kata tak sesuai) boleh diperbaharui sebelum tamat tempoh pinjaman dan jika (sekiranya) bahan tidak ditempah oleh pelanggan lain.

Kaedah kedua ialah perpustakaan digital yang mengandungi semua pangkalan data dalaman yang boleh diakses menerusi internet dengan menggunakan perantara Web. Pangkalan data ini mengandungi maklumat dalam dua bentuk iaitu berbentuk teks penuh dan bibliografik. Pangkalan data teks penuh boleh terdapat dalam bentuk tesis, laporan penyelidikan, keratan akhbar, kertas kerja seminar dan kertas soalan peperiksaan. [Bermula dengan ayat ini, sepatutnya ditulis dalam perenggan lain kerana isu yang nak ditulis sudah berbeza dengan isu sebelum ini] Manakala pangkalan data bibiografik berbentuk ilmiah, Indeks Perundangan, Indeks jurnal terpilih Asia Tenggara (INDRAKAT), Indeks Maklumat Tumbuhan Perubatan dan Aromatik (MINMAP) dan Karya akademik (ayat tergantung). Pangkalan data teks penuh hanya boleh diakses oleh pelanggan yang mempunyai ID pengguna (Patron ID) dan katalaluan (Password). Bagi pelangan awam boleh mengakses maklumat bibliografik secara percuma dengan memperkenalkan diri sebagai ‘guest’ dan pangkalan ini boleh diakses di alamat http://ptsldigital.ukm.my.

Kaedah ketiga pula melalui pangkalan data dalam talian. Pangkalan ini diwujudkan untuk memudahkan pelanggan mencari bahan-bahan seperti artikel dan jurnal yang dikehendaki dengan mudah dan menjurus kepada bidang yang dikehendaki. Antara senarai pangkalan data dalam talian ialah A TO Z, EBSCOHOST, ISI Web of Science, INSIDE, Proquest Dissertation & Theses, Education Full Text, Science Direct dan sebagainya. Selain itu, pangkalan ini boleh diakses mengikut bidang antaranya bidang kejuruteraan, komputer, pendidikan, psikologi, pengurusan perniagaan,ekonomi, sains maklumat, sains perubatan, sains sosial, undang-undang dan sebagainya. Pangkalan ini mudah untuk diakses, hanya menaip alamat http://www.ukm.my/library dan klik pada portal e-Jurnal ataupun terus menaip almat http://ezplib.ukm.my untuk mendapat bahan secara online.
Setelah selesai taklimat, kelas berakhir dengan menjawab kuiz yang diberikan oleh pensyarah. Setelah selesai menjawab kuiz, boleh bersurai.

7.0 MINGGU KE TUJUH
Kuliah pada minggu ini berjalan seperti biasa dengan tajuk plagiat yang diutarakan oleh pensyarah pada permulaan kelas. Plagiat merupakan satu jenayah besar yang berlaku di dalam penulisan yang tidak diambil tindakan mahkamah atas kesalahan tersebut. Plagiat terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya ialah plagiat secara terus, menyalin daripada pengarang asal tanpa sumber rujukkan, menulis nota kaki tanpa tanda kutip, mengambil mudah penulisan nota kaki, petikan yang tergantung, plagiat secara parafrasa, kitar semula karya dan melakukan terjemahan bahasa. Terdapat lapan jenis plagiat yang boleh dilakukan dalam proses penulisan.

Plagiat boleh berlaku dalam apa jua bentuk penulisan seperti cerpen, novel, syair, gurindam, majalah, rencana dan sebagainya. Selain daripada jenis plagiat, kuliah di sambung dengan cara untuk mengelak plagiat daripada berlaku seperti memberikan kredit dalam tulisan, menyatakan sumber di dalam teks, membuat petikan, membuat senarai rujukan dan memohon izin dengan penulis asal (ayat tak gramatis). Kini plagiat dapat dijalankan dengan mudah melalui kemudahan internet. Aktiviti plagiat secara siber biasanya melibatkan teks, perisian, grafik, audio, video dan sebagainya yang dilakukan secara salin dan tampal, muat turun, membeli artikel secara maya, melakukan perterjemahan bahasa dan banyak lagi. Kuliah berakhir dengan perbentangan kertas kerja ke dua dengan melibatkan tiga kumpulan.

8.0 MINGGU KE LAPAN

Kuliah mingu ini bertajuk penulisan sastera yang dibahagikan kepada dua iaitu penulisan ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan sastera ilmiah ditulis dengan mematuhi tulisan ilmiah yang lain. Penulisan ilmiah merupakan kritikan, ulasan, analisis tentang karya, teori, aplikasi teori dan juga berkaitan dengan perkembangan sastera, tokoh dan sebagainya. Penulisan kreatif memerlukan penulis melakukan penyelidikan supaya karyanya lebih mantap. Penulis kreatif perlu tahu banyak perkara serta rajin membaca dan karya kreatif memerlukan ilmu bantuan yang lain seperti agama, psikologi, sejarah, teknologi maklumat, alam sekitar dan sebagainya untuk menghidupkan karyanya. (terlalu banyak perkara yang mahu ditulis dalam satu ayat. Ayat yang digunakan adalah ayat perbualan biasa, perlu diilmiahkan)
Penulisan kreatif dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faksyen dan fiksyen. Faksyen adalah karya yang ceritanya bukan bersifat fiksyen atau karya yang sumber bahan faktualnya diadun dengan fiksyen hingga terhasil satu karya prosa. Faksyen terdiri daripada cereka sejarah, autobiografi, biografi dan memoir. Manakala fiksyen merupakan penulisan yang lahir daripada daya khayalan atau imiginasi penulis tentang sesuatu kehidupan atau peristiwa. Fiksyen terbahagi kepada tiga bahagian iaitu cereka atau prosa yang mengandungi novel dan cerpen, puisi terdiri daripada pantun, syair, gurindam dan seloka, bahagian ketiga ialah penulisan skrip drama seperti filem pendek, dokumentari, telenovela, drama bersiri, teater dan sebagainya.
Penulisan cerpen dibahagikan kepada tiga iaitu cerpen pendek yang pendek, cerpen pendek dan cerpen panjang yang panjang. Cerpen dan novel terdapat persamaan dan perbezaan dalam penulisannya. Diantara persamaanya ialah kedua-duanya termasuk dalam kategori cereka, mempunyai prinsip yang sama seperti tema, plot, latar, watak, menggunakan bentuk penulisan yang sama iaitu ada permulaan, pertengahan serta pengakhiran di dalam karya dan penggunaan teknik dalam karya seperti suspen, kejutan, imbas muka dan sebagainya yang sama di dalam kedua-dua bidang penulisan. Manakala dari segi perbezaanya pula dapat dilihat melalui bilangan watak perwatakan yang digunakan, bahasa, perkataan, kesan, situasi, kepadatan, jumlah kata dan sebagainya. Novel merupakan satu bentuk penulisan yang memerlukan masa, watak, kepadatan, jumlah perkataan yang banyak berbanding dengan cerpen yang terhad dari segi aspek perbezaanya.

Seterusnya, kuliah diteruskan dengan unsur-unsur yang terdapat di dalam cerpen dan novel. Kedua-dua bentuk penulisan ini mengandungi unsur yang sama tetapi berbeza dari segi kecil atau besar, banyak atau sedikit dan luas atau sempit sahaja. Unsur-unsurnya di lihat dari aspek tema, plot, watak perwatakan, latar, sudut pandangan, gaya dan bahasa serta suasana cerita. Tema merupakan gambaran keseluruhan sesuatu cerpen atau novel. Ia merupakan persoalan utama yang terdapat dalam cerpen atau novel yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Plot pula ditafsirkan sebagai penceritaan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Ia juga ditafsirkan sebagai rentetan peristiwa yang bersebab dan plot akan menggerakkan cerita dengan menampilkan peristiwa yang menjadi pilihan sahaja. Plot terdiri daripada permulaan, pertengahan dan penutup atau peleraian cerita.

Kemudian, unsur watak dan perwatakan yang terdapat dalam novel dan cerpen. Watak biasanya lebih daripada satu dan perlu konsisten. Watak perwatakan (watak dan perwatakan mempunyai maksud yang berbeza.) terdiri daripada watak protagonis, watak antagonis, watak sampingan, watak tambahan dan watak tidak wujud. Watak protagonist merupakan watak yang menggerakkan sesuatu cerita iaitu watak utama. Watak antagonis pula ialah watak jahat yang selalu bersaing dengan watak protagonist di dalam sesebuah cerita. Watak sampingan terdiri daripada beberapa orang yang akan membantu perkembangan watak protagonist dan antagonis. Watak tambahan ialah watak yang tidak penting tetapi berfungsi di dalam cerita dan jika watak ini tiada, ia tidak menjejaskan cerita. Watak tidak wujud pula merupakan watak yang tidak menunjukkan dirinya secara fizikal tetapi hadir melalui mimpi, ingatan, nostalgia dan sebagainya. Kuliah berhenti di sini dan di sambung dengan perbentangan kertas kerja yang melibatkan dua kumpulan.
Perwatakan tidak diterangkan


9.0 MINGGU KE SEMBILAN
Sambungan kuliah minggu lepas diteruskan dengan unsur keempat dalam penulisan novel dan cerpen iaitu latar. Latar merupakan faktor yang menjadi latar belakang dalam penulisan fiksyen. Latar dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar tempat, latar suasana dan latar masa. Latar tempat merupakan latar yang berlaku sesuatu perstiwa dalam cerita. Manakala latar suasana terbentuk oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan peristiwa dalam cerita. Latar ini melibatkan perasaan, cuaca, tempat dan aktiviti manusia. Latar masa pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu masa menunjukkan waktu, masa berkaitan dengan peristiwa sejarah, masa mengikut calendar dan masa mengikut bencana alam.

Unsur seterusnya berkaitan dengan sudut pandangan. Sudut atau sisi pandangan sering digunakan oleh penulis untuk melihat sesuatu kejadian dalam cerita. Sudut pandangan dilihat dari segi sudut pandangan oang pertama, sudut pandangan serba tahu, sudut pandangan peninjau dan sudut pandangan objektif. Gaya dan bahasa menjadi nadi untuk menghidupkan sesebuah cerpen atau novel. Gaya dan bahasa yang digunakan oleh penulis akan menyerlahkan dirinya sendiri. Gaya bahasa dilihat melalui pemilihan kata atau diksi, pembentukan ayat atau sintaksis, pembentukan bahasa figuratif dan tempo yang sesuai dengan watak, suasana dalam cerita yang ditulis dan unsur terakhir ialah berkenaan dengan suasana cerita. Suasana dalam cerita dapat membantu menegaskan maksud penulis selain mempesonakan pembaca. Suasana cerita selalunya dicipta dan dikawal oleh watak protagonis. Adegan dan latar cerita perlu sesuai untuk membantu menguatkan suasana dalam sesebuah novel atau cerpen.

Kuliah diteruskan dengan sumber idea untuk menulis. Sumber dibahagikan kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer merupakan sumber yang dapat dirasai, dialami, dilalui dan disaksikan sendiri oleh penulis. Sumber primer terdiri daripada pengalaman kehidupan peribadi, hubungan kekeluargaan, persekitaran, pengalaman pengembaraan dan budaya serta cara hidup. Selain itu, sumber sekunder melibatkan pembacaan, penyelidikan, menonton, mendengar cerita orang lain, pengalaman orang lain dan sebagainya. Berlainan dengan sumber pertama yang mana sumber ini tidak dialami sendiri oleh penulis. Kuliah berhenti di sini setelah tajuk penulisan sastera telah habis diajar. Perbentangan kertas kerja dilakukan dengan empat kumpulan meneruskan pembentangan dan setelah selesai perbentangan kuiz diadakan sebelum kelas berakhir.

10.0 MINGGU KE SEPULUH

Minggu ini kelas dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang dilakukan oleh tiga kumpulan. Kemudian kuliah akan diteruskan dengan dua tajuk utama iaitu penulisan email yang efektif dan penulisan tesis. Email merupakan satu bentuk komunikasi secara siber yang tidak rasmi dilakukan. Penulisan ini semakin popular setanding dengan kemajuan dan kecanggihan zaman siber yang mudah, cepat dan ringkas untuk menulis dan menghantar email. Penulisan email yang baik perlu mengikut dan menggunakan kaedah yang baik seperti mempunyai salam pembuka, susun atur yang baik, status, intonasi, isyarat dan singkatan yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan.

Salam pembukaan digunakan semasa permulaan untuk menulis email. Di Amerika Syarikat salam pembuka tidak diperlukan jika status penulis lebih tinggi daripada penerima dan salam pembukaan seperti ‘selamat pagi’, ‘petang’ tidak sesuai digunakan, kerana email mungkin akan dibaca pada waktu yang berlainan. Manakala dari segi susun aturnya pula tidak sama diantara komputer. Tulisan di dalam email perlu pendek, singkat, mudah, tidak berbelit dan email yang baik adalah email yang singkat dan mudah untuk difahami oleh penerima. Status seseorang dikenalpasti berdasarkan email yang diterima oleh pembaca. Petunjuk yang selalu mengambarkan status penulis ialah ejaan dan alamat email yang digunakan. Kesilapan ejaan yang banyak mengambarkan penulis tidak sopan dan tidak berpendidikan. Alamat email memberi petunjuk terhadap status penulis berdasarkan nama ID yang digunakan.

Seterusnya intonasi yang digunakan oleh penulis menggambarkan penekanan perkataan yang ingin diungkapkan. Terdapat tiga cara yang menggambarkan turun naik suara dan emosi, antaranya penekanan ringan, penekanan kuat dan penekanan ekstrem. Penekanan ringgan ditulis dengan menggunakan apitan bintang (*) sebelum dan selepas perkataan. Penekanan kuat mengunakan huruf besar kesemuanya dan tanda seru(!) dan penekanan ekstrem adalah penekanan yang benar-benar ingin menekankan sesuatu dengan menggunakan tanda (<< >>) pada awal dan akhir perkataan. Isyarat pula merupakan tulisan yang tidak mempunyai intonasi, nada turun naik suara dan bahasa tubuh. Tetapi terdapat beberapa isyarat atau sign yang digunakan dalam email seperti smiley atau emotion dan akhir sekali berkenaan dengan singkatan yang digunakan dalam penulisan email untuk memudah dan mempercepatkan komunikasi seperti 4U bermaksud ‘for u’ dan sebagainya. (Kata tetapi tidak boleh diawal ayat) (dua isi dikemukakan dalam satu ayat. Sila tulis dalam dua ayat berbeza)

Kemudian kuliah disambung kepada tajuk ke dua iaitu penulisan tesis. Tesis ialah bukti bertulis tentang sesuatu penyelidikan yang dilakukan dalam masa lima atau enam tahun untuk disiapkan. Terdapat beberapa perkara penting sebelum menulis tesis diantaranya pembaca dan format. Pembaca tesis terdiri daripada pembaca khusus dalam bidang tersebut yang mempunyai kepakaran dan berbeza dengan pembaca buku yang dibaca oleh orang ramai yang berlainan kepakaran. Penulis perlu mengetahui cara dan format penulisan tesis sebelum melakukan tesis dan format tesis terdiri daripada bahasa, nada, gaya dan format penting. Manakala intipati tesis merupakan kajian atau penyelidikan yang boleh didokumenkan dan dibuktikan secara tepat. Hujah yang diketengahkan lebih menjurus ke arah penerokaan satu tajuk yang diusahakan secara tertib untuk menghasilkan sebuah bukti yang konkrit. Kuliah minggu ini berakhir di sini dan topik penulisan tesis akan disambung pada minggu hadapan.

11.0 MINGGU KE SEBELAS
Kuliah minggu ini bermula dengan perbentangan terakhir kertas kerja hasil daripada tiga kumpulan. Kemudian kuliah disambung dengan tajuk bentuk dan susun atur tesis. Terdapat enam cara susun atur tesis yang diketengahkan iaitu panduan umum, latar belakang, isi dan kandungan tesis, kesimpulan dan penutup, lampiran serta bibliografi. Dalam panduan umum terdapat lima perkara yang ditekankan iaitu pengakuan, penghargaan, abstrak kandungan dan senarai rajah, graf, carta dan singkatan perkataan. Manakala bahagian latar belakang mengandungi pengenalan umum tentang tajuk, tesis kajian, skop kajian, rasional kajian, kaedah kajian dilakukan, pendekatan kajian, kajian lepas dan harapan penemuan.

Bahagian ketiga mengenai isi dan kandungan tesis. Bahagian ini mengandungi beberapa bab dan setiap bab mengandungi subtajuk yang tersendiri. Kemudian bahagian ke empat mengenai kesimpulan dan penutup. Setiap analisis, hipotesis, tujuan kajian dibentang semula dan dinilai penemuanya. Bahagian ini juga boleh ditulis nota kaki, nota tangan atau rujukan dari mana-mana carta dan analisis hasil penemuan yang didapati berdasarkan kajian. Seterusnya bahagian lampiran pula perlu ditulis halaman, serta salinan asal sekiranya ada dan bahagian terakhir ialah bibliografi. Kesemua tajuk buku hendaklah diitalikkan tapi artikel yang diambil daripada majalah, jurnal, akhbar hanya italikkan nama atau sumber artikel itu sahaja. Kemudian kelas berakhir dengan pertanyaan soalan kepada pelajar, jika ada yang tidak difahami sepanjang kuliah berlangsung.

Tiada penutup


Ulasan dan komen
1. Banyak lebihan kata-kata
2. penggunaan perkataan yang tidak sesuai boleh pesongkan maksud yang ingin disampaikan.
3. Format: tiada pengenalan dan penutup.

Markah Rumusan kuliah 8.5 daripada 10 markah.