PERTANDINGAN MENULIS
SKRIP ADAPTASI NOVEL KE FILEM
anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Persatuan Pengarah Filem Malaysia
Latar belakang
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) adalah penganjur Pertandingan
Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem bertujuan untuk menggalakkan penghasilan
skrip filem yang berkualiti tinggi yang
diadaptasi daripada novel terpilih.
objektif
Menghasilkan skrip filem berkualiti yang ceritanya
diangkat daripada novel.
(ii) memperbanyak
penghasilan skrip filem yang berasaskan novel tempatan.
(iii) Menggalakkan
penulis skrip di Malaysia membuat adaptasi daripada novel tempatan
(iv) Meningkatkan
nilai tambah yang ada pada sesebuah novel itu sendiri.
(v) Membantu
seni filem tempatan dalam menghasilkan filem yang mempunyai kualiti cerita yang
baik dan menarik.