Pages

Thursday, October 16, 2008

Student dan Profesornya...


Don't miss even a single word.... It's Too good


An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new students to stand and.....


Prof: So you believe in God?
Student: Absolutely, sir.
Prof: Is God good?
Student: Sure.
Prof: Is God all-powerful?
Student: Yes..

Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?


(Student is silent.)
Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?
Student: Yes.
Prof: Is Satan good?
Student:No.
Prof: Where does Satan come from?
Student: From....God. ..
Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student: Yes.
Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything, Correct?
Student: Yes.
Prof: So who created evil?


(Student does not answer.)
Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?
Student: Yes, sir.
Prof: So, who created them?


(Student has no answer.)
Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?
Student: No, sir.
Prof: Tell us if you have ever heard your God?
Student: No, sir.
Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student: No, sir. I'm afraid I haven't.
Prof: Yet you still believe in Him?
Student: Yes.
Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your "GOD" doesn't exist. What do you say to that, son?
Student: Nothing. I only have my faith.
Prof: Yes, Faith. And that is the problem science has.
Student: Professor, is there such a thing as heat?
Prof: Yes.
Student: And is there such a thing as cold?
Prof: Yes.


Student: No sir. There isn't.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student:Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat.. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can'tgo any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat.We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it .

(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?

Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light.... But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you? Prof: So what is the point you are making, young man? Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof: Flawed? Can you explain how?

Student: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure.Sir, science can't even explain a thought.. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.) Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)
Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?

(The class breaks out into laughter.)
Student: Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable. )
Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.
Student: That is it sir..The link between man and God is Faith. That is all that keeps things moving & alive.

_________ _________ _________ ___
I believe you have enjoyed the conversation and by the way this is a true story, and the student was none other than APJ Abdul Kalam, the former president of India.

Wednesday, October 15, 2008

Penulis Vs Pengarah



Berita harian, Khamis 11 September 2008
Epilog: Kenapa produser filem, novelis sukar bekerjasama
Oleh Akmal Abdullah
akmel@bharian.com.my


SAYA tertarik mengikuti rancangan Helo Malaysia menerusi saluran Bernama TV baru-baru ini yang membincangkan topik berkaitan mengadaptasikan karya sastera Melayu seperti novel dan cerpen atau buku biografi atau apa saja bahan bacaan tempatan ke layar perak atau skrin visual seperti dokumentari dan drama TV. Dua ahli panel yang bercakap isu itu ialah aktivis teater dan drama, Fauziah Nawi dan pengkritik filem, A Wahab Hamzah. Antara perkara disentuh mereka termasuklah perlunya kerajaan menyediakan geran untuk tujuan ini dan pada masa sama sudah tiba masanya golongan sasterawan atau penulis dunia sastera bergabung tenaga secara profesional dengan karyawan filem untuk membantu industri filem yang kini terus berdepan masalah mendapatkan skrip bermutu.


Sebenarnya, isu ini bukan baru dan sering menjadi bahan perbincangan sesuatu seminar perfileman atau kesusasteraan. Isu kenapa orang filem kita ramai tidak minat pindah novel ke filem bukan disebabkan mereka terlalu ego sebaliknya alasan yang selalu diberikan ialah kerumitan dari segi prosedur, pegangan hak cipta dan faktor kewangan. Jika ditinjau dalam sejarah perfileman Melayu, memang ada beberapa judul filem cereka sudah diadaptasi daripada novel. Begitu juga drama TV, ada beberapa judul novel dan cerpen juga pernah diadaptasikan dalam bentuk visual.




Di Malaysia, setakat ini novel yang diangkat sebagai filem cereka ialah Langit Petang karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menerusi arahan Shahrom Mohd Dom; Ranjau Sepanjang Jalan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad arahan Datuk Jamil Sulong. Novel popular seperti Mira Edora karya Khadijah Hashim juga pernah diadaptasi menjadi filem oleh Zulkeflie M Osman manakala Juara karya Prof Dr S Othman Kelantan pula diangkat menjadi Jogho menerusi U-Wei Saari. Insiden ada sasterawan tidak puas hati terhadap karya mereka yang dianggap ‘dirosakkan’ selepas proses adaptasi dibuat, mungkin menyebabkan orang filem sentiasa ragu-ragu dan takut atau serik untuk mengambil novel bermutu dijadikan skrip filem. Namun, ini tidak boleh dijadikan alasan.


Warga filem sewajarnya berani untuk terus memperbanyakkan filem berdasarkan karya sastera dan perlu ada persefahaman baik dan sikap toleransi antara kedua-dua pihak sebelum kerja produksi berjalan. Memang sukar untuk pindahkan cerita dalam tulisan ke layar perak seperti novel. Contohnya untuk babak yang tidak ada dialog dan sekadar satu watak utama yang sedang berfikir sesuatu dalam biliknya memang menarik jika dibaca dalam bentuk teks dan rumit untuk dipindahkan ke skrin bagi menggambarkan pemikiran watak itu. Jadi perlu ada ubah suai mengikut ciri tertentu supaya maksud babak dan naratifnya tidak terjejas. Dari sinilah juga persefahaman di pihak penulis novel itu harus ada untuk bertolak ansur dengan penerbit dan pengarah filem.


Apapun masalah dihadapi, perlu ada gabungan baik antara golongan sasterawan dengan penggiat filem kerana industri filem di negara ini memerlukan input daripada orang sastera untuk membantu menyediakan bahan skrip bermutu dan menarik untuk mengisi industri filem Melayu. Ini penting kerana banyak novel bermutu tinggi sama ada novel klasik mahupun novel era moden dalam pendekatan popular cukup sesuai untuk dijadikan filem. Dalam dunia sastera, kita ada ramai pemikir yang hebat dan pemikiran mereka diterjemahkan dalam karya seperti novel mahupun cerpen. Namun, sayang, novel mereka itu selalunya tidak begitu meluas dari segi pasaran atau terhad kepada segelintir masyarakat yang suka membaca novel saja (budaya membaca belum utuh di kalangan rakyat Malaysia) sedangkan karya itu seharusnya boleh dikongsi dengan lebih meluas untuk rakyat negara ini. Sebab itu industri filem kita sering menghadapi konflik skrip tidak bermutu dan bahan cerita yang dipaparkan tidak mempunyai kekuatan pemikiran dan spiritual. Sudah tiba masanya juga penggiat filem terutama produser dan pengarah filem mencari bahan menarik dan bermutu untuk dijadikan kerja produksi mereka, manakala proses mendapatkan hak cipta tayangan atau sebagainya boleh dirundingkan dengan secara berhemah dan situasi menang-menang.

Produser juga tentunya mahu melihat sesuatu karya itu ada elemen komersial, yakni ada potensi untuk mendapat kutipan baik di pawagam, maka mungkin sesebuah novel itu perlu dibuat ubah suai mengikut struktur dan pola ceritanya tanpa menghilangkan maksud naratifnya. Konflik di sinilah selalunya yang menjadi ‘perbalahan’ antara novelis dengan pengarah. Seelok-eloknya ada jalan terbaik untuk sama-sama berpuas hati sebelum kata putus dibuat supaya hasil karya novel itu akan dilihat juga menarik sesudah dipindahkan ke layar perak. Semua novel di luar negara yang pernah diadaptasi menjadi filem juga tidak mengikut bulat-bulat apa yang dipaparkan dalam sesebuah novel itu, sebaliknya karyawan di sana dan penulis novel cukup faham mengenai perbezaan bentuk seni antara kedua-duanya meskipun ia tetap masih dalam medium seni berdasarkan idea dan pemikiran. Yang penting mereka ada toleransi dan saling menghormati tugas dan peranan masing-masing. Seperti di Hollywood, filem yang diadaptasi dari novel seperti Bourne Ultimatum, Lord of the Ring, De Vinci Code, Harry Potter dan The Chronicles of Narnia tidak mengikut 100 peratus seperti novel sebaliknya kesesuaian itu harus ada mengikut kesesuaian dramatik visual dan kemampuan pelakon beraksi mengikut situasi.



Ramai penonton akui, versi filem ternyata lebih menarik berbanding apa dibacakan menerusi novel. Akhbar ini pada 4 Jun lalu turut melaporkan saranan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang meminta novelis tempatan dan pengeluar filem atau drama disaran bekerjasama menghasilkan filem dan drama yang diadaptasi daripada karya buku penulis berkenaan bagi meluaskan lagi penyebaran budaya tempatan dan nilai sejagat yang positif khususnya pada peringkat global. Kenyataan menteri itu ada benarnya juga kerana menerusi usaha membawa kandungan novel ke layar perak, ia sekali gus pemilihan karya buku yang hendak dijadikan filem menepati kriteria seperti isi kandungan bermutu termasuk olahan cerita menarik dan menonjolkan nilai murni, jati diri serta budaya tempatan, selain penulis dan pengeluar filem perlu kreatif ketika proses menghasilkan filem dengan mengambil kira olahan skrip terbaik, penggambaran di tempat menarik dan penggunaan teknik penggambaran serta teknologi moden.


Sesuai dengan saranan Mohd Shafie itu, rasanya kementerian beliau juga harus berani memulakan usaha menggerakkan kerja adaptasi novel bermutu menerusi karya sasterawan hebat kita untuk dipindahkan ke layar perak. Jadi, kementerian wajarlah sediakan geran awal yang boleh menggerakkan usaha ini, sesuai saranan Mohd Shafie sendiri. Kata orang, jangan biarkan hidup ibarat pohon kayu tidak berbuah...

Sunday, October 12, 2008

Pornografi di Malaysia

Tulisan ini dipetik dari Berita Minggu 12 Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal 1429H. Tulisan yang sama boleh dibaca secara online melalui berita harian Online di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081012090908/Article/index_html
Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada semua.
Laman web lucah mudah dilayari
Oleh Mohd Azis Ngah

Pengendali mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehariSEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat. Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Khairul Amir yang bimbang dengan perkembangan laman web lucah di negara ini membuat aduan itu kepada SKMM dan menerima jawapan yang mengejutkannya kerana laman web lucah itu bukan saja bebas beroperasi di negara malah mengaut keuntungan besar. Pengendali laman web pula dikatakan mampu mengelak undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang longgar dan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan. Katanya, mengikut jawapan SKMM atas aduannya itu, dua lagi laman web disifatkan tidak mempunyai kandungan bercanggah dengan peruntukkan AKM 1998 dan tiada tindakan akan diambil.

Tinjauan mendapati, laman web itu jelas memaparkan gambar ghairah gadis kebanyakan rakyat tempatan serta cerita seks. Sembilan daripada 25 laman web itu pula didapati berpangkalan di luar negara dan tiada sebarang tindakan boleh dikenakan. Tujuh lagi laman web tidak melanggar kehendak seksyen 211, AKM 1998 selepas didapati pengunjung perlu mendaftar secara sukarela dan menerima pelawaan daripada pengendali web manakala tiga laman web lain meletakkan syarat tertentu kepada pengunjung sebelum dibenarkan melayari kandungannya. Pengendali laman web mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari. Mereka menyediakan bahan lucah yang membolehkan pengunjung memuat turun dan menonton selain membaca cerita seks. Bayaran 15 sen yang dikenakan oleh sebuah laman web itu bagi pengunjung mendapatkan akses menonton semua kandungan web. Berita Minggu mendapati, satu daripada web itu mempunyai 4,565 ahli berdaftar tidak termasuk pelawat biasa.

Jika angka itu diambil purata sehari, pengendali web mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sebulan dengan pendapatan RM675 sehari. Kepada pengunjung baru, mereka tetap diberikan akses percuma untuk beberapa klip video sebelum diminta membayar yuran untuk peringkat seterusnya. Terdapat laman web yang cuma memerlukan pengunjung mendaftar alamat emel sebagai syarat pendaftaran ahli baru. Ada juga yang meminta ahli mengekalkan keahlian dengan syarat mesti menjadi penyumbang bahan lucah termasuk ada yang menggadai 'koleksi peribadi' untuk mengelakkan keahlian.
Mengulas situasi itu, jurucakap SKMM berkata, disebabkan terlalu banyak laman web yang boleh dilayari, sukar bagi mereka memantau secara terperinci dan hanya bertindak berdasarkan aduan dan pemantauan rambang. "Walaupun AKM 1998 tidak membenarkan penapisan internet, kita masih boleh bertindak mengikut Seksyen 211 atau 233 ke atas web mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu. "Tetapi disebabkan kita tidak dibenarkan menapis internet, maka penggunaan perisian penapisan di laluan masuk (gateway) oleh pihak pemberi perkhidmatan internet (ISP) tidak boleh dijalankan seperti di Arab Saudi dan China," katanya.
Berhubung 25 aduan berkenaan, katanya satu daripadanya sudah diarah tutup sementara manakala satu lagi dikategorikan tidak aktif termasuk kemungkinan ditutup pemiliknya. Katanya, penilaian kandungan laman web sama ada berbentuk sumbang, lucah, palsu atau jelik adalah sangat subjektif. Mengikut Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, tafsiran lucah ialah sekiranya boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya memberahikan dan menyinggung tanggapan adab berhubung kesopanan dan kehormatan. Ujian kelucahan juga dinilai dengan melihat kepada kandungan itu mempunyai kecenderungan merosakkan pemikiran sesiapa yang terdedah kepada komunikasi berkenaan dengan memberi perhatian kepada adegan seks terlampau atau pornografi, pornografi kanak-kanak dan penghinaan seksual.
Mengenai caj bayaran dikenakan untuk melayari web, katanya, ia jelas melanggar peraturan mengikut Seksyen 233 (2) (a) kerana memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial. Bagaimanapun, bayaran itu tidak dikawal selia dan ia juga tidak boleh dikaitkan sama ada web itu sah atau tidak.
INFO:
Laman web yang disiasat, sudah disiasat dan sudah dikenakan tindakan (68 kes).

25 kes : Tindakan Penguatkuasaan di bawah AKM 1998
38 kes: Ditutup (termasuk tiada perlanggaran AKM 1998, di luar bidang kuasa SKMM dan kandungan ditarikbalik)
5 : Dalam Siasatan
Aduan yang diterima SKMM:
Januari - Mac 2008 : 628 (lain-lain perkara) dan 13 (laman web)
April - Jun 2008: 1,076 (lain-lain perkara) dan 35 (laman web)
2007: 2,147 (lain-lain perkara) dan 30 (laman web)
Jumlah laman web lucah: Berdasarkan laman web internet-filter-review pada 2006.
4.2 juta web lucah
Bersamaan 12 peratus daripada keseluruhan laman di internet.
Tindakan:
Peruntukkan Seksyen 211 dan 233 AKM 1998: denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.
Remaja mudah ketagih seks
REMAJA melepasi tahap umur 'akil baligh' adalah golongan paling ramai melayari laman web lucah dan menjadi sasaran paling mudah disebabkan 'ledakan perasaan' yang cenderung kepada perlakuan seksual. Perubahan tahap umur itu mendorong kepada keinginan kuat mengikut kehendak nafsu apatah lagi jika menonton video, melihat gambar lucah atau membaca artikel seks.
Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), berkata terlalu banyak kesan negatif jika membiarkan remaja melayari internet tanpa pengawasan yang mendorong mereka melayari laman web lucah. "Remaja akil baligh cukup mudah naik nafsu syahwat terutama apabila melihat bahan lucah, mereka juga sudah tahu apa itu hubungan seks. Perubahan itu akan mencapai kemuncak jika wujud pergaulan tanpa batasan dan ketagihan seks.
"Banyak kes rogol bawah umur berlaku antara kenalan, rakan, pasangan kekasih disebabkan mereka tidak mempedulikan larangan agama dan undang-undang. Apa yang mereka fikirkan hanya untuk berseronok disebabkan wujudnya 'pencetus' iaitu bahan lucah. "Jika tidak terdedah kepada anasir tidak sihat ini, masalah sosial itu tidak akan berlaku," katanya.
Bagi sesetengah remaja berniat jahat, mereka sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak nafsu termasuk meletakkan pil khayal ke dalam minuman teman wanita atau kenalan sebelum merogol mangsa. Dr Mariani berkata, aktiviti itu akan memberi kesan langsung kepada remaja yang masih bersekolah, mereka akan mengabaikan mata pelajaran, pencapaian akademik merosot, keruntuhan moral serta hubungan renggang dengan keluarga.
"Apabila sudah terjerumus, tentu ibu bapa akan marah tanpa menyedari apa sebenarnya dilalui anak-anak. Akan timbul juga masalah apabila keluarga terlalu mengawasi anak-anak di rumah, mereka akan mencari jalan melayari internet di luar rumah disebabkan ketagihan," katanya. Faktor bayaran serendah 15 sen sebagai yuran melayari laman web juga mendorong ketagihan dan Mariani percaya kegiatan itu mensasarkan kepada remaja daripada keluarga berpendapatan sederhana ke bawah yang dilihat lebih daripada mampu untuk menjelaskan kadar bayaran berkenaan. Katanya, dengan kadar bayaran itu, sesiapa saja mampu melayari laman web lucah dan tidak mustahil ada antaranya sanggup menyimpan wang saku ke sekolah kerana mahu menghabiskan masa melayari web itu.
"Semua ini membuktikan capaian internet cukup mudah, kanak-kanak juga boleh melakukannya. Apa yang kita saksikan sekarang ialah runtuhnya moral masyarakat kini, kes gugurkan kandungan, buang bayi berleluasa," katanya. Faktor tiada penguatkuasaan konkrit, tiada pegangan agama serta wujudnya peluang serta pilihan yang banyak dan murah untuk mendapatkan bahan lucah kini menjadikan kegiatan itu menguntungkan satu pihak, pada masa sama meruntuhkan institusi masyarakat.
Pengendali web lucah tidak terlepas tindakan BENARKAH pengendali laman web lucah boleh berselindung di sebalik terma 'persetujuan pengunjung' untuk mengelak dikenakan tindakan? Seorang peguam, Abu Backer Sidek berkata sebenarnya pengendali berkenaan boleh dikenakan tindakan kerana jelas bertentangan dengan tujuan penubuhan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 iaitu menjamin perkembangan sihat. Berdasarkan peruntukkan seksyen 211, AKM 1998, membawa maksud mengekal, menjamin perkembangan sihat dalam dunia siber, kegiatan menghantar atau menyebar bahan lucah adalah bertentangan dengan nilai moral.
Katanya, AKM 1998 menjelaskan maksud sesiapa yang menghantar, menyebar bahan lucah di internet boleh dikenakan tindakan walaupun mereka menggunakan alasan ada kerelaan pengunjung web. Sebelum ini, banyak pihak mempersoalkan AKM 1998 yang dilihat longgar dalam mengawal perkembangan penyebaran bahan lucah berikutan terlalu banyak laman web lucah berpangkalan di dalam dan luar negara yang boleh diakses secara mudah.
Pengendali laman web itu berselindung di sebalik 'persetujuan pengunjung' yang mematuhi terma ditetapkan, secara sukarela walaupun ada yang mengenakan bayaran. Taktik itu membolehkan mereka mengelak daripada tindakan kerana ia dilakukan tanpa paksaan dan bersyarat. "Sudah tentu ia bertentangan dengan tujuan menjamin perkembangan sihat. Adakah penyebaran bahan lucah dikatakan perkembangan sihat?.... sudah tentu tidak dan ia bertentangan dengan nilai moral. Jadi, seksyen 211 AKM 1998 boleh digunakan dalam hal ini. "Jika pengendali berselindung di sebalik faktor kerelaan pengunjung, ia sebenarnya cuma 'tiket' rayuan untuk mengurangkan hukuman. Walaupun akta itu bukan bertujuan menyekat, ia masih boleh dikuatkuasakan bertujuan mengawal perkembangan tidak sihat," kata Abu Backer.
Mengikut seksyen itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Abu Backer berkata, memang diakui kerajaan memberi jaminan untuk tidak menapis internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini. Namun katanya, AKM 1998 adalah akta berkenaan undang-undang siber yang dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan dalam memantau industri berkenaan yang mencakupi ruang lingkup kegiatan dunia siber. Katanya pengawalan mesti datang daripada kerajaan dan ditingkatkan daripada semasa ke semasa terutama ke atas laman web yang berpangkalan di dalam negara. Bagaimanapun, beliau mengaku kebanyakan laman web itu berpangkalan di luar negara dan ia sukar ditapis kerana melangkaui sempadan kuasa serta perlu diteliti mengikut peruntukan yang boleh digunakan.

Friday, October 10, 2008

Tips Keselamatan Komputer




Ramai dikalangan kita pernah kena virus semasa berchatting ke, melayar internet atau buka email. Tidakpun, melalui email yang dilambakkan email sampah.


Berikut panduan dalam bentuk video untuk berdepan dengan serangan tersebut dalam bentuk video...





website ini juga ade disertakan macam mana nak menjaga keselamatan semasa online




http://www.esecurity.org.my/bm/index.htm




selamat belajar benda baru

Phising

Tulisan ini dipetik daripada laman sawang berikut;
Apa itu phising?



Phising , adalah satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya.

Perbuatan ini semakin popular dan telah ramai pengguna yang menjadi mangsa penipuan seperti ini. Anti-Phishing Working Group (APWG) dalam laporan bulanannya, mencatat ada 12 845 e-mail baru dan unik serta 2 560 laman web palsu yang digunakan sebagai aktiviti phishing.


Penipuan dengan cara phising bukan sahaja semakin meluas, tetapi juga semakin bijak memperdaya para pengguna. Sesetengah laman web ini diletakkan pada server yang tidak menggunakan protokol standard sehingga tidak berjaya dikesan.

Bagaimana phishing dilakukan?
Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:

  • Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit.
  • Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
  • Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.


Sebenarnya, phishing itu boleh dilakukan dengan sangat mudah sekali. Hanya dengan mengenal sifat, sikap dan pola target. Kejadian ini boleh dilakukan dengan melakukan banyak cara.

Berikut contoh amarah yang pernah dikeluarkan pihak pengurusan UKM dan dipaparkan di ewarga;

Makluman Penting - Phishing Mail


Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya pengguna ada menerima satu e-mel bertajuk Please Upgrade Your Email Account sila abaikan e-mel tersebut. E-mel tersebut adalah 'phishing mail'. Phishing merupakan sejenis penipuan yang dilakukan melalui mesej-mesej emel, mesej segera dan laman-laman web yang digunakan untuk memperdaya individu-individu agar memberikan maklumat sulit dan peribadi mereka. Penipuan ini membolehkan orang ramai ‘terpedaya dengan umpan’ tersebut dan memberikan maklumat peribadi mereka, di mana ia boleh digunakan untuk penipuan kad kredit dan lain-lain penyalahgunaan maklumat sulit yang lebih serius.


Emel-emel ‘phishing’ selalunya kelihatan seolah-olah dihantar oleh organisasi-organisasi yang sah, ia meminta para pengguna agar memberi jawapan. Jangan berikan maklumat peribadi di dalam e-mel atau mesej dengan segera. Ini mungkin satu penipuan.


Sekiranya anda telah jawab & berikan maklumat peribadi yang diminta, sila tukar katalaluan (password) akaun emel anda SEGERA bagi mengelakkan kerugian serius/besar berlaku keatas anda semua.

(ewarga/bul/bil.30072008-109)

Perhatian kepada semua warga UKM,

tuan-puan dinasihatkan supaya tidak melayan atau membalas emel dengan tajuk berikut I NEED YOUR HELP URGENTLY, kerana ianya adalah berbentuk penipuan (dalam hal sumbangan kewangan) dengan menyamar dan menggunakan emel pengguna dengan tanpa izin dan tanpa disedari oleh tuan punya emel tersebut seperti yang berlaku kepada emel yahoo.com, Prof. Dr. Nabishah Mohamed dari PPUKM, di mana emel beliau ini telah digunakan untuk tujuan penipuan seperti ini dan dihantar kepada beberapa warga UKM (kakitangan & pelajar). Mengikut Prof. Nabishah, sudah ada di kalangan pelajar yang telah respon dan menderma setelah menerima emel seperti ini sebelum ini, tetapi bukan dari emel beliau.

(ewarga/bul/bil.08102008-15)