Pages

Tuesday, April 7, 2009

April Fool?

Artikel ini dikutip dari Kosmo Isnin 6 April 2009 di http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


Akaun hampir kering akibat layan e-mel penipu

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my


EMMA ASMANI menunjukkan salinan laporan polis mengenai kes penipuan yang menyebabkan wang dalam akaunnya hampir kering kelmarin.

PUTRAJAYA - Tidak sampai 15 minit selepas mengemaskini akaun perbankan dalam talian, seorang pegawai pemasaran mendakwa kehilangan kesemua wang gaji sebulan berjumlah RM2,200 daripada akaun simpanannya.

Musibah yang menimpa Emma Asmani Ab. Halim, 36, bermula selepas dia menerima beberapa e-mel yang didakwa dari bank berkenaan dengan tujuan meminta mengemaskini akaun selain peringatan ia akan ditutup jika urusan tersebut tidak dibuat.

Bimbang akaun akan ditutup, dia membuka e-mel itu dan klik pada pautan laman web bank yang diberikan pada pukul 11 pagi 1 April lalu.

"Saya hanya sedar duit dah hilang selepas membuat semakan dalam talian melalui laman web bank berkenaan pada 3 April lalu dan mendapati baki akaun RM99.90 sedangkan ia sepatutnya RM2,299.90,'' katanya ketika ditemui kelmarin.

Emma Asmani semakin keliru dan panik apabila dimaklumkan oleh seorang pegawai bank berkenaan bahawa dia telah membuat transaksi pindahan wang.

"Selepas dua minit kemudian, saya menerima khidmat pesanan ringkas nombor tac (nombor empat digit pengesahan transaksi) daripada bank berkenaan,'' dakwanya.

Pada 3 April lalu, beliau membuat semakan di bank berkenaan di sini dan sekadar diberi layanan 'ala-kadar' oleh salah seorang pegawai.

"Apabila saya menceritakan masalah itu, dia sekadar berkata, duit saya mungkin dah pergi ke Indonesia.

"Dia juga kata transaksi itu sukar dikesan dan wang saya tidak dapat dipulangkan,'' katanya.

Katanya, semakan dengan bank mendapati ada transaksi pindahan wang tepat 11.16 pagi pada hari sama dia mengemaskini akaun simpanannya.

"Pihak bank beritahu duit telah dipindahkan tetapi tidak memaklumkan ke mana tetapi bagaimana bank itu boleh hantar nombor tac terus pada telefon bimbit saya selepas lebih kurang dua minit jika e-mel itu palsu?'' soalnya.



April Fool juga dijadikan tarikh keramat untuk melepaskan virus. Tulisan di Metro pada tarikh yang sama menjelaskan tentang perkara ini yang juga boleh dibaca di
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090401094221/Article/indexv_html


Virus 'April Fool' melanda

PUSAT keselamatan siber khas negara, CyberSecurity Malaysia memberi amaran serangan cecacing terbaru yang dijangka melanda pengguna komputer Malaysia hari ini dengan kodnya, Conficker.C.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol Husin Jazri, serangan cecacing dari kategori 'malware' itu diprogramkan untuk berhubung dengan alamat 'domain' pengguna yang mampu berjangkit sekiranya komputer tidak diperbaharui dengan anti-virus terkini.


"Situasi masih dalam kawalan dan kami sudah menjalin kerjasama dengan pendaftar domain .my serta rakan kongsi antarabangsa lain bagi menyekat virus Conficker.C ini," kata Husin.

Sementara itu, jurucakap vendor perisian keselamatan, Trend Micro Inc, memaklumkan jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad ini mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00.

Oleh itu, Trend Micro menasihatkan pengguna agar mengikut beberapa langkah keselamatan termasuk menetapkan laman web ke 'Web Reputation Service', memastikan definisi virus diperbaharui dan melaksanakan imbasan sistem secara penuh bagi mengelak jangkitan.

Sekiranya pengguna ingin memaklumkan sebarang virus, anda boleh melayari laman web Cybersecurity Malaysia atau menghantar e-mel ke cyber999@cybersecurity.my

No comments: