Pages

Thursday, September 15, 2011

Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11


Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka
dan RTM sedang menganjurkan
Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11



Latar belakang

Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11 adalah program tahunan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Program ini bermula sejak tahun 1998 lagi yang pada mulanya diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada setiap bulan Februari. Lagu puisi yang dipertandingkan dicipta berdasarkan puisi-puisi di dalam buku/majalah terbitan DBP.

Matlamat

  • Meneruskan tradisi mencipta lagu puisi sebagaimana matlamat penyebaran karya sastera yang termaktub dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  •  Menambah dan meningkatkan nilai puisi melalui penciptaan lagu puisi.
  •  Memperbanyakkan penciptaan lagu puisi yang bermutu tinggi.
  • Memasyarakatkan puisi daripada karya penyair tempatan melalui persembahan lagu puisi yang diiringi oleh orkestra.
  •  Memasyarakatkan sastera dalam pelbagai medium (televisyen, DVD, VCD, CD).


Syarat Sayembara
1.      Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
2.      Peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) buah) lagu ciptaannya sendiri.
3.   Lagu-lagu yang dihantar hendaklah dinyanyikan (sama ada secara solo ataupun berkumpulan tidak lebih daripada tiga (3) orang) dan dirakam dalam bentuk CD. Rakaman lagu berkenaan mestilah diiringi sekurang-kurangnya satu alat muzik berkod seperti gitar, ‘keyboard’, piano atau dengan iringan muzik lengkap.
4.      Lagu-lagu yang dirakam itu mestilah disertakan bersama nota lagu dan salinan puisi yang asal. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak akan dinilai.
5.      Durasi untuk sesebuah lagu itu tidak melebihi lima (5) minit.
6.  Lagu-lagu hendaklah ciptaan/karya asal yang belum pernah dirakam di mana-mana penerbitan. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya mendapati lagu-lagu tersebut disadur, ditiru, di ciplak dan diplagiat dari mana-mana lagu yang telah sedia ada.
7.      Pihak penganjur akan menyediakan kumpulan muzik untuk mengiringi penyanyi di peringkat akhir.
8.    Puisi yang dipilih mestilah daripada buku-buku atau majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja (peserta mesti menghantar salinan fotostat puisi yang dipilih daripada majalah atau buku).
9.      Judul lagu mestilah berdasarkan  judul puisi.
10.  Peserta tidak dibenarkan meminda, menukar ayat atau patah perkataan pada puisi yang dipilih.
11.  Pertandingan peringkat akhir akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur.
12.  Semua keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.


Hadiah

Johan                                RM8,000.00
Naib Johan                       RM6,000.00
Ketiga                               RM5,000.00
Sagu hati                          RM2,000.00 (7 hadiah)

Hadiah iringan dan sijil penyertaan

Keterangan lanjut dan penyertaan boleh dihantar kepada:
Urus Setia,
Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-21482348/3671

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 OKTOBER 2011

No comments: