Pages

Tuesday, September 13, 2011

SAYEMBARA MENULIS SKRIP DRAMA PENDEK 2011


Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menganjurkan:

SAYEMBARA MENULIS
SKRIP DRAMA PENDEK 2011



LATAR BELAKANG
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek diadakan untuk menggalakkan penghasilan skrip drama yang berkualiti di negara ini khususnya dalam kalangan generasi muda dalam usaha mengembangkan dan memperluaskan khalayak sastera.
Penganjuran sayembara ini akan diikuti dengan pementasan 5 karya terbaik hasil sayembara ini melalui Festival Drama Pendek yang akan diadakan pada penghujung November 2011.
Sayembara merupakan satu alternatif untuk mempergiatkan usaha menangani masalah ketandusan skrip di Malaysia. Di samping itu, sayembara ini bermatlamat untuk menyemarakkan serta mempopularkan drama pendek dan menjadikan Stor Teater DBP sebagai pusat kegiatan dramatis muda tanah air.


SYARAT PENYERTAAN
·    Peraduan ini adalah untuk skrip yang ditulis dalam bahasa Melayu dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia;
·    Tema skrip adalah bebas, walau bagaimanapun, penulis digalakkan untuk menampilkan isu-isu semasa yang boleh meningkatkan jati diri bangsa dan nilai-nilai murni dengan mesej yang dapat mendidik dan membangunkan minda masyarakat. Naskhah yang ditulis juga hendaklah berlatarkan negara dan masyarakat Malaysia serta tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, sensitif, lucah dan boleh menimbulkan kegelisahan atau perasaan kurang senang kepada pembaca;
·    Naskhah yang dihantar mestilah karya yang belum tersiar di mana-mana sama ada dalam bentuk cetakan, stensilan dan belum diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan diumumkan;
·    Nama dan alamat peserta tidak boleh tertera pada naskhah yang dihantar. Butir-butir tentang penulis mestilah ditaip hanya pada borang yang disediakan sahaja;
·    Panjang sesebuah naskhah mestilah sesuai untuk pementasan selama tidak lebih daripada 30 minit dan ditaip langkau dua baris;
·    Peserta dibenarkan menghantar tidak lebih daripada lima (5) buah naskhah skrip;
·    Keputusan panel adalah muktamad. Walau bagaimanapun, sekiranya karya yang dihantar itu ternyata diciplak, penyertaan dengan serta-merta terbatal dan hadiah yang diterima hendaklah dikembalikan semula oleh peserta kepada pihak penganjur;
·    Peserta mestilah bersedia untuk menandatangani sebuah dokumen undang-undang yang mengesahkan keaslian karya yang dikirimkan sekiranya perlu. Urus setia berhak untuk meminta sebarang keterangan lanjut berhubung dengan karya tersebut;
·    Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat tidak akan dipertimbangkan;
·    Hak cipta karya drama dipegang oleh penulis sendiri. walau bagaimanapun, penulis hendaklah memberi hak izin kepada pihak penganjur untuk mengurus penerbitan secara elektronik, mekanik, rakaman, pementasan dan sebagainya bagi pihak penulis khususnya bagi karya-karya yang memenangi hadiah;
·    Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyunting karya yang diuruskan penerbitannya bagi pihak penulis;
·    Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirimkan melalui pos. Tanda penerimaan akan dihantar oleh Urus Setia bagi setiap penyertaan yang diterima;
·    Karya yang dikirimkan tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan membuat salinan naskhah tersebut sebelum menghantarnya kepada Urus Setia;
·    Ahli Urus Setia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Sayembara ini.


HADIAH

 Tempat Pertama: Wang Tunai RM2,000.00 & Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: Wang Tunai RM1,500.00 & Sijil Penyertaan


Peruntukan sebanyak RM2,000.00 diberikan untuk pementasan 5 skrip terbaik di Festival Drama Pendek anjuran DBP pada penghujung November 2011



TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
15 NOVEMBER 2011 (SELASA)


Hantarkan penyertaan kepada:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Zaiton Hussin :  03 – 21482922 [zaiton2@dbp.gov.my]
Nurul Aina      : 03 – 21482914  [nurulaina@dbp.gov.my]   
No. Faksimile: 03 – 2142 2029

2 comments:

Teratakerapung said...

Mahu cuba jugak.

CakapJerr said...

pementasan 2 dalam betuk teater ke vid?