Pages

Wednesday, December 23, 2009

Kajian Sastera Tentang Puisi Siber

Puisi Siber jarang diperkatakan, namun ianya semakin mendapat tempat di dunia maya. Ramai blogger menjadikan blog mereka sebagai media untuk menulis puisi siber. Kertas kerja berikut saya temui semasa menjelajah alam maya, semoga memanfaatkan anda semua.
Walau bagaimanapun, saya memerlukan kerjasama anda semua ataupun penulis asal kajian ini, sekiranya mengetahui penulis kertas kerja ini agar dimajukan kepada saya untuk dikreditkan disini.
Selamat membaca, menelaah dan mengkaji bagaimana sebuah tulisan berbentuk analisis dihasilkan.
KERTAS KERJA KOLOKIUM SASTERA DAN MEDIA BARU

Tema:

“KINETIK TIPOGRAFI DALAM PUISI SIBER”
Tarikh:
19 Oktober 2009

Tempat:
Dewan Mesyuarat PPIK

Anjuran:
BAHAGIAN KESUSASTERAAN, PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dan Penerbit USM



1. PENGENALAN
Dalam kebangkitan sastera multimedia di dunia termasuklah di Malaysia, paling banyak yang menerima impak ialah genre puisi. Oleh kerana sifatnya yang lebih ringkas dan lebih mudah dari genre sastera yang lain, puisi mendapat sambutan yang luar biasa dari penulis-penulis siber yang selama ini tidak berupaya mendapat tempat di dada-dada akhbar atau majalah. Dengan kemunculan era baru dalam berkarya iaitu menggunakan media elektronik, para pengkarya mula menghantar karya-karya mereka melalui internet dan ruangan yang disediakan untuk berkarya di laman-laman web. Dalam e-sastera sendiri, semenjak ditubuhkan pada tahun 2005, hinggalah sekarang, karya-karya yang dihantar sudah mencecah 12 ribu lebih. Lihat sahaja kebangkitan penulis-penulis baru yang datang dari segenap bidang dalam laman-laman web. Penulis ini ternyata tidak hanya terlingkung untuk golongan sastera sahaja.


Monday, December 21, 2009

Benarkah Dunia Maya Bebas Sepenuhnya?

Biarpun dunia maya menjadi semakin meriah dengan pelbagai ragam dan menjadi perhatian ramai, namun, perlu diingat bahawa komunikasi yang berlaku secara maya masih juga dilindungi undang-undang. Pelbagai tulisan dalam pelbagai bentuk masih lagi dilindugi undang-undang negara seperti akta fitnah, akta hasutan, akta hak cipta dan sebagainya.

Saya pernah kemukakan beberapa petikan dari pelbagai sumber tentang bagaimana emel mampu memberi kesan yang tidak terjangkakan apabila si penulisnya tidak berwaspada. Ianya boleh dirujuk di sini.


Thursday, December 17, 2009

Bahasa SMS II

Tulisan berikut saya perolehi dari blog Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (Supyan Hussin's Blog) sebagai bacaan tambahan untuk tajuk Bahasa Sms yang pernah saya upload di sini.

Selamat menghadam ilmu.


Bahasa SMSJuly 11, 2009 by supyanhussin
Di http://supyanhussin.wordpress.com/2009/07/11/bahasa-sms/

Benarkah bahasa SMS merosakkan bahasa Melayu?
Jika ya, sejauh manakah bahasa SMS merosakkan bahasa Melayu?

Peperiksaan Datang Lagi...

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus ZZZT 2213 Bentuk-bentuk penulisan bagi program Jarak Jauh di semua pusat kuliah seluruh negara. Semoga dapat menjawab dengan sempurna, mendapat markah yang baik, dan, memanfaatkan setiap ilmu yang ditimba.