Pages

Monday, April 19, 2010

Ciplak Melanggar Hak Cipta


Baru-baru ini, saya menemui artikel tentang pelanggaran hak cipta yang dilakukan oleh dua orang tenaga akademik dari Universiti Putra Malaysia. Sila layari laman sawang Malaysian Bar seperti berikut http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/upm_duo_in_plagiarism_scandal.html atau membaca petikan dibawah yang telah saya salin dari sana.
UPM duo in plagiarism scandalMonday, 14 September 2009 08:39am
©The Sun (Used by permission)

PETALING JAYA (Sept 13, 2009) : Two Universiti Putra Malaysia (UPM) lecturers are facing career-damaging action for plagiarism.

Six years ago, the two academicians–a professor and one who recently received her PhD – produced a reference book titled "Writing an Effective Resume" meant for management students on writing impactful resumes that would attract potential employers.

However, about a year ago, suspicions arose within academia that the book may have plagiarised materials of several American university websites, including Harvard and Albion College.

Investigations conducted by the university discovered that a "substantial" amount of the 64-page book was lifted almost word-for-word, albeit given a local touch.

It, among others, defines a resume and its purpose, making the resume appealing, networking, organising the employment portfolio and preparing curriculum vitae.

Higher Education Ministry director-general Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi acknowledged receiving the complaint and that investigations are ongoing.

"We certainly cannot accept plagiarism, especially in the higher education environment," he said, adding that punitive action would be taken under the Universities and University Colleges Act and Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act (Act 605).

"It is under the purview of the university. I spoke to the legal director and UPM is taking very serious action on the staff according to the Act," Radin Umar said in an email to theSun.

Investigations headed by UPM's Legal Department concluded that among the actions to be taken are that they repay royalties to the university, as well as a "severe reprimand on their personal file".

UPM vice-chancellor Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah told theSun in a recent interview that this would mean a slow climb up the rungs for the two authors.

"It's very difficult to prove plagiarism also because sometimes it's about expression but it's very unfortunate as they will have to suffer," he said, adding that one of the authors expressed sincere regret over the matter.

"It's the price you have to pay. It was unintentional and it's our first case of plagiarism and the printers suffer the biggest loss because the books cannot be sold," he said.

Nik Mustapha said the episode serves as a lesson to all university staff – deans, directors and senior officers – who have all been issued a warning on the severity of such acts.

He said the university has a Publications Committee which screens material to be published albeit it is focused on journals and articles, as part of the university's efforts to scale up the annual QS World University Rankings by Times Higher Education.

"UPM will have a sub-committee that will be dedicated to screen materials for books following this. Before the book is sent for publication, the draft of the material will need to get an endorsement from the Publications Committee," said Nik Mustapha.

The authors and publishers of the original material have not been notified.
Dalam bidang penulisan, sama ada menulis secara ilmiah ataupun menulis popular dan kreatif, hal-hal berkaitan hak cipta merupakan antara isu besar yang tidak boleh dipandang remeh. Cerita tentang kedua-dua pengsyarah berkenaan juga saya jumpai di laman sawang penerbit PTS yang boleh dilayari seperti berikut http://universitipts.com/index.php/site/comments/pensyarah_universiti_putra_malaysia_melakukan_plagiat/

Monday, April 05, 2010Pensyarah Universiti Putra Malaysia Melakukan Plagiat
Enam tahun lalu, dua orang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Turiman Suandi dan Dr. Zoharah Omar menulis dan menerbitkan buku bertajuk Writing an Effective Resume yang mengandungi bahan-bahan dalam bahasa Inggeris yang disalin daripada blog-blog universiti luar Negara.
Puan Ainon di PTS juga telah menulis dalam beberapa entri tentang hal-hal berkaitan plagiat, hak cipta dan undang-undang ini. Semuanya telah saya tampal di sini berserta alamat laman sawang berkenaan.
Tuesday, April 06, 2010
Tindakan yang Boleh Diambil Terhadap Pencuri Hakcipta

Katakanlah ada ayat-ayat dalam buku kita dicuri orang, maksudnya ayat-ayat dalam buku kita itu disalin oleh orang lain lalu diterbitkannya dalam artikel ataupun buku karangan si pencuri.

Apakah tindakan yang dapat dilakukan? Di sisi undang-undang kita mempunyai beberapa pilihan:
1. Membuat laporan polis. Perbuatan mencuri hakcipta adalah jenayah mencuri, serupa seperti jenayah mencuri harta orang lain. Apabila kita bawa kes kita kepada pihak polis, maka si pencuri itu akan dibicarakan di bawah undang-undang kanun kesiksaan. Apabila sabit kesalahan, dia dihukum sebagaimana kes pencurian yang biasa. Pilihan ini bukan pilihan popular disebabkan kita tidak mendapat apa-apa gantirugi.

2. Mengambil tindakan sivil. Dalam kes ini kita boleh ambil peguam bagi membawa kes kita ke mahkamah sivil. Apabila terbukti, kita boleh memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan si pencuri membayar pelbagai macam gantirugi. Kelemahan pilihan ini adalah kos guaman yang tinggi, di mana lazimnya penulis tidak mampu membiayai kos itu.
3. Meminta penerbit buku kita supaya mengambil tindakan sivil. Penerbit buku kita berhak membawa kes tuntutan sivil disebabkan kita mempunyai perjanjian penerbitan dengan penerbit. Apabila karya kita dicuri orang, penerbit itu turut menanggung kerugian. Kelebihan apabila tindakan sivil dibuat oleh penerbit adalah, lazimnya syarikat mempunyai sumber kewangan yang lebih besar daripada penulis, oleh itu penerbit mampu membiayai kos guaman. Apabila penulis yang membuat tuntutan, pampasan dibayar kepada penulis, dan apabila penerbit yang membuat tuntutan, pampasan dibayar kepada penerbit.
4. Laporkan kepada majikan si pencuri. Tidak ada majikan yang suka ada pencuri hakcipta di kalangan kakitangan mereka.
5. Laporkan kepada persatuan. Si pencuri mungkin menjadi anggota persatuan. Tidak ada persatuan yang suka anggotanya terlibat dengan perbuatan mencuri hakcipta.

Nota tambahan: Jika pencuri itu bukan orang yang mampu membayar pampasan besar, lebih baik ambil tindakan jenayah, bukan sivil. Biar polis yang menguruskan kes itu di bawah kanun keseksaan, di mana hukuman mandatori jenayah curi adalah penjara.

http://universitipts.com/index.php/site/comments/perbuatan_plagiat_ditegah_dalam_islam/
Tuesday, April 06, 2010
Perbuatan Plagiat Ditegah dalam Islam
Menurut Tn. Ustaz Saat Sulaiman, Majlis Fiqh Islamiyah telah mengeluarkan fatwa bahawa, "Nama dagang, nama perniagaan, jenama, karya penulisan, rekaan dan paten, semuanya adalah hak yang dimiliki oleh pencipta atau pengarang. Ia adalah sejenis harta kerana mempunyai nilai kewangan yang tinggi. Hak ini diakui oleh Syariah Islam dan tidak dibenarkan sesiapa melanggarinya." Fatwa ini diterbitkan dalam Majallat al-Majma', Vol. 3 (4), ms 1167).

http://universitipts.com/index.php/site/comments/hakcipta_bahan_dalam_internet/
Tuesday, April 06, 2010Bahan-bahan yang Terbit dalam Internet adalah Dilindungi Hakciptanya
Skandal 2 orang pensyarah Universiti Putra Malaysia yang memplagiat bahan-bahan dalam internet, lalu memasukkan bahan-bahan itu dalam buku mereka, tanpa melakukan citation, menunjukkan bagaimana meluasnya perbuatan mencuri harta intelek dari internet. Undang-undang harta intelek dan hakcipta negara kita melindungi apa jua hasil karya seni, baik yang terbit secara konvensional mahupun yang terbit dalam internet.

Istilah 'karya seni' termasuk ayat-ayat, gambar foto dan lukisan. Semuanya tidak boleh dicuri, yakni diambil, disalin, di-scan ataupun di-download bagi apa-apa tujuan yang menguntung kita, dan merugikan pemilik harta intelek itu.

Hukum mencuri tetap mencuri. Tidak ada istilah perbuatan mencuri yang dibenarkan, ataupun mencuri yang tidak dibenarkan.

Apabila tuan dan puan ke kedai buku, tuan dapat melihat bagaimana kulit-kulit buku yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit buku agama tradisional menimbulkan kesangsian berkenaan taraf hakcipta bahan-bahan grafik yang digunakan bagi menghiasi kulit-kulit itu.

Penerbit buku-buku agama tradisional di negara kita ini lazimnya tidak mempunyai jabatan editorial mahupun jabatan grafik. Justeru, dari manakah mereka mendapat bekalan bahan-bahan grafik yang digunakan pada buku-buku yang mereka terbitkan?

Jawabnya, mereka mengupah orang luar bagi melakukan tugas-tugas membuat layout dan membuat kulit-kulit buku itu. Orang-orang luar itu adalah individu-individu yang lazimnya tidak membeli bahan-bahan grafik secara sah disebabkan bahan-bahan itu mahal manakala upah yang dibayar oleh penerbit adalah murah. Justeru mereka menggunakan (baca, mencuri) bahan-bahan daripada sumber-sumber seperti internet, CD cetak rompak, buku, majalah, kalendar dan seumpamanya, yang di-download ataupun di-scan.
http://universitipts.com/index.php/site/comments/plagiarisme_adalah_jenayah_di_bawah_kanun_kesiksaan/

Wednesday, April 07, 2010
Plagiarisme adalah Jenayah di bawah Kanun Kesiksaan
Di Malaysia, sebagaimana pada peringkat antarabangsa, perbuatan memplagiat (mencuri) hakcipta milik pihak lain adalah jenayah yang diletakkan di bawah undang-undang kanun kesiksaan. Dalam kes-kes di mana (sebenarnya banyak berlaku) pensyarah universiti melakukan jenayah plagiarisme, implikasi perbuatan itu adalah serius:

(i) Berdusta dan menipu majikan dengan memberi gambaran palsu.
Sebagai tenaga akademik, antara kriteria mereka layak ditetapkan dalam jawatan dan dinaikkan pangkat adalah jumlah artikel dalam jurnal dan buku yang mereka telah terbitkan. Apabila artikel dan buku mereka mengandungi bahan-bahan yang dicuri daripada karya orang lain, perbuatan itu melibatkan jenayah menipu majikan dengan memberi gambaran palsu seolah-olah karya itu adalah karya yang 100% hasil kerja original mereka sendiri.

(ii) Mengaut keuntungan naik pangkat dengan cara menipu majikan.
Apabila seseorang tenaga akademik dinaikkan pangkatnya berdasarkan arikel ataupun buku yang diplagiat daripada karya orang-orang lain, mereka menikmati ganjaran kenaikan gaji dan lain-lain 'perks' dengan cara penipuan. Apabila ini berlaku bermakna majikan telah menanggung kerugian kewangan.

(iii) Merosakkan maruah dan reputasi majikan dan rakan sekerja.
Apabila perbuatan plagiat itu terdedah kepada pengetahuan awam, majikan mendapat nama buruk, manakala rakan-rakan sekerja juga mendapat nama buruk dan maruah mereka jatuh.
(iv) Menyebabkan majikan melakukan ketidak-adilan.
Majikan melakukan ketidak-adilan apabila menaikkan pangkat kakitangan yang mencuri manakala mereka yang tidak mencuri tidak dinaikkan pangkat.
(v) Berdusta, menipu, dan merugikan penerbit.
Menerbitkan artikel ataupun buku yang mengandungi bahan-bahan plagiat adalah kesalahan jenayah. Apabila penerbit menerbitkan bahan-bahan plagiat maka penerbit menanggung risiko (a) ditarik ke mahkamah, (b) kerosakan reputasi, dan (c) kerugian kewangan.

(vi) Mengaut keuntungan kewangan dengan cara merugikan pihak-pihak yang diplagiat.
Penulis artikel dan buku yang diterbitkan dibayar honorarium dan royalti. Ini bermakna si pencuri hakcipta itu telah mendapat keuntungan dengan cara-cara yang merugikan pihak-pihak lain.

Di sini juga, saya sertakan dua buah artikel yang ditulis oleh Nisah Haron. Kedua-dua artikel ini pernah diletakkan di laman sawang penulis berkenaan, (www.nisah.cjb.net). Saya tidak pasti adakah artikel ini masih lagi ada di sana. Kedua-dua artikel ini juga pernah dimuatkan dalam Majalah bulanan Tunas Cipta, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
RENCANAKARYA DICIPLAK !Oleh: Nisah Haji Haron (www.nisah.cjb.net)

Soalan: Apakah tindakan yang patut dilakukan sekiranya sebuah karya penulis diciplak oleh orang lain.

Isu penciplakan ini boleh dilihat dalam dua keadaan: sama ada penulis asalnya mahu menyelesaikan secara senyap-senyap ataupun menghebahkan perkara ini.

Apakah makna karya yang telah diciplak ini? Ia mempunyai beberapa maksud. Antaranya, karya tersebut telah diterbitkan tanpa izin penulis. Ataupun karya tersebut telah dihantar oleh penulis asal tetapi apabila diterbitkan, nama penulis lain yang dikembarkan dengan judul karya.
al ini membolehkan penulis asal hilang reputasinya sebagai penulis. Namun, penulis haruslah tidak terburu-buru dalam tindakan. Sekiranya karya yang dimaksudkan itu sebuah cerpen yang tersiar dalam majalah bulanan, misalnya, penulis asal boleh menyemak hal tersebut dengan editor. Sewajarnya editor akan menjelaskan keadaan tersebut.

Sekiranya masalah tersebut merupakan masalah teknikal, iaitu kesilapan menaip ataupun terlepas pandang sewaktu proses membaca pruf, hal tersebut boleh diselesaikan dengan mudah. Biasanya editor akan memohon maaf dan akan menyediakan ruangan “ralat” dalam edisi yang seterusnya.

Ini pernah berlaku dalam majalah Dewan Siswa sekitar akhir 90-an. Ketika itu penulis Zaid Akhtar sedang menempa nama dunia penulisan. Walau bagaimanapun, ketika cerpen beliau berjudul “Juara Yang Tewas” tersiar, majalah tersebut telah meletakkan nama penulis lain. Sebagai penulis dan mana-mana penulis sekalipun akan berasa amat kecewa. Namun setelah kesilapan tersebut disedari, pihak editorial membetulkan keadaan dengan menyiarkan ruangan ‘ralat’ dan memaklumkan hal yang sebenarnya.

Namun, ada hal yang lebih besar daripada kesilapan menaip, membaca pruf dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat juga penulis yang berani mengambil jalan pintas. Ada yang tidak terfikir bahawa para editor juga banyak membaca karya lain daripada majalah yang berbeza-beza. Jadi, penulis yang tidak bertanggungjawab ini menyalin bulat-bulat ataupun menyalin sebahagian besar daripada karya orang lain yang telah diterbitkan lalu dikirimkan kepada editor.

Sekiranya editor terlebih dahulu menyedari hal tersebut, tentu sekali editor tidak akan menyiarkan karya yang telah diciplak itu. Selepas daripada itu, editor akan mengambil ingatan bahawa karya penulis ini, biarpun karya aslinya, tidak akan disiarkan selama tempoh tertentu bergantung kepada polisi sesuatu majalah. Tindakan sebegini tentu sekali akan merugikan penulis tersebut.

Namun, jika editor terlepas pandang pada mana-mana karya ciplakan lalu menyiarkannya, penulis asal haruslah memaklumkan hal tersebut kepada editor. Oleh sebab tuduhan ini amat berat kerana tindakan penulis ciplakan itu telah melanggar peruntukan dalam Akta Hak Cipta 1987, penulis asal hendaklah membuktikan perkara ini kepada editor tersebut terlebih dahulu.
Penulis asal boleh membuktikan dengan beberapa cara. Sekiranya karya penulis asal itu telah diterbitkan dalam media lain, itu sebagai satu bukti kukuh. Majukan sahaja maklumat tersebut kepada editor sama ada dengan membawa yang asal (dengan datang sendiri bertemu editor) ataupun salinannya (boleh berurusan secara pos).

Jika karya asal masih dalam bentuk manuskrip iaitu ia masih belum diterbitkan tetapi telah diceduk oleh orang lain, pembuktian masih boleh dibuat dengan menunjukkan manuskrip asal ataupun proses-proses kreatif yang dicetak seperti draf awal manuskrip, proses pengeditan sendiri dan perkara-perkara yang berkaitan.

Akhir sekali, jika tiada tindakan yang diambil oleh pihak editor atau penerbitan dan sebagai langkah keselamatan, penulis asal hendaklah membuat laporan polis dengan menyatakan tujuan laporan, dan kronologi bagaimana karya tersebut dihasilkan sehinggalah karya tersebut diciplak oleh penulis lain ataupun pihak penerbitan yang tidak bertanggungjawab. Dengan adanya laporan polis, ini akan memudahkan proses seterusnya sekiranya penulis asal ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis ciplakan tersebut ataupun pihak penerbit.

PENULIS DAN HAKCIPTA
Oleh: NISAH HAJI HARON
Peguambela dan Peguamcara
(http://www.nisah.cjb.net/ )

HASIL karya seorang penulis adalah jerih payah katih fikirnya berlari bersama pena atau ketukan papan kekunci yang terserlah dari keresahan di sudut nalurinya. Bayangkan keresahan dan kesukaran melahirkan idea ke dalam bentuk yang boleh diamati dan dibaca khalayak serta jumlah masa dan tenaga minda yang dicurahkan bagi menghasilkan sesebuah karya. Sesungguhnya menjadi seorang penulis bukanlah suatu tugas mudah. Maka dari kesedaran inilah, undang-undang hakcipta wujud sebagai salah satu daripada cabang undang-undang harta intelektual.

Secara amnya, undang-undang harta intelektual terdiri daripada :
a) Hakcipta (Copyright)
b) Paten (Patent)
c) Tandaniaga (Trademark)
d) Rekabentuk (Design)

Hakcipta di Malaysia adalah satu rangka undang-undang yang wujud untuk melindungi hak-hak pencipta yang menghasilkan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. Dengan kata lain, hakcipta diwujudkan bagi maksud melindungi mereka yang mencipta hasil karya seperti ini ataupun mereka yang membeli hak-hak seperti ini.

Seorang penulis boleh mendapat perlindungan hakcipta seperti yang telah dijelaskan oleh Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) iaitu antara lain, novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, sejarah, biografi, karangan dan artikel, ensiklopedia dan kamus. Penulis juga telah diistilahkan dalam undang-undang hakcipta sebagai pembuat karya itu.

Walau bagaimanapun, undang-undang hakcipta tidak hanya melindungi hak-hak penulis atau pencipta di dalam karya mereka sama ada di dalam bentuk buku, pementasan drama, lukisan ataupun penciptaan muzik. Ia juga termasuk perlindungan ke atas hak-hak penerbit buku, penerbit filem serta penyiar.

Undang-undang hakcipta wujud di atas keperluan mengawasi dan merangsang pemasaran karya-karya sastera, muzik dan seni. Matlamat ini dicapai dengan memberi salinan dan keluaran ulangan karya bagi penyebaran dan jualan serta untuk memberi kuasa kepada orang lain menggunakan hak berkenaan.

Jika diteliti dengan betul, undang-undang hakcipta tidak bertujuan melindungi buah fikiran atau idea pengarang atau pencipta tetapi hanya cara penyampaiannya. Seksyen 7(3) Akta Hakcipta menyatakan bahawa:
“Sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidaklah layak mendapat hakcipta melainkan:
a) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; dan
b) karya itu telah ditulis, direkod dan selainnya dijadikan dalam bentuk bahan.”

Dengan erti kata lain, karya itu hendaklah dipindahkan daripada bentuk idea kepada bentuk penulisan ataupun direkodkan. Oleh itu, jelas bahawa perkara yang ingin dielakkan itu adalah perbuatan menceduk langsung, plagiat atau meniru sepenuhnya atau sebahagian daripada karya yang asli.

Undang-undang ini melindungi hak-hak penulis atau pencipta di dalam karya-karya mereka. Tujuan utama wujudnya undang-undang harta intelektual ini secara am dan khususnya undang-undang hakcipta adalah untuk merangsang perkembangan seni dan sastera untuk kepentingan masyarakat. Dalam masa yang sama ia memberi penghargaan yang sewajarnya kepada penulis dan pencipta tersebut. Dengan cara sebegini, adalah diharapkan supaya kreativiti di dalam bidang-bidang ini dapat diwujudkan di dalam usaha menyaksikan perkembangan positif seni dan sastera untuk generasi masa depan.

Meskipun undang-undang hakcipta tidak sama sekali melindungi idea yang masih belum dijadikan dalam bentuk bahan, kualiti sesuatu karya pula bukanlah satu kayu ukur untuk mendapat hakcipta. Secara nyata, Seksyen 7(2) Akta ini menerangkan bahawa “karya-karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan.”

Ini bermakna, selagi ia wujud dalam bentuk yang material dan tidak sekadar berada di minda atau tidak sekadar suatu konsep yang masih belum direkodkan, pencipta atau penulis itu masih boleh mendapat perlindungan hakcipta karyanya.

Perkara penting mengenai idea dan ekspresi penulis di dalam karya seringkali menjadi isu yang mengundang perdebatan. Akta ini tidak melindungi idea dengan tujuan supaya tidak wujud monopoli idea, maka setiap penulis berhak untuk menyampaikan sesuatu idea yang sama dalam cara penyampaian yang berbeza lagi kreatif. Undang-undang membenarkan mana-mana penulis untuk menghasilkan karya di atas suatu topik yang sama selagi penghasilan tersebut berbeza antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah jika kita berjumpa di toko-toko buku kisah Cinderella, Hang Tuah dan sebagainya dalam pelbagai versi. Setiap penulis karya tersebut mendapat hak perlindungan hakcipta.

Bagi membolehkan sesuatu karya mendapat hakciptanya, ia haruslah sebuah karya yang asli. Istilah asli di sini bukan sahaja bermaksud baru. Ini bermakna, karya tersebut bukan disalin atau diplagiat dari mana-mana sumber lain. Adalah memadai untuk kita amati di sini bahawa karya tersebut lahir dari tangan penulis yang berkenaan dan dia telah menggunakan kemahiran, usaha serta iltizamnya untuk menghasilkan karya tersebut.

Akta ini juga membenarkan pindahmilik hakcipta daripada seorang penulis kepada suatu pihak yang lain. Walau bagaimanapun, penyerahan hakcipta atau pemberian lesen oleh seorang penulis hanya boleh berkuatkuasa sekiranya ia dilakukan secara bertulis. Ini menunjukkan bahawa seorang penulis boleh memberi lesen kepada penerbit karyanya, ataupun seorang produser filem untuk membuat adaptasi, ataupun seorang penulis penulis skrip. Keadaan tersebut tidak melanggar hakcipta setelah penulis memberi kebenaran dan lesen kepada pihak yang lain bagi tujuan mewujudkan karya-karya terbitan (derivative works). Pemberian lesen tersebut pula tidak bermakna penulis menyerahkan hakmilik karyanya kepada pihak-pihak tersebut.

Perlanggaran hakcipta boleh berlaku secara langsung ataupun tidak langsung. Perlanggaran secara langsung berlaku apabila seseorang itu melakukan mana-mana perbuatan yang dikawal oleh Seksyen 13 Akta Hakcipta tanpa sebarang kebenaran daripada pemegang hakcipta.

Seksyen 13 tersebut berbunyi : “Hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem atau rakaman bunyi adalah hak eksklusif bagi mengawal dalam Malaysia –
a) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;
b) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;
c) siaran;
d) perhubungan melalui kabel; dan
e) pengedaran salinan-salinan karya kepada orang awam melalui penjualan, sewaan, pajakan atau pinjaman keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan.”

Dalam kes perlanggaran hakcipta secara langsung, bagi membuktikan bahawa suatu perlanggaran hakcipta berlaku, seseorang itu hendaklah membuktikan:
a) wujudnya persamaan bersifat objektif yang cukup (sufficient objective similarity) di antara karya asal atau sebahagian daripada karya asal dengan karya yang ditiru;
b) Terdapat kaitan antara karya asal dengan karya yang ditiru, iaitu karya terkemudian itu mestilah dapat ditunjukkan bahawa ia telah ditiru sepenuhnya atau sebahagian daripada karya asal tersebut; dan
c) Apa yang telah ditiru itu adalah perkara yang penting (substantial part) daripada karya asal tersebut.

Perlanggaran hakcipta secara tidak langsung pula berlaku apabila suatu transaksi komersial atau sebarang aktiviti diadakan berkaitan dengan salinan langgaran karya tersebut. Perbuatan yang termasuk di dalam aktiviti ini adalah menjual, mengedar atau mengimport karya yang dilindungi hakciptanya. Ini telah dijelaskan oleh Seksyen 36(2) Akta Hakcipta.

Apabila perlanggaran hakcipta telah dibuktikan berlaku, remedi di dalam undang-undang pula boleh diperolehi di dalam dua bentuk utama. Pertama, remedi sivil dan yang kedua dalam bentuk hukuman. Ini kerana, perlanggaran hakcipta boleh dikaitkan kepada kesalahan sivil ataupun jenayah.

Bagi remedi sivil, hak tersebut diberikan kepada pemegang hakcipta ataupun pemegang lesen yang telah diberikan oleh pemegang hakcipta. Ia terpulang kepada beliau sama ada tindakan sivil harus diambil kepada pihak yang telah melanggar hakciptanya. Dalam hal ini, penulis itu sendiri ataupun penerbit yang telah diberi lesen oleh penulis boleh mengambil tindakan sivil ke atas mana-mana individu yang melakukan perkara yang disenaraikan di dalam Seksyen 13 di atas tanpa kebenaran.

Bentuk-bentuk remedi yang boleh diperolehi oleh pemegang hakcipta apabila suatu perlanggaran hakcipta telah dibuktikan di mahkamah adalah gantirugi, perintah penahanan atau injunksi dan pembayaran keuntungan. Dalam kes-kes tertentu pula, mahkamah juga boleh memberikan gantirugi tambahan seperti sebarang faedah kewangan yang terkumpul akibat daripada perlanggaran tersebut.

Gantirugi diberikan oleh mahkamah dengan tujuan untuk meletakkan pemegang hakcipta itu kembali kepada keadaan asal sebelum perlanggaran itu berlaku. Perintah penahanan pula dikeluarkan oleh Mahkamah bagi menghalang pihak yang melanggar hakcipta daripada terus berbuat demikian kepada pemegang hakcipta. Ia boleh jadi perintah penahanan sementara ataupun perintah penahanan kekal. Sementara itu, perintah supaya pembayaran keuntungan dibuat kepada pemegang hakcipta oleh pihak pihak yang telah melanggar hakcipta tersebut itu pula bermaksud, keuntungan yang diperolehi setelah ditolak kos penghasilan karya.

Sementara itu, Seksyen 41 Akta Hakcipta pula menyenaraikan kesalahan-kesalahan perlanggaran hakcipta yang terletak di bawah bidangkuasa jenayah. Seksyen ini dengan jelas memperincikan bahawa sesiapa yang menjual, menyewa, mengedar, memiliki (selain daripada untuk kegunaan sendiri), mempamerkan atau mengimport satu salinan langgaran boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Seksyen ini juga menyebut mana-mana orang yang membuat atau ada dalam miliknya apa-apa alat yang boleh digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud untuk membuat salinan langgaran, maka dia boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM40,000-00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kawalan ke atas hakcipta diperolehi melalui undang-undang. Namun penguatkuasaan undang-undang sahaja tanpa kesedaran sosial yang tinggi tidak akan memberi erti kepada konsep hakcipta yang sebenarnya. Ramai di antara kita yang memperkecil-kecilkan perlanggaran Akta Hakcipta sebagai sesuatu yang tidak signifikan berbanding jenayah pembunuhan. Mungkin secara dasarnya ia tidak sehebat jenayah yang tersenarai di dalam Kanun Keseksaan, tetapi berapa ramai yang menyedari bahawa plagiat dan cetak rompak telah “membunuh” kerjaya dan tugas penulis dengan mengakui sesuatu yang bukan milik sendiri.

Secara keseluruhannya, undang-undang hakcipta wujud di dalam usaha untuk menghalang plagiat serta cetak rompak ke atas harta intelektual. “Rompakan” ke atas karya intelektual sesungguhnya adalah suatu “jenayah” yang kejam. Mengakui karya orang lain sebagai hasil kita sendiri benar-benar menjatuhkan moral seorang penulis itu sendiri terutama sekali apabila penulis itu mengambil jalan termudah bagi mencipta nama.

Sekiranya anda masih lagi memerlukan bahan bacaan tambahan tentang isu ini, bolehlah baca buku ini (dicopy terus dari blog rasmi penulisnya);



Selamat menelaah. Selamat membaca. Selamat menimba ilmu.
Selamat menghadapi peperiksaan juga.
Semoga penat lelah anda sepanjang semester ini mendapat hasil yang ranum.


No comments: