Pages

Friday, September 16, 2011

PERTANDINGAN MENULIS SKRIP ADAPTASI NOVEL KE FILEM 2011


PERTANDINGAN MENULIS SKRIP ADAPTASI NOVEL KE FILEM
anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka  
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Persatuan Pengarah Filem Malaysia

Latar belakang
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) adalah penganjur Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem bertujuan untuk menggalakkan penghasilan skrip filem  yang berkualiti tinggi yang diadaptasi daripada novel terpilih. 

objektif
Menghasilkan skrip filem berkualiti yang ceritanya diangkat daripada novel.
(ii)     memperbanyak penghasilan skrip filem yang berasaskan novel tempatan.
(iii)    Menggalakkan penulis skrip di Malaysia membuat adaptasi daripada novel tempatan
(iv)    Meningkatkan nilai tambah yang ada pada sesebuah novel itu sendiri.
(v)     Membantu seni filem tempatan dalam menghasilkan filem yang mempunyai kualiti cerita yang baik dan menarik.



Syarat Penyertaan:

1.             Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2.             Novel yang diadaptasi mestilah terbitan DBP yang telah ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan sahaja.
3.             Setiap skrip serta judul skrip mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan tidak bercampur aduk dengan bahasa lain.
4.             Skrip mestilah disertakan dengan sinopsis.
5.             Skrip filem cereka pawagam hendaklah meliputi masa tayangan dalam lingkungan 110 minit.
6.             Skrip mestilah asli dan belum pernah diterbitkan.
7.             Nama dan alamat penulis tidak boleh ditulis pada naskhah skrip tetapi hendaklah diisi dalam borang penyertaan.
8.             Skrip yang dikemukakan mestilah menggunakan format dan struktur skrip filem yang piawai dan ditaip langkau dua baris menggunakan kertas saiz A4 (kuarto), dan saiz taip 12 poin Arial.
9.             Hak cipta karya adaptasi yang berjaya mendapat hadiah pertama, kedua, ketiga adalah hak milik penganjur bagi tempoh selama lima (5) tahun sebelum menjadi hak milik penulis sepenuhnya.
10.         Satu naskhah setiap skrip yang memenangi hadiah akan disimpan oleh DBP dan FINAS untuk rujukan.
11.         Segala kos berhubung dengan penyertaan ini adalah tanggungan peserta.
12.         Bukti pos bukan bukti penerimaan.
13.         Urus Setia pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
14.         Semua naskhah skrip yang diterima tidak akan dikembalikan kecuali dimohon secara bertulis.
15.         Penganjur tidak bertanggungjawab jika ada sebarang tuntutan hak cipta oleh pihak lain ke atas skrip yang dikemukakan.
16.         Penganjur tidak bertanggungjawab jika skrip hilang semasa dalam pengiriman.
17.         Penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem sebelum atau pada 31 Disember 2011.
18.         Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan sebanyak dua (2) salinan dalam bentuk salinan cetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy). Setiap helaian skrip dicatat nombor folionya dan binding dalam bentuk ring binding.
19.         Keputusan panel juri adalah muktamad, kemenangan akan dibatalkan sekiranya peserta didapati melanggar syarat-syarat pertandingan.


Senarai novel yang boleh dipilih untuk diadaptasi:
1.         Sandera karya Arenawati
2.         Interlok karya Abdullah Hussein
3.         Empangan karya Zakaria Ali
4.         Pemberontakan karya Chian Jong Lai
5.         Bedar Sukma Bisu karya Faisal Tehrani


Hadiah:
Hadiah Pertama: Wang Tunai RM15,000.00
Hadiah Kedua: Wang Tunai RM8,000.00
Hadiah Ketiga: Wang Tunai RM5,000.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 Disember 2011

Hantarkan penyertaan anda kepada:

Urus Setia,
Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.


Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Encik A. Wahab bin Hamzah
03 - 2148 2348
Puan Roslida binti Mustapha
03 - 2148 2924
Puan Nurul Aina binti Borhan
03 - 2148 2914

No. Faksimile :  03-2142 2029

6 comments:

Anonymous said...

mana sy nak cari buku2 tu semua?01119697293..celcom sox..adelia

Anonymous said...

mana sy nak cari buku2 tu semua?01119697293..celcom sox..adelia

maharam said...

Cik Aadelia: novel-novel ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, kinokuniya, popular dll. Boleh juga pinjam di perpustakaan awam. Harap maklum.

Anonymous said...

lupakan kedai buku dan perpustakaan. buku tu memang susah nak cari. Pergi ke Menara DBP tingkat 25. Diorang ada sediakan salinan fotokopi untuk sesiapa yang nak masuk pertandingan.

Anonymous said...

juzkolme wana :
mana sy nk dpt borang tu???????
x jumpa la...leh send ke emel sy..
juzkolmewana@yahoo.com

maharam said...

Wana: terima kasih singgah. rasanya lebih mudah sekiranya anda email staf DBP seperti disertakan dalam entri. terima kasih.