Pages

Thursday, April 9, 2009

Lagi-Lagi Jenayah Siber II

Semua orang yang ada e-mel pasti sering terima e-mel memenangi pelbagai hadiah yang lumayan dari serata ceruk dunia. Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi. Malah, dalam sehari entah berapa banyak e-mel sebegitu yang masuk ke peti e-mel kita. Hal yang sama sudah pasti turut saya alamai. Setiap hari, antara kerja awal saya di pejabat adalah membersihkan entah berapa banyak hadiah yang dikirimkan itu.

Hal ini pernah saya tulis sebelum ini. Sila rujuk semula entri Bulan Mac 2009 yang berjudul Lagi Lagi Jenayah Siber untuk mengetahui perinciannya. Entri saya kali ini masih lagi menyebut tentang kehadiran e-mel “berharga” lumayan ini. Walau bagaimanapun entri kali ini lebih istimewa kerana e-mel yang saya terima itu “terlalu istimewa”. Kalau dalam entri pertama dahulu, e-mel bahasa Melayu yang saya terima itu begitu indah, tersusun dan baik penggunaan bahasa Ibunda saya itu, e-mel yang saya terima kali ini pula agak berbeza.

E-mel ini juga saya terima dalam bahasa Melayu. Namun, keistimewaannya akan dapat anda baca apabila membaca secara keseluruhan e-mel berkenaan nanti. Tulisan yang saya warnakan dengan warna merah merupakan e-mel asal yang saya terima, manakala tulisan berwarna hijau merupakan terjemahan yang saya buat menggunakan enjin terjemahan di http://www.citcat.com/ tanpa melakukan sedikitpun pengubahsuaian. Jadinya, anda boleh bezakan sendiri e-mel berkenaan seperti saya titipkan di bawah;

Date: Tue, 24 Mar 2009 12:12:18 -0700 (PDT)
Subject: PENEBUSAN PETRONAS HADIAH-HADIAH.
From: "Petroliam Nasional Berhad"
Reply-To: eghcsp@pd.jaring.my
User-Agent: SquirrelMail/1.4.8-4.0.1.el5.centos.2
To: undisclosed-recipients:;undisclosed-recipients:
X-Brightmail-Tracker: AAAAAw4Cgy8OA3mJDgN/EQ==

Petroliam Nasional Berhad(PETRONAS).
Menara 1
Kembar Petronas Menara-menara
Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur(KLCC)
50088 Kuala Lumpur
Malaysia

Petroliam Nasional Limited(PETRONAS).
Tower 1
Petronas's Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre(KLCC)
50088 Kuala Lumpur
Malaysia


PETRONAS satu Utama minyak dan Gas Multinational Of PILIHAN bangganya mengumumkan untuk anda sebagai satu daripada dia Dua Puluh Lima (25) pemenang bertuah di seluruh dunia dalam ia adalah Secured Online Promotion.

PETRONAS a Utama oil and Gas Multinational Of PILIHAN proudly announced for you as one of he Twenty Five (25) lucky winners worldwide in it is Secured Online Promotion.

Anda adalah kerana itu bertajuk untuk satu bayaran Jumlah DUA JUTA RINGGIT MALAYSIA (MYR2,000,000.00) dalam menunaikan kategori.

You are therefore entitled for one Jumlah DUA JUTA RINGGIT's payment MALAYSIA (MYR2,000,000.00) in cashing category.

Ini Promosi telah diputuskan pada Prestigious Petronas Menara-Menara Kembar (Kini Bangunan Paling Tinggi di dunia) Kuala Lumpur, Malaysia melalui satu dijamin mengautomatikkan undi berkuasa di mana lebih 50,000 emel dikemukakan dari di seluruh dunia telah membuat kutipan seri. Tujuan untuk ini Promotion adalah satu jalan untuk menghargai semua pelanggan siapa telah merendah-rendahkan kami sejak bertahun-tahun kedua dari Malaysia dan di seluruh dunia seperti satu keseluruhan, promosi juga memperlengkapi pada membawa PETRONAS hampir dunia untuk pengiklanan jenamanya yang indah produk.

This Promosi was held in Prestigious Petronas Menara-Menara Twin (Now Bangunan Paling Tinggi in the world) Kuala Lumpur, Malaysia through one guaranteed automate powerful vote where more 50,000 email addresses from worldwide has collected for draw. Purpose for this Promotion is one road to appreciate who all customers had been disparaged we since second years from Malaysia and worldwide such as a whole, promotion also geared in bring PETRONAS almost world to his brand advertising aesthetical products.

Ekoran adalah anda memenangi Informations untuk disimpan rahsia, ejen tuntutan anda adalah dibenarkan hanya orang anda adalah dikehendaki untuk mendedahkan informations untuk untuk pemprosesan:

Following is you won Informations to be kept secret, your claim agent are permitted only your people is required to unveil informations to for processing:

NOMBOR TIKET ------------------60876KS652M,
MEMENANGI NOMBOR ------------------ 85083457
RAFEL MENARIK NOMBOR ------------------1982 02
NOMBOR KESELAMATAN ------------------------- 0202.
NOMBOR RUJUKAN----------------- PET/ 43824394763/08

TICKET NUMBER ------------------60876KS652M,
WON NUMBER ------------------ 85083457
RAFFLE ATTRACT NUMBER ------------------1982 02
SECURITY NUMBER ------------------------- 0202.
REFERENCE NUMBER----------------- PET / 43824394763/08

Anda menjadi Authorised / Mandated oleh pemberitahuan yang mengambil serta merta untuk berhubung dengan tuntutan-tuntutan anda pegawai yang hak anda telah didrafkan untuk untuk bantuan maju dan pembayaran.

You be Authorised / Mandated by notification which took immediately to relating with your claims you officer that authority has been drafted to to developed help and payment.

HADIAH MEMBEBASKAN JABATAN
Petroliam Nasional Berhad(PETRONAS)
Menara 1
Kembar Petronas Menara-menara
Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur 50088 Kuala Lumpur
Malaysia
TEL: +60169079006 (ada ke nama sebesar petronas tu guna no henpon weh! Tolonglah!)
EMEL: eghcsp@pd.jaring.my
EN. Martin Jeffrey.


PRIZE FREE DEPARTMENT
Petroliam Nasional Limited(PETRONAS)
Tower 1
Petronas's Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre 50088 Kuala Lumpur
Malaysia
TEL: 60169079006
EMAIL: eghcsp@pd.jaring.my EN. Martin Jeffrey.



Semua Ahli dan kakitangan Of PETRONAS mengucapkan tahniah anda kerana mewujudkan seorang pemenang bagi promosinya sebagai kami berharap yang anda akan mengambil masa untuk Patronize kami dalam masa terdekat untuk mempunyai satu rasa jenama Exquisite kita produk.

All Member and Of PETRONAS's staff congratulate you for being a winner for his promotion as we hope you will take time to Patronize we in the near future to have one Exquisite brand's sense we products.

Awak Punya Benar-benar,
Puan. Mariam Binti Abdullah..
Penyelaras dalam talian,
PETRONAS BERCAGAR PROMOSI DALAM TALIAN,
Judi Program Antarabangsa.
Terbuka 7 hari 8 Pagi - 11 Malam.

Yours Really,
Puan. Mariam Binti Abdullah..
On-line coordinator,
PETRONAS MORTGAGES ON-LINE PROMOTION,
Programme Gambling International.
Open 7 day 8 Pagi - 11 Night.


Apa pendapat anda? Apa perasaan anda?
E-mel berkenaan telah saya salin dan kirimkan ke SKMM [the Malaysian Communications and Multimedia Commission atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia] untuk aduan dan tindakan lanjut.

Kenapa perlu buat aduan? Menurut pihak berkuasa, jika sesuatu perkara itu tidak diadu oleh orang awam, pihak berkuasa tidak dapat lakukan siasatan untuk kes berkenaan walaupun pihak mereka mengetahui wujudnya kejadian tersebut. Jadinya, bila buat aduan sebegini, pihak berkuasa boleh bertindak. Kononnyalah. Saya manalah tahu secara terperinci kerana tak ada “rakan rapat” di SKMM.

Memandangkan e-mel berkenaan dalam bahasa Melayu yang sangat “baik” bentuknya, sudah pastilah ditujukan kepada orang Malaysia yang buta Bahasa Inggeris. Apalagi bila alamat e-melnya dari JARING. Bukan sebarang orang daftar diri dengan jarring. Emel berbayar tu. Saya sendiripun hanya gunakan e-mel PERCUMA yang berlambak boleh didaftarkan seberapa banyak yang nak menggunakan pelbagai nama pula. E-mel saya adalah seperti berikut;


From: maharam [mailto:maharam@ukm.my]
Sent: Wednesday, March 25, 2009 11:00 AM
To: Aduan SKMM
Subject: E-mel menang Loteri

Assalamualaikum warah matullah dan salam sejahtera,
Saya merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM.

Saya selalu menerima e-mel tentang memenangi banyak cabutan bertuah dan loteri tetapi semuanya berpengkalan di luar negara. Salah satu daripadanya dalam bahasa malaysia sangat sangat baik tulisannya. (pihak tuan boleh baca petikan e-mel tersebut dalam blog sata di http://maharamdotcom.blogspot.com)

Pagi ini saya menerima satu lagi e-mel berbahasa malaysia yang begitu buruk tulisannya. Berdasarkan pemerhatian saya, e-mel berkenaan telah ditranslate daripada Bahasa Inggeris. Saya agak ia beroperasi di Malaysia berdasarkan alamat e-mail yang disertakan (menggunakan jaring). Saya tak pasti, sebab itu saya e-mel kepada pihak tuan.

Saya bimbang, penularan kes sebegini di Malaysia akan memburukkan keadaan terutama pada zaman ketidakseimbangan ekonomi sebegini. Semoga pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

bersama ini saya sertakan salinan e-mel tersebut, iaitu seperti berikut; (Tak perlulah saya ulang lagi sekali e-mel di atas)


Sehari selepas menghantar e-mel kepada pihak SKMM, saya telah menerima balasan e-mel dari SKMM yang sebenarnya di CC kan kepada saya. E-mel tersebut SKMM tujukan kepada PETRONAS;


Subject: FW: E-mel menang Loteri
From: "Aduan SKMM"
To: ,
Cc: , "Shaharliza Mohd Saman"


Tuan/Puan,
Pihak SKMM telah menerima aduan dari Encik Maharam Mamat berhubung penerimaan emel ganjaran dari Petronas yang dihantar oleh individu/pihak yang diragui kesahihannya.

Memandangkan aduan tersebut adalah berkenaan PETRONAS, mohon penjelasan dan pengesahan dari pihak tuan/puan terhadap kesahihan emel ganjaran ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Aduan Melalui Internet : http://aduan.skmm.gov.my/
Talian Aduan : 1800 888 030 (8:30am-5:30pm, Isnin-Jumaat)
Faks : 603 8688 1880
Laman Web : www.skmm.gov.my

Pihak PETRONAS pula telah member maklum balas seperti berikut;

Subject: RE: E-mel menang Loteri
From: "Webmaster \(CAU/PETH\)"
To: "Aduan SKMM"
Cc: , "Shaharliza...snip... mesralink@petronas.com.my>


Tuan/Puan,

PETRONAS ingin memaklumkan kepada umum bahawa penyebaran e-mel berkenaaan “Penebusan PETRONAS Hadiah-hadiah’ yang sedang rancak disebarkan melalui laman maya adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

E-mel penipuan itu juga mengandungi maklumat berkenaan agen yang perlu dihubungi untuk bantuan dan penebusan hadiah.

PETRONAS ingin menegaskan bahawa pihak PETRONAS dan anak-anak syarikat tidak pernah menganjurkan promosi seperti yang dinyatakan di dalam e-mel berkenaan dan meminta pihak umum supaya tidak membalas e-mel tersebut.

Nasihat ini juga dipanjangkan kepada e-mel dan khidmat pesanan ringkas yang menggunakan nama PETRONAS sama ada berkenaan penebusan hadiah, cabutan bertuah atau peraduan.

PETRONAS telah memaklumkan perkara di atas kepada pihak yang berwajib.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,
Webmaster


Beberapa hari saya menunggu kalau-kalau kedua-dua pihak ini CC kana pa-apa maklumat kepada saya lanjutan tentang perkara ini. Namun, senyap dan sunyi. Diam. Akhirnya, saya yang masih lagi tertanya-tanya telah mengambil keputusan untuk mempersoalkan tentang perkara ini kepada mereka dengan menghantar e-mel seperti berikut;




To: "Webmaster \(CAU/PETH\)" , "Aduan SKMM"
Subject: RE: E-mel menang Loteri
Cc: "Shaharliza Mohd Saman" , "MesraLink \(CSC/PDB\)"

Assalamualaikum warah matullah dan salam sejahtera,

terima kasih dengan maklum balas dari pihak tuan yang agak segera itu. Persoalannya, bagaimana hal sebegini akan dibendung? Cukupkah sekadar menyatakan kepada saya yang e-mel itu palsu? bagaimana dengan pengguna atau penerima e-mel yang lain?

Terima kasih dengan usaha pihak tuan.

yang benar,
Maharam Mamat


Sayangnya, hingga kini tiada apa-apa maklum balas atau apa-apa e-mel dari kedua-dua pihak. Namun, dua hari selepas semua aduan berkenaan, saya terbaca satu berita dalam Harian Metro dalam satu ruang yang kecil dan tersorok letaknya. Berita berkenaan adalah seperti berikut;


MY Metro 31 Mac 2009 di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20090330183246/Article/index_html


Abaikan e-mel penebusan hadiah Petronas

KUALA LUMPUR: Petronas hari ini menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan sebarang bentuk e-mel yang diterima mengenai penebusan hadiah promosi dalam talian yang kononnya dianjurkan oleh syarikat itu.

Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas, pihaknya tidak pernah mengendalikan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak bagi menganjurkan sebarang skim penebusan hadiah atau promosi dalam talian seperti yang disebarkan dalam Internet.

Menurut kenyataan itu lagi, e-mel terbabit mengandungi butiran mengenai ejen tuntutan yang boleh dihubungi untuk bantuan dan urusan pembayaran. Hadiah ditawarkan adalah palsu dan didalangi individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

Saya tidak tahu apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. Saya juga tidak tahu apakah dalang disebalik semua ini sedang diawasi ataupun hanya setakat ini sahaja. Kalau boleh saya memang nak tahu apa yang terjadi, namun…apa boleh buat, memang tak ada sesiapa pun yang sudi beritahu saya perkembangan terkini tentang kes ini. Apapun, saya tetap mengharapkan semoga tidak ada orang yang terperangkap dengan e-mel berbahasa Melayu yang teramat tidak enak untuk dibaca ini. Sudahlah e-mel ini memang nak menipu, bahasanya pula memang merosakkan Bahasa Melayu pula. Kalaupun nak menipu orang, cubalah terjemahkan bahasa Melayu tu elok-elok sikit. Boleh?

Kalau anda tahu siapa yang buat terjemahan Bahasa Melayu tu, sila sampaikan pesan saya ya: Terjemah Bahasa Melayu tu elok-elok sikit! Nak kata guna sistem PPSMI, memang tak logik pun!

Satu lagi bentuk e-mel yang memang berniat untuk menjerat mangsa diutuskan oleh sang jejaka yang mengumpan cinta buat si dara. Bahasa diguna memang berbunga-bunga. Menyentuh kalbu. Mohon maaf, e-mel sebegitu telah saya musnahkan, jadinya tidak dapat dinyatakan di sini sebagai contoh. Kiranya ada, saya memang begitu pasti andainya anda juga turut tertawan. Sebabnya? Saya juga memang tertawan dengan kemanisan kata dan keindahan puji yang diberikan kepada anda. Anda begitu dihargai. Disayangi. Padahal, kita tidak pernah kenal pun dia. Secara sukarela, tanpa dipinta juga dia akan berikan fotonya yang kacak dan tampan. Memang benar-benar boleh jatuh cinta. Terasa bagai jadi heroin filem bond. Apalagi bila diberitahu yang dia telah belikan kita hadiah perkenalan berupa rantai mutiara, computer riba, coklat bermutu tinggi dan rantai tangan. Romantik bukan? Rasa macam seronok sangat nak jatuh cinta!


e-mel itu kelihatan lebih Nampak macam betul apabila sebuah syarikat penghantaran akan hubungi anda melalui e-mel memohon nama, alamat dan nombor telefon anda untuk semua urusan penghantaran. Anda juga boleh mengesan di mana bungkusan itu berada pada setiap masa secara online. Benar-benar Nampak macam betul. Saya pernah memesan buku secara online melalui amazon di http://www.amazon.com/ Jadinya, saya ada sedikit pengalaman tentang hal sebegitu. Hanya, syarikat penghantaran yang digunakan si penyangak ini tidak kita ketahui asal usulnya. Sama macam Pos Malaysia juga, hanya orang Malaysia sahaja yang tahu kewujudannya kan.

Syarikat penghantaran ini akan meminta anda membuat bayaran tertentu untuk kos penghantaran (biasanya berjumlah ribu-ribu ringgit). Namun apalah sangat dengan ribu-ribu itu kalau nak dibandingkan cintanya yang begitu agung hingga sanggup berikan anda banyak hadiah. itu baru hadiah salam perkenalan. Kalau sambut ulang tahun tak tahulah macam mana. Kalau kahwin nanti, entahkan satu pulau diberikan pada kita kan?


Sekiranya anda termakan umpan sebegini, anda akan terima akibatnya seperti yang pernah dialami oleh mangsa ini. Saya tampalkan satu berita tentang perkara ini seperti yang saya temui dalam Harian Metro pada isnin 23 mac 2009 yang boleh anda layari di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090323091708/Article/index_html



Mangsa cinta siber rugi RM5,000

KUALA LUMPUR: Terpedaya dengan pujuk rayu dan cinta palsu lelaki warga asing yang dikenali melalui Internet, seorang wanita kerugian hampir RM5,000 selepas diminta memberikan wang untuk mengambil satu bungkusan hadiah dikirim kepadanya.

Kerani berusia 43 tahun mengenali lelaki terbabit yang tinggal di London tidak sampai dua minggu melalui laman sembang di Internet sebelum suspek meluahkan perasaan cinta kepada wanita berkenaan. Selepas berjaya ‘menundukkan’ mangsa dengan janji manis, lelaki terbabit menghantar satu bungkusan mengandungi cincin, satu set barang kemas, komputer riba dan telefon bimbit sebagai hadiah kepada mangsa. Wanita yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengambil hadiah yang diberikan suspek.

Menurut sumber, mangsa dimaklumkan sebuah syarikat kurier di United Kingdom untuk membuat pembayaran RM4,700 ke dalam satu akaun individu jika ingin mengambil bungkusan berkenaan.


Disebabkan mahu mengambil hadiah dikirim lelaki itu, mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun diberikan wakil syarikat kurier itu tanpa berfikir panjang. Katanya, selepas wang berkenaan dimasukkan mangsa menghubungi syarikat kurier berkenaan untuk mengambil bungkusan berkenaan, namun pekerja di situ memaklumkan bungkusan terbabit ditahan kerana tiada sijil insurans.

“Pekerja itu turut memaklumkan mangsa perlu menunggu panggilan yang akan dibuat wakil syarikat kurier terbabit,” katanya. Menurutnya, mangsa menerima panggilan dari wakil kurier berkenaan beberapa hari kemudian yang mengatakan bungkusan itu boleh diambil jika dia menjelaskan bayaran RM12,000.

Berasakan ada sesuatu yang tidak kena, mangsa tidak mengendahkan arahan dan membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini, kelmarin.


Dunian semakin maju. Kemajuan itu menjadikan semua perkara boleh dijual, termasuk cinta. Mmmm masih adakah cinta sejati musim ini?

No comments: