Pages

Friday, May 7, 2010

Pertandingan Menulis Puisi Anti‐Rasuah UKM 2010


Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar dengan kerjasama Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM akan mengadakan Pertandingan Menulis Puisi Anti Rasuah UKM 2010.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penulisan kreatif serta mengumpul hasil karya puisi mahasiswa/I UKM dalam usaha menerbitkan Buku Antologi Puisi ANTI‐RASUAH UKM.

Sehubungan dengan itu, individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, syarat‐syarat penyertaan adalah seperti berikut:

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada siswa-siswi sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2. Tema puisi yang dipertandingkan adalah berdasarkan tema yang diberi iaitu berkaitan anti-rasuah dan integriti.
3. Puisi yang dipertandingkan haruslah hasil karya dan ciptaan sendiri sahaja, yang belum pernah dibukukan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbit.
4. Puisi yang dihasilkan juga haruslah sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu. Bait-bait puisi yang mengandungi unsur negatif, provokasi, unsur lucah, unsur keganasan yang berlebihan, cacian dan maki hamun atau penggunaan bahasa kasar dan carut yang boleh menjejaskan imej mahasiswa, menggugat ketenteraman awam, keselamatan Negara, nilai keagamaan, moral, etika dan budaya bangsa adalah dilarang.
5. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
6. Sekiranya syarat-syarat yang tersebut di atas tidak dipatuhi, pihak juri berhak membuat keputusan bahawa puisi tersebut tidak diambil kira untuk pemarkahan.

Peserta adalah layak menghantar seberapa banyak puisi yang ingin dipertandingkan.Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan seperti yang dilampirkan dan menghubungi pihak urusetia bagi mengesahkan penyertaan. Borang penyertaan beserta puisi yang ingin dipertandingkan hendaklah sampai kepada pihak penganjur sebelum 16 Julai 2010.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada urusetia di alamat:
Urusetia,
PERTANDINGAN MENULIS PUISI ANTI‐RASUAH UKM 2010
Pusat Kebudayaan,
Jabatan Perkhidmatan Pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
( u.p : Puan Noor Faliza Hanim Roslan)
No.Telefon : 03‐89214739/5342
No. Fax : 03‐89258810
Borang peraduan boleh dimuat turun di sini

4 comments:

iXoRa said...

Tumpang tanya, borang penyertaan pertandingan ini perlu di ambil di mana?

maharam said...

sdr iXora,

Saya dah letakkan link untuk muat turun borang penyertaan. sekiranya tidak dapat, bolehlah bertanyakan pihak urusetia.

selamat menyertai dan selamat menulis.

Anonymous said...

Salam,
bila keputusan menulis puisi ini akan diumumkan?Lama gak menunggu ni

maharam said...

Sdr tidak bernama,
wsalam,
sila tanya dengan pihak penganjur. Saya hanya mempromosikan peluang untuk menyertai pertandingan menulis sahaja. Harap maklum.