Pages

Tuesday, February 15, 2011

Stail Eewwwww Moncong-Moncong Mulut

Ramai anak muda kini suka menerima sesuatu yang baru dengan mudah. Budaya paling jelas kini adalah bahasa sms yang akan memendek-mendekkan perkataan. Cuba lihat contoh ayat di bawah;

Apa pendapat anda?
Apalh budk skrg ni, minum arak cm minum air teh je…xtau ke bende tu haram? klu adik aku dh lma aku pelangkung dgn kayu..Sedih tgk org melayu skrg….
I kan nak go sanalah
Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl
2nang dier ni bks bfrn bdk 2
Tht prnces is bad, suka kcu org
Tunang dia ni ex-bfrn tht boy



Tak salah anda pendekkan istilah terutama bila menggunakan SMS yang sangat terhad ruangnya. Namun, kependekan berkenaan biarlah berpada-pada. biarlah tidak mencacatkan keindahan bahasa kita. bira juga difahami oleh orang yang menerimanya.

Bagaimana pula jika melibatkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan “untuk menjimatkan ruang” seperti penggunaan “ewwww”, “nyerrrr”, “skunk”, “ittew” dan sebagainya. Semakin banyak ruang yang digunakan, semakin panjang istilah pula.


 
Apa kata kita hayati video di bawah yang dihasilkan seorang remaja berumur 20 tahun ini?



Bersetuju dengan pandangan beliau? Sekiranya sayangkan Bahasa Melayu, apa kata kita ikut sahaja nasihat remaja kacak ini.

Saya pernah menulis tentang Bahasa SMS dan Bahasa SMS II yang mengandungi fonomena bahasa SMS yang semakin hangat melanda. Kajian ilmiah telah dilakukan, dan hasilnya…cukup mendukacitakan. Sebagai warga yang ada rasa tanggungjawab terhadap keberterusan Bahasa Melayu, sama-samalah kita perjuangkan bahasa ibunda kita itu.

No comments: