PERTANDINGAN MENULIS
SKRIP ADAPTASI NOVEL KE FILEM
anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Persatuan Pengarah Filem Malaysia
Latar belakang
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) adalah penganjur Pertandingan
Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem bertujuan untuk menggalakkan penghasilan
skrip filem yang berkualiti tinggi yang
diadaptasi daripada novel terpilih.
objektif
Menghasilkan skrip filem berkualiti yang ceritanya
diangkat daripada novel.
(ii) memperbanyak
penghasilan skrip filem yang berasaskan novel tempatan.
(iii) Menggalakkan
penulis skrip di Malaysia membuat adaptasi daripada novel tempatan
(iv) Meningkatkan
nilai tambah yang ada pada sesebuah novel itu sendiri.
(v) Membantu
seni filem tempatan dalam menghasilkan filem yang mempunyai kualiti cerita yang
baik dan menarik.
Syarat
Penyertaan:
1.
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2.
Novel yang diadaptasi mestilah terbitan DBP yang telah ditentukan oleh
jawatankuasa pertandingan sahaja.
3.
Setiap skrip serta judul skrip mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan
tidak bercampur aduk dengan bahasa lain.
4.
Skrip mestilah disertakan dengan sinopsis.
5.
Skrip filem cereka pawagam hendaklah meliputi masa tayangan dalam
lingkungan 110 minit.
6.
Skrip mestilah asli dan belum pernah diterbitkan.
7.
Nama dan alamat penulis tidak boleh ditulis pada naskhah skrip tetapi
hendaklah diisi dalam borang penyertaan.
8.
Skrip yang dikemukakan mestilah menggunakan format dan struktur skrip filem
yang piawai dan ditaip langkau dua baris menggunakan kertas saiz A4 (kuarto),
dan saiz taip 12 poin Arial.
9.
Hak cipta karya adaptasi yang berjaya mendapat hadiah pertama, kedua, ketiga
adalah hak milik penganjur bagi tempoh selama lima (5) tahun sebelum menjadi
hak milik penulis sepenuhnya.
10.
Satu naskhah setiap skrip yang memenangi hadiah akan disimpan oleh DBP dan
FINAS untuk rujukan.
11.
Segala kos berhubung dengan penyertaan ini adalah tanggungan peserta.
12.
Bukti pos bukan bukti penerimaan.
13.
Urus Setia pertandingan berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan.
14.
Semua naskhah skrip yang diterima tidak akan dikembalikan kecuali dimohon
secara bertulis.
15.
Penganjur tidak bertanggungjawab jika ada sebarang tuntutan hak cipta oleh
pihak lain ke atas skrip yang dikemukakan.
16.
Penganjur tidak bertanggungjawab jika skrip hilang semasa dalam pengiriman.
17.
Penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia Pertandingan Menulis Skrip
Adaptasi Novel ke Filem sebelum atau pada 31 Disember 2011.
18.
Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan sebanyak dua (2) salinan dalam
bentuk salinan cetak (hard copy) dan
salinan lembut (soft copy). Setiap
helaian skrip dicatat nombor folionya dan binding
dalam bentuk ring binding.
19.
Keputusan panel juri adalah muktamad, kemenangan akan dibatalkan sekiranya
peserta didapati melanggar syarat-syarat pertandingan.
Senarai novel yang boleh dipilih untuk diadaptasi:
1. Sandera karya Arenawati
2. Interlok karya Abdullah Hussein
3. Empangan karya Zakaria Ali
4. Pemberontakan karya Chian Jong Lai
5. Bedar Sukma Bisu karya Faisal Tehrani
Hadiah:
Hadiah Pertama: Wang Tunai RM15,000.00
Hadiah Kedua: Wang Tunai RM8,000.00
Hadiah Ketiga: Wang Tunai RM5,000.00
TARIKH TUTUP
PENYERTAAN: 31 Disember 2011
Hantarkan
penyertaan anda kepada:
Urus Setia,
Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 25, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA
LUMPUR.
Untuk
pertanyaan, sila hubungi:
Encik A. Wahab bin Hamzah
|
03 - 2148 2348
|
|
Puan Roslida binti Mustapha
|
03 - 2148
2924
|
|
Puan Nurul Aina binti Borhan
|
03 - 2148
2914
|
No. Faksimile :
03-2142 2029
6 comments:
mana sy nak cari buku2 tu semua?01119697293..celcom sox..adelia
mana sy nak cari buku2 tu semua?01119697293..celcom sox..adelia
Cik Aadelia: novel-novel ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, kinokuniya, popular dll. Boleh juga pinjam di perpustakaan awam. Harap maklum.
lupakan kedai buku dan perpustakaan. buku tu memang susah nak cari. Pergi ke Menara DBP tingkat 25. Diorang ada sediakan salinan fotokopi untuk sesiapa yang nak masuk pertandingan.
juzkolme wana :
mana sy nk dpt borang tu???????
x jumpa la...leh send ke emel sy..
juzkolmewana@yahoo.com
Wana: terima kasih singgah. rasanya lebih mudah sekiranya anda email staf DBP seperti disertakan dalam entri. terima kasih.
Post a Comment