Pages

Showing posts with label Din Beramboi. Show all posts
Showing posts with label Din Beramboi. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Apabila Rafiqin Darwisy Tiba-tiba Menjadi Satu Fonomena Maya

Ada apa dengan Rafiqin Darwisy yang tiba-tiba sahaja bagai menjadi satu fonomena di alam maya? Tersohor sangatkah dia hingga semua orang sibuk bercerita tentangnya sama ada secara maya atau di dunia nyata? Siapakah dia yang bergelar Rafiqin Darwisy itu, sehinggakan menjadi buah mulut ramai mengalahkan angkasawan pertama negara Dato’ Shaik Muzafar Shukor?

Nama Rafiqin Darwisy menjadi hangat selepas pelawak Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad) meninggal dunia pada 2hb April 2010 (22 disember 1966 - 2 april 2010) kerana kegagalan fungsi organ dalaman badan akibat denggi. Kehilangan pelawak, pelakun, DJ radio, pengacara dan sebagainya ini mendapat liputan yang meluas dalam semua mediamassa termasuk di dunia maya. Biarpun ramai yang menangisi kehilangan ini, namun kemunculan tulisan Rafiqin Darwisy di Facebooknya yang bersifat menghina orang yang telah pergi menimbulkan kemarahan ramai sehingga Facebooknya menjadi medan caci maki dan penghinaan.

Saya telah banyak kali memaparkan tentang isu batasan kebebasan yang ada dan wujud secara maya dalam blog ini terutamanya dalam tajuk Bebaskah Menulis Secara Maya?. Sila baca semula tajuk ini untuk lebih memahami isu-isu yang berkaitan. DrMaza juga telah mengulas hal ini di blog beliau yang boleh dibaca sebagai rujukan tambahan.