Pages

Sunday, November 21, 2010

Nama Anda Menjadi Daya Tarik ke Web Lucah?

Pernah tak anda mencari nama anda sendiri di alam maya? Berapa banyak yang anda jumpa?

Saya merupakan antara orang yang sangat berhati-hati meninggalkan nama di alam maya. Profesyen saya yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam memerlukan saya menjaga nama baik sendiri dan nama baik JPA serta profesyen yang saya pegang. Jadinya, saya perlu pastikan nama saya bersih daripada sesuatu yang bersifat tidak profesional.

Amat sukar untuk menjaga nama baik sendiri dan institusi pada zaman dunia tanpa sempadan seperti sekarang. Ketika maklumat boleh dicapai di hujung jari, saya masih lagi perlu membataskan semua maklumat tentang diri sendiri agar tidak disalahgunakan oleh orang yang berkepentingan. Pada ketika Perdana Menteri Malaysia juga mempunyai jaringan rakan sosialnya di alam maya, saya masih juga belum mendaftar Facebook hanya kerana tidak mahu begitu terdedah dengan unsur negatif berkenaan. Ada ketikanya, saya terlihat bagaikan fobia dengan dunia tanpa sempadan, namun saya mempunyai sebab yang tersendiri.

Dalam setahun, saya akan menyemak nama sendiri di alam maya beberapa kali. Kenapa? Perasan popular? Tidak. Saya tidak sukakan populariti. Jika saya mahu popular, sudah tentu saya akan menjadi artis, bukannya kerja di Jabatan perkhidmatan Awam sebegini. Jadinya, untuk apa saya menyemak nama sendiri di dunia maya?

Pertamanya, untuk melihat berapa banyak tentang saya diperkatakan di dunia maya. Sudah tentu saya mahukan sesuatu yang baik sahaja agar reputasi saya sentiasa terjaga. Kedua, adakah hasil kerja saya diterbit seperti sepatutnya dan mudah dicapai secara online. Maksudnya, adakah tulisan saya atau semua kegiatan yang saya sertai dan lakukan seperti penyelidikan, pembentangan kertas kerja atau artikel saya telah disiarkan di merata tempat secara maya. Dah tentu semua ini sangat penting kerana ia akan menyerlahkan kepakaran saya kepada umum. Semakin banyak nama saya disebut, karya dan tulisan saya diterbitkan secara maya atau bercetak, serta semakin tinggi capaian terhadapnya akan mengukuhkan nama saya dalam bidang berkenaan.

Ketiga, adakah terdapat tulisan tertentu yang memburukkan nama saya? Ini sangat penting kerana saya perlu menjaga nama baik sendiri dan institusi tempat saya berkerja. Hal-hal buruk yang ditulis tentang saya boleh menyebabkan nama baik saya tercalar. Ini juga boleh menyebabkan masyarakat umum memandang rendah terhadap saya.



Tuesday, November 9, 2010

RISISITA III

Program Hari Apresiasi Puisi Cinta, RISISITA III anjuran Pusat Pengajian Umum, UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 21hb Oktober 2010 di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Encik Azlan Ahmad sebagai penyelaras program RISISITA III dalam ucapan alu-aluannya telah berpantun sebagai pembuka kata;

Harum bau si bunga serai,
Bawa berdagang di hujung kuala;
Risisita iii menyingkap tirai,
Tanda majlis puisi bermula.

Monday, October 11, 2010

Apresiasi Puisi Cinta (RISISITA) 3

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Umum akan menganjurkan Hari Apresiasi Puisi Cinta (RISISITA) buat kali ke-3. Pertandingan mencipta dan mendeklamasi puisi ini menampilkan para peserta yang terdiri daripada pelajar nusantara dan pelajar antarabangsa. Berikut adalah maklumat mengenai acara ini:



ACARA: RISISITA 3-Hari Apresiasi Puisi Cinta 3 (Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasi Puisi Pelajar Antarabangsa)
Tarikh: 21 Oktober 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Panggung Seni, UKM
Pakaian: Kebangsaan / Batik

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Azlan (Tel: 012-2635017) atau Puan Zuraini (Tel: 012-4151675).

Program ini Risisita siri 2 pada tahun 2009 boleh dibaca di PANTUN RISISITA II

Program melibatkan pelajar antarabangsa lain adalah Juadah Antarabangsa yang mendapat liputan di TV9 yang anda boleh lihat gambarnya di Lensa Kamera.


cerita tentang ini boleh dibaca di Kosmo! Dan banyak blog pelajar berkenaan.

Anda tidak akan rasa rugi untuk hadiri acara yang melibatkan pelajar antarabangsa sebegini kerana pelbagai kelainan akan dapat disaksikan terutama melibatkan pelbagai budaya.


Foto: koleksi aktiviti PPU (Juadah Antarabangsa). Jurukamera: Bob.

Sunday, October 10, 2010

Undang-Undang Dan Penulisan

Sebelum menelaah entri ini sepenuhnya, sila baca entri saya terdahulu di Etika dalam Penulisan untuk lebih memahami secara kasar tentang pematuhan yang diperlukan apabila menulis.

Pelbagai fonomena berkaitan penulisan, terutama secara maya boleh dibaca di entri-entri berikut sebagai contoh pelanggaran etika dan akta secara maya yang sepatutnya tidak dilakukan; Apabila Rafiqin Darwisy Tiba-tiba Menjadi Satu Fonomena Maya dan Salleh Groger Samsa di Facebook. Sila baca juga entri Bila Menulis Secara Maya sebagai bacaan tambahan.

Undang-undang tidak membezakan antara penulis dengan rakyat lain dan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada mereka. “Penulis” kontaks ini bukan bermakna, anda perlu mengistiharkan diri sebagai penulis secara sepenuh masa atau melibatkan diri dalam dunia penulisan, namun, ia bererti: sesiapa sahaja yang menulis sama ada secara sepenuh masa, sambilan ataupun menulis sebagai hobi dan menyebarkannya (sama ada dalam bentuk bercetak atau secara maya). Sekiranya tulisan berkenaan tidak dibaca oleh orang lain dan hanya catatan peribadi yang tidak disebarkan, kemungkinan untuk penulis berkenaan diambil tindakan sangat rendah, kecuali ia disebarkan kemudiannya (dengan persetujuan penulis atau tanpa persetujuan).

Friday, October 1, 2010

Mengapa Berlaku Plagiat

Azizan Kadir Dot Com dalam blognya telah menulis tentang Plagiarism Fenomena Atau Trend. Anda boleh ke blog beliau ataupun baca artikel berkenaan yang telah saya salin dan tampal seperti di bawah:

Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. “Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying another’s work, or brrowing someone else’e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.