Pages

Wednesday, September 22, 2010

Salah Laku Moral di Internet

Abd Aziz, Ahmad Shamsul and Ooi, Yeng Keat (2002). Salahlaku moral menerusi Internet: satu tinjauan. Jelapang, 3 (1). pp. 55-61.

Boleh dimuat turun secara maya di http://eprints.uum.edu.my/id/eprint/391

SALAHLAKU MORAL MENERUSI INTERNET: SATU TINJAUAN

Ahmad Shamsul Data' Abd Aziz’, Ooi Yeng Kea


abstrak

Kecanggihan internet jauh mengatasi alat-alat kornunikasi lain yang sedia ada pada zaman ini. Lantaran itu, orang ramai telah banyak menggunakan internet sebagai alat komunikasi sama ada untuk tujuan perhubungan atau penyebaran maklumat dalam kehidupan harian. Bagaimanapun, kemudahan internet yang disediakan telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak apabila mereka menggunakannya sebagai medium untuk melakukan gangguan sehual seperti menghantar gambar lucah kepada rakan lain, melakukan plagiarisme akademik dan melayari laman web lucah. Salahlaku moral ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada satu perbuatan jenayah yang serius. Justeru itu, artikel ini akan cuba membincangkan definisi salahlaku moral menerusi internet,mengupas faktor penyebab kejadian ini tevadi, serta mencadangkan beberapa lmgkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan pihak berkuasa dalam membendung gejala ini daripada term berleluasa.


PENGENALAN

Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan, kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu, teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan atau melancarkan proses urusan perniagaan harian. Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin kepada peru bahan ini khususnya dalam proses perniagaan. Ia juga dipanggil era mengubah secara mendalam institusi ekonomi, revolusi teknologi maklumat yang akan sosial dan kebudayaan (Johnston et al., 1998).

Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai gangguan seksual elektroni k atau e-harassment (Towns, 2000).

Dalam bidang akademik pula, perbuatan plagiarisme di kalangan para pelajar semakin berleluasa. Ramai pelajar pada masa kini begitu mudah ‘mencuri’ dan menciplak karya penulis lain untuk dijadikan sebagai tugasan mereka untuk dihantar kepada pensyarah (Auer & Kruper, 2001 & Laird, 2001). Perbuatan tidak bermoral ini timbul lantaran terdapat begitu banyak sekali laman web yang menawarkan perkhidmatan

tersebut seperti Researchpaper. com dan Term papers-on-file. corn (Hricko, 1998). Selain itu, perbuatan melayari laman web lucah juga dikatakan semakin meningkat terutamanya di kalangan remaja. Keadaan bertambah buruk apabila keupayaan setiap keluarga di Malaysia yang mampu memiliki komputer semakin bertambah sejajar dengan usaha kerajaan mewujudkan konsep ‘Satu Keluarga Satu Komputer’. Kawalan yang kurang daripada pihak ibu bapa telah memudaratkan lagi keadaan Sementara itu, kajian

yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati golongan pelajar menjadikan laman web lucah sebagai tempat melepaskan tekanan ketika belajar (Salina, 2001).


APA ITU SALAHLAKU MORAL MENERUSI INTERNET?

Salahlaku moral menerusi internet bukanlah suatu perkara baru tetapi kebelakangan ini ia telah dibincangkan secara meluas. Artikel ini akan menumpukan kepada tiga aspek perbincangan utama iaitu gangguan seksual di tempat kerja, kegiatan plagiarisme di kalangan pelajar dan juga keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda yang melayari internet. Secara ringkasnya, salahlaku moral menerusi internet merupakan satu perbuatan yang melanggari etika penggunaan internet dengan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ta!asusila dan salah di sisi undang-undang.

Gangguan seksual menerusi internet di tempat kerja merupakan salah satu bentuk atau cabang gangguan seksual. Gangguan seksual menerusi internet secara umumnya boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:

i. gangguan seksual yang hanya berlaku di internet sahaja iaitu di alam siber.

ii. gangguan seksual di internet yang bertukar menjadi gangguan seksual di alam nyata dan yang lebih berbentuk fizikal (Cyberangels, 1999).

Gangguan seksual menerusi internet boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya penghantaran e-me1 yang tidak diingini oleh seseorang yang berbentuk mengancam dan lucah kepada seseorang lain (McGraw, 1 995). Ini merupakan gangguan seksual menerusi internet secara langsung di mana ia melibatkan sabotaj secara elektronik, iaitu menghantar mesej lucah dalam bentukjunk e-mail kepada mangsanya atau dikenali juga sebagai spamming (Ellison & Akdeniz, 1998). Penghantaran ini biasanya dilakukan dengan menghantar mesej lucah kepada ratusan mangsa dan bukan hanya kepada seorang sahaja.

Gangguan seksual menerusi internet juga boleh berlaku dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan chatting. Gangguan h i berlaku dalam keadaan penghantaran pesanan serta mesej yang berunsur seksual dan perihal aktiviti seks dengan mangsa melalui talian Internet Relay Chat (IRC) atau Usenet (Cyberangels, 1999). Ia berlaku dalam situasi seperti seseorang bertanyakan soalan berbentuk peribadi yang menyentuh perkara sulit yang tidak sepatutnya disoal. Antaranya ialah mengenai bentuk fizikal badan ataupun kegiatan seks pasangannya (Bell, 1999). Manakala CyberstaZking pula merupakan bentuk gangguan yang tidak langsung yang merujuk kepada penggunaan internet, e-me1 atau alat komunikasi elektronik lain untuk mengganggu pengguna lain secara berterusan (Hatcher, 2000).

Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan informasi, pelajar di institusi pendidikan boleh memperolehi segala maklumat akademik yang diperlukan dengan mudah. Internet dalam ha1 ini telah memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar. Pelajar hanya perlu memasukkan alamat laman web yang diingini, maka segala maklumat yang dikehendakinya akan terpapar pada layar komputer dengan sekelip mata. Malangnya, kepesatan kemudahan internet telah memberi peluang kepada pelajar melakukan plagiarisme di dunia akademik (Weiner & Whittington, 1998).

Lantaran itu, apakah yang dimaksudkan plagiarisme akademik? Menurut Love dan Simmons ( 1998) plagiarisme akademik ialah perbuatan mengambil sesuatu karya, pemikiran atau idea seseorang dan mengiktirafnya sebagai hasil kerja sendiri. Pelajar hanya memuat turun karya atau idea seseorang daripada internet dan menterjemahkannya untuk dijadikan hasil tugasan. Mengapakah perbuatan plagiarisme menerusi internet boleh terjadi? Terdapat beberapa faktor penyumbang yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah seperti kaedah ‘cut and paste ’ daripada internet didapati lebih mudah daripada menaip semula bahaF-bahan yang diperoleh dari sumber-sumber rujukan (Zack, 1998). Selain itu, faktor masa juga menjadi penyumbang plagiarisme kerana mencedok daripada internet menyebabkan seseorang pelajar dapat menghabiskan tugasan yang diberi dengan cepat (Schneider, 1999).

Selain itu, melayari laman web lucah juga dikatakan salahlaku moral menerusi internet. Kemudahan melayari internet pada era teknologi sesungguhnya merupakan satu perkara yang senang. Ini berikutan tiada terdapat sebarang tapisan terhadap bahan- bahan dalam internet. Fenomena ini menyebabkan ramai remaja khususnya yang dikatakan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mencari laman-laman web seks untuk memenuhi naluri tersebut.


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Sehubungan dengan itu, kes salahlaku moral menerusi internet haruslah diberi perhatian serius sebelum ia merebak dan pihak terbabit dikehendaki mengambil tindakan tegas dalam menangani kejadian tersebut daripada bermaharajalela. Untuk itu, langkah-langkah seperti berikut wajar diambil:

a) Gangguan seksual di tempat kerja:

i) Syarikat perlulah melaksanakan polisi untuk mencegah penyalahgunaan

ii) Syarikat juga boleh mewujudkan prosedur kekilanan berhubung dengan perkhidmatan e-mel gangguan seksual menerusi internet.

Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaan dengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan boleh memanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-me1 yang lucah. Mekanisme ini termasuklah:

i) mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantar tertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan tertentu apabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja rasmi.

ii) program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidak disenangi dalam e-mel.

iii) prosedur mengaudit e-me1 secara rawak.

Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan Komuni kasi 1 998'memperuntukkan:-

Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yangmenggunakun perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikunkandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnyadengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggumana-mana orang.

Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan jika seorang individu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau mengancam orang lain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l(ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 menyatakan:-

“Seseorang yang melanggar sub@) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,OOO. 00 atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM I,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripadasehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit. ”


Plagiarisme Akademik

Di antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengelak dari melakukan perbuatan salahlaku tersebut ialah seperti:

i) Pelajar harus memberi kredit atau penghargaan terhadap apa-apa idea, cadangan atau teori yang diambil menerusi internet. Selain itu, pelajar juga dikehendaki membuat petikan terhadap setiap penulisan atau idea penulis asal (www.indiana.edul-wts/wts/plagiarism.html.

ii) Para pensyarah haruslah meminta pelajarnya mengemukakan nota-nota tugasan, draf serta rangka tugasan (Bruno, 2001). Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengepilkan senarai bahan rujukan yang telah digunakan semasa membuat sesuatu t ugasan.


Melayari laman web lucah

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan. Lantaran itu, kawalan dan pemantauan haruslah ketat agar anak mereka tidak berpeluang melayari laman web seks pada ketika ibu bapa tiada di rumah. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui anak-anak. Disamping itu, kesedaran individu amat penting kerana kecenderungan melakukan perbuatan tersebut akan mempengaruhi individu untuk melakukan jenayah seksual (Kingsmill, 1997). Pegangan agama yang kuat dalam sanubari juga harus ditekankan.


KESIMPULAN

Salahlaku moral menerusi internet perlu dipandang serius oleh semua pihak. Dengan perkem bangan teknologi internet yang begitu pesat, pengguna haruslah sent iasa ingat bahawa kegunaan internet untuk tujuan yang memanfaatkan dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting pengguna-pengguna internet menyemai dan memupuk kesedaran dalam diri masing-masing terhadap penggunaan internet yang betul. Sekiranya setiap pengguna mempunyai sifat sebegitu, maka salahlaku moral menerusi internet akan dapat dibendung. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan pensyarah bolehlah juga mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar mereka tentang etika penggunaan internet yang betul bagi mem banteras perbuatan salahlaku moral menerusi internet.


RUJUKAN


Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Auer, N. & Krupar, E.M. (2001). Mouse click plagiarism: The role of technology in plagiarism and the librarian’s role in combating it. Library Trends, 49(3).

Bell, V. (1999). Gender harassment on the internet. Available at: http://www.ssy.edu/-lawpw/lawand.papers/harass.html.  

Bruno, D.(2001). When students cheat, don’t blame the internet. Christian Science Monitor, 93(12 1 ).

Cyberangels. (1 999). How to protect yourselfand your children. Available at:


Ellison, L. & Akdeniz, Y. (1998). Cyberstalking: The regulation of harassment on the

internet. The Crimal Law Review, (Special Edition), 29-47.

Fox, P. (1999). Sexual harassment via on-line technology. Available at:


Hatcher, C. (2004). Cyberstalking and electronic harassment. Available at:


Hricko, M. ( 1 998). Internet plagiarism: Strategies to deter academic disconduct.


Johnston, D., Handa, S. & Morgan, C. (1998). Cyber law. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.

Kingsmill, A. (1 997). The internet immoral or indispensable? Available at:


Laird, E. (2001). We all pay for internet plagiarism. Education Digest. 67(3).

Love, P. & Simmons, J. ( 1998). Factors influencing cheating and plagiarism among graduate students in a college of education. College Student Journal, 32(4).

McGraw, D. ( 1995). Sexual harassment in cyberspace: The problem of unwelcome email. Rutgers Computer and Technology Law Journal, 492.

President’s Working Group. (2000). The electronic frontier: The challenge of unlawful conduct involving the use of the internet. A report of the president ’s workinggroup on unlawfil conduct on the internet.

Salina Ibrahim. (2001). Web lucah – Sasaran pelajar lepaskan tekanan. Available at: http://www.utusan.com.my/utusan/tools/search_engine/aspsearch.asp.  

Schneider, A. (1999). Why professors don’t do more to stop students who cheat: some who have tried say that administrator, fearful or lawsuits, don’t back them up. Chronicle of Higher Education, 45(30), 8- 10.

Towns, D.M. (2000). Sexual harassment law in the technology era. Available at: http://www.gigalaw.com/artices/towns-2000.  

Weiner, J. & Whittington, C. (1 998). Academic misconduct and the internet. Avai lable at: http://www.gsuiaw.gsu.edu/?lawand?papers/su98?misconduct?html  

Writing Tutorial Services, Indiana University, Bloomington, IN. Available at: http://www.indiana.edu/~wts/wts/pIagiarism.html.  

Zack, I. (1998). Universities finding a sharp rise in computer-aided cheating. New York Times. Lexis Nexis online.

No comments: