Pages

Monday, September 24, 2012

Pengalaman Menulis Novel Thriller Ramlee Awang Murshid


Ramlee Awang Murshid yang diputrakan pada 4 November 1967 merupakan anak kelahiran Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979), pendidikan beliau diteruskan ke Sabah College (1980-1984), seterusnya memperolehi Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, B.A (Hons) juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang melanjutkan pengajian di UKM, Ramlee pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Komunikasi (2000), Watikah Penghargaan Khas (2001) dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media Dan Komunikasi UKM (2002).



sumber: Google


Tuesday, September 18, 2012

Petua Mendapat Markah Bonus dalam Peperiksaan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat membaca.


Tulisan ini pernah disiarkan di 100 Penulis.

Saya memang pasti, tak ramai yang menulis tentang hal ini, bagaimana mendapat markah bonus apabila menjawab kertas peperiksaan. Petua ini tidak terdapat dalam mana-mana buku di dunia (saya agak sahaja, belum ada kajian dibuat). Namun, apa yang bakal saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang mengajar dan menanda markah untuk peperiksaan.

Sudah pasti semua pensyarah mahukan jawapan yang tepat dan betul apabila anda menjawab soalan peperiksaan. Walau bagaimanapun, pensyarah anda juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada stress terutama apabila perlu memberi markah pada musim peperiksaan. Pada waktu-waktu sebegini, mereka biasanya akan kekurangan tidur dan rehat, sekaligus sama ada sedar atau tidak turut mempengaruhi emosi sedikit sebanyak.

Semua tips dan petua yang anda akan baca nanti hanya relevan untuk kertas peperiksaan yang bersifat esei sahaja. Selain jawapan dan huraian yang anda berikan sebagai jawapan, pensyarah anda juga mengharapkan agar anda:

1. Menulis jawapan dengan kemas dan teratur

Pastikan anda menulis dengan kemas, teratur dan tulisan anda senang dibaca. Ini sangat penting terutamanya jika pensyarah anda seorang yang berkacamata macam saya. Bermakna, pensyarah anda itu rabun. Apabila dia seorang yang rabun, dia sangat mengharapkan agar anda menulis dengan tulisan yang mudah dibaca, bukannya seperti tulisan Tuan Doktor yang sengaja “mencacingkerawetkan” tulisannya.

Hurailah jawapan anda itu secara panjang lebar, menyertakan contoh atau kadangkala juga perlu menerangkan serba sedikit tentang contoh berkenaan. Apabila soalan peperiksaan anda bersifat esei, anda tidak hanya perlu menulis fakta semata-mata seperti yang anda hafal, namun sebenarnya, huraian terhadap fakta itulah yang memberi markah paling tinggi.

Kalaupun anda ‘menggoreng” jawapan tersebut, pastikan agar “gorengan” anda itu sesuai dan tidak “rentung”. Ini bermakna, jawapan anda itu tidak sahaja berdasarkan nota kuliah yang anda dapat semasa dalam dewan kuliah, tetapi juga berdasarkan pembacaan anda yang luas. Ada ketikanya, keluasan ilmu pengetahuan yang anda ada dari luar bilik darjah itu membuatkan pensyarah anda lebih tertarik dan “menganugerahkan” markah bonus kepada anda. Ketahuilah, apabila anda menjawab soalan berbentuk esei, tidak ada skima yang salah mengenainya kecuali memang fakta yang anda kemukakan itu bertentangan dengan jawapan asal. Bagaimana anda menghuraikan pendapat dan menyokongnya dengan fakta akan mempengaruhi keseluruhan markah.