Pages

Monday, September 24, 2012

Pengalaman Menulis Novel Thriller Ramlee Awang Murshid


Ramlee Awang Murshid yang diputrakan pada 4 November 1967 merupakan anak kelahiran Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979), pendidikan beliau diteruskan ke Sabah College (1980-1984), seterusnya memperolehi Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, B.A (Hons) juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang melanjutkan pengajian di UKM, Ramlee pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Komunikasi (2000), Watikah Penghargaan Khas (2001) dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media Dan Komunikasi UKM (2002).



sumber: Google

Segmen resensi bersama Ramlee Awang Murshid di Selamat Pagi Malaysia

bahagian 1

 

Bahagian 2

 

Dalam penulisan kreatif, Ramlee Awang Murshid memilih menghasilkan novel genre "thriller" dan seram dengan karya pertama beliau berjudul IGAUAN MAUT (terbitan 1995). Novel ini telah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah bagi tahun 1995/1996. Novel Pei Pan telah memenangi tempat kedua bagi Hadiah Sako Novel Nasional 2002, malah novel yang sama turut menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah pada tahun 2004/2005. Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 sekali lagi menjadi milik Ramlee Awang Murshid menerusi novel Bagaikan Puteri. Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 diterima beliau menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3). Pada tahun 2010 pula, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan dinobatkan sebagai novelis prolifik daripada Alaf 21. Pada 2012 pula, Ramlee Awang Murshid telah menerima Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa.


Ramlee Awang Murshid dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9

 


Senarai Novel Ramlee Awang Murshid
  1. Igauan Maut - 1995, DBP
  2. Tombiruo - 1998, Alaf21
  3. Ranggau - 1999, Alaf21
  4. Anugerah Pertama - 2000, CESB
  5. Mandatori - 2000, Alaf21
  6. Semangat Hutan - 2001, Alaf21
  7. Pei Pan - 2002, UPDSB
  8. ADAM - 2002, Alaf21
  9. Satu Janji - 2003, Alaf21
  10. Tombiruo Terakhir - 2004, Alaf21
  11. Rahsia Perindu - 2005, Alaf21
  12. Bagaikan Puteri - 2005, Alaf21
  13. Hatiku Diharajuku - 2006, Alaf21
  14. Cinta Sang Ratu - 2007, Alaf21
  15. Ungu Karmila - 2008, Alaf21 (dipasaran Dis 07)
  16. Hijab Sang Pencinta - 2008, Alaf21 (dipasaran Okt 08)
  17. Personal Justice (ADAM versi English) - 2008, Alaf21
  18. Mikhail - 2009, Alaf21
  19. 9 Nyawa - 2010, Alaf21 (dipasaran Nov 09)
  20. Cinta Sufi - 2010, Alaf21 (dipasaran Mac 10)
  21. Rayyan Fantasi - 2011, Alaf21 (dipasaran Dis 10)
  22. Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf
  23. Fiksyen 302 - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Dis 11)
Rakaman Slot Resensi dari program Selamat Pagi 1Malaysia di TV1 pada 5 Januari 2012.

 

Dalam temubual ini, Ramlee Awang Murshid telah berkongsi tentang teknik-teknik yang digunakan semasa menghasilkan novel terbaru beliau berjudul Fiksyen 302 dan perancangan untuk melakukan adapatasi novel Tombiruo ke layar perak.

Trailer Novel Sutera Bidadari



Beliau yang bertugas sebagai wartawan penyiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur sejak 1986 berjaya lari daripada tema cinta yang sering menjadi fokus utama penulis novel masakini. Beliau berjaya membuka ruang untuk genre lain bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselami dengan cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.

Sumber: alaf 21 & KelabRAM


No comments: