Pages

Showing posts with label phising. Show all posts
Showing posts with label phising. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Nur Fatima Binti Abdullah Mengganas Lagi

Saya pernah menulis tentang hal ini dalam blog ini secara panjang lebar dalam entri yang anda boleh baca di sini. Sekalipun saya sudah ceritakan secara panjang lebar tentang hal ini, saya masih lagi menerima emel yang menggunakan cara yang sama. Namapun masih sama. Setiap patah perkataan dalam emel ini juga sama. Tidak ada perbezaan sedikitpun. Dan hari ini, ketika membuka kotak emel rasmi saya di maharam@ukm.my, saya terima dua emel hanya selang sehari. Dia memang tak sabar, tak serik dan belum kaya sepenuhnya lagi. Kalau tidak, dia tak akan hubungi saya semula. Ataupun sebenarnya, dia dah lupapun dia pernah berkomunikasi dengan saya lewat emel sebelum ini.

Paling mudah, saya fikir, dia sebenarnya tidak tahu dan fahampun bahasa melayu seperti yang didakwanya. Kalau dia faham, dah tentu dia dah baca blog saya. Dah tentu dia tahu betapa helah dan penipuannya itu telah saya perincikan dalam blog ini. Jadinya, apa kata kita teruskan permainan ini?

Wednesday, July 21, 2010

Emel Palsu Daripada LHDN

Saya mendapat emel berikut pagi tadi;

X-AuditID: cab93006-b7b65ae000007ab8-48-4c464ccbe4a7
To: undisclosed-recipients:;undisclosed-recipients:
From: "Tax-Payment@hasil.gov.my"
Subject: New email message from Inland Revenue Board of Malaysia !
Date: Tue, 20 Jul 2010 21:25:52 -0400
X-Mailer: Microsoft Outlook Express 6.00.2600.0000
X-Brightmail-Tracker: AAAACQ1CkeMOid9+E4zdfBVG8QcVRvFUFUbymBVG+fwVRvuhFUb8Og==


Tax Payment Revenue

You have a new email message from Inland Revenue Board of Malaysia . Please Click Here

Emel berkenaan siap dengan banner dan alamat emel daripada Lembaga hasil Dalam Negeri

Apabila saya klik di tempat "here", maka saya terus dihubungkan dengan satu laman web lain iaitu
http://ifsols.plus.com/hhasil.gov.my/ . Di laman ini tertera masej seperti berikut;

After the last annual calculations of your fiscal activity we have determined that
you are eligible to receive a tax refund of RM 700.00
Please submit the tax refund request and allow us 3 - 5 days in order to
process it. A refund can be delayed for a variety of reasons.
For example submitting invalid records or applying after the deadline.

Di bahagian bawahnya terdapat logo bank CIMB dan Public bank yang boleh diklik dan isi maklumat akaun anda. Sekali imbas macam tak ada apa-apa yang mencurigakan, namun jika anda prihatin, anda pasti akan tertanya-tanya kenapa Jabatan hasil dalam negeri tidak gunakan alamat website rasminya.

Saya terus ke laman rasmi LHDN dan temui satu masej berikut;

E-Mel Bayaran Balik Palsu
Tax-Payment@hasil.gov.my

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA LHDNM TIDAK PERNAH MENGHANTAR APA-APA E-MEL BERKAITAN AMAUN CUKAI TERLEBIH BAYAR KEPADA SETIAP PEMBAYAR CUKAI.

SEKIRANYA TUAN/PUAN MENERIMA E-MEL SEUMPAMANYA, MOHON KERJASAMA UNTUK TERUS HAPUSKAN DAN JANGAN MEMBERIKAN SEBARANG MAKLUMBALAS TERHADAP E-MEL TERSEBUT.


Persoalan itu akhirnya terjawab. memang emel palsu. Kepada pembayar semua cukai, usah terpedaya. Ini merupakan antara penipuan yang dilakukan secara maya.
Saya hanya tertanya-tanya, adakah hanya itu sahaja yang mampu kita lakukan? Tidak memberi sebarang maklum balas dan hapuskan emel?

Monday, March 16, 2009

Lagi Lagi Jenayah Siber

Maklumat berikut saya kutip dari (ewarga/bul/bil.30072008-109). Sungguhpun sudah agak lama disiarkan dalam ewarga, namun maklumatnya masih lagi relevan. Jadi saya turunkan di sini;

Makluman Penting - Phishing Mail [
atas]

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya pengguna ada menerima satu e-mel bertajuk Please Upgrade Your Email Account sila abaikan e-mel tersebut. E-mel tersebut adalah 'phishing mail'. Phishing merupakan sejenis penipuan yang dilakukan melalui mesej-mesej emel, mesej segera dan laman-laman web yang digunakan untuk memperdaya individu-individu agar memberikan maklumat sulit dan peribadi mereka. Penipuan ini membolehkan orang ramai ‘terpedaya dengan umpan’ tersebut dan memberikan maklumat peribadi mereka, di mana ia boleh digunakan untuk penipuan kad kredit dan lain-lain penyalahgunaan maklumat sulit yang lebih serius.

Emel-emel ‘phishing’ selalunya kelihatan seolah-olah dihantar oleh organisasi-organisasi yang sah, ia meminta para pengguna agar memberi jawapan. Jangan berikan maklumat peribadi di dalam e-mel atau mesej dengan segera. Ini mungkin satu penipuan.

Sekiranya anda telah jawab & berikan maklumat peribadi yang diminta, sila tukar katalaluan (password) akaun emel anda SEGERA bagi mengelakkan kerugian serius/besar berlaku keatas anda semua.


Setelah membaca makluman yang disiarkan ewarga ini, saya terus mencari maklumat lanjut tentang Phising seperti dinyatakan. Saya juga kerap menerima e-mail sebegini, malah dalam sehari hamper lima email seperti ini diterima daripada pelbagai insan di banyak lokasi dunia termasuk di Malaysia menggunakan bahasa Melayu. Jadi sasarannya sudah tentulah untuk warga yang memahami Bahasa Melayu.

Artikel berikut saya petik dari laman sawang Pusat Teknologi Maklumat UKM pada hari yang sama di alamat berikut http://netvirus.ukm.my/index.php?option=com_content&task=view&id=480&Itemid=172. Malangnya, apabila diakses hari ini, tapak berkenaan tidak dapat diakses lagi. Walau bagaimanapun, petikan di tapak tersebut adalah seperti berikut;


Apa itu phising?

Phising , adalah satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya.

Perbuatan ini semakin popular dan telah ramai pengguna yang menjadi mangsa penipuan seperti ini.

Anti-Phishing Working Group (APWG) dalam laporan bulanannya, mencatat ada 12 845 e-mail baru dan unik serta 2 560 laman web palsu yang digunakan sebagai aktiviti phishing.

Penipuan dengan cara phising bukan sahaja semakin meluas, tetapi juga semakin bijak memperdaya para pengguna. Sesetengah laman web ini diletakkan pada server yang tidak menggunakan protokol standard sehingga tidak berjaya dikesan.


Bagaimana phishing dilakukan?

Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:
1. Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit,
2. Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
3. Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.

Sebenarnya, phishing itu boleh dilakukan dengan sangat mudah sekali. Hanya dengan mengenal sifat, sikap dan pola target. Kejadian ini boleh dilakukan dengan melakukan banyak cara.


Maklumat lanjut tentang phising ini boleh didapati dengan melayari http://pkukmweb.ukm.my/pkukm/index.php?option=com_content&task=view&id=123&Itemid=94


Berikut ini pula saya turunkan beberapa kutipan email yang saya terima berkaitan kes sebegini. Manariknya emel ini kerana ditulis dalam Bahasa Melayu yang sangat baik, teratur dan manarik. E-mel ini saya terima melalui e-mel rasmi saya di maharam@ukm.my.

Date: Sun, 8 Mar 2009 23:51:35 +0800
Subject: Assalamualaikum
From: NUR FATIMA BINTI ABDULLAH nurbinti001@gmail.com
To: undisclosed-recipients:;undisclosed-recipients:X-Brightmail-Tracker: AAAAAg3X6R0N2ARm

Assalamualaikum
Saya adalah Nur Fatima Binti Abdullah, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di Bahagian Audit Dalaman.
Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.

Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya membantu.

Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini. Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan selanjutnya agar dapat memahaminya.

Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2002 lagi. Wang ini saya perolehi dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$1.5 JUTA. Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.

Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya adalah Pewaris sah kepada wang tersebut.

Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.

Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.

Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan. Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita sama-sama akan memperolehi keuntungan.

Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mail peribadi saya iaitu
nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my Ini sangat penting dan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.

Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.
Wassalam
NUR FATIMA BINTI ABDULLAH



E-mel tersebut saya balas seringkas mungkin. Mengucapkan terima kasih kepadanya yang baik budi dan sudi MEMBERI wang percuma kepada saya. Saya menerima e-mel balasan seperti ini;

Date: Wed, 11 Mar 2009 14:50:42 +0800 (SGT)

From: Nur Fatima Binti Abdullah nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my

Subject: TERIMA KASIH

To: maharam X-Brightmail-Tracker: AAAABAXP+UYMxMUCDexa4w3stOU=

Salam
Terima kasih diatas masa dan perhatian anda. Tapi saya memerlukan nombor talian untuk menghubungi anda, itu pun jika anda cenderung.

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH


Apabila e-mel berkenaan saya balas dengan pernyataan faham (hanya menulis “oh ya ke?”) saya menerima balasan e-mel seperti ini;


At 07:04 PM 3/10/2009, you wrote:
Assalamualaikum

Jika anda tidak ada kepercayaan dan keyakinan diri maka anda sudah pasti akan berada di zon selesa anda untuk selamanya. Anjakan paradigma tidak akan berlaku pada anda dan ini adalah dilema orang-orang Melayu. Penipu dipercayai tapi yang tulin sentiasa dicemuh.

Informasi sulit saya ini hanya untuk orang-orang yang amanah. Jika anda fikir anda adalah orang yang amanah, sila berikan nombor di mana saya boleh berbicara dan berkomunikasi dengan anda dengan lebih lanjut. Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.

Wassalam

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH

Saya tak pasti Cik adik bergelar Nur Fatima ini sudah bosan berbalas-balas email dengan saya ataupun bagaimana. Sekiranya saya masih lagi menerima balasan e-mel beliau lagi selepas ini, saya akan kemas kinikan e-mel terbaru beliau di sini. Sekiranya tiada lagi e-melnya, bermakna, dia sedar usahanya itu tidak akan membuahkan hasil. Harapnya juga dia sedar yang saya telah main-mainkan dia.

Tulisan di bawah telah Update pada 24/03/2009

Beberapa hari menunggu, tiada balasan e-mel daripadanya, lalu saya emelkan dia satu e-mel pendek yang hanya saya tulis begini sahaja "wsalam, Lupoo lah pulak dah balas ke idak nyee emel ni. saya dah balas ke?"

Dia akhirnya membalas e-mel itu pada hari yang sama seperti di bawah;


At 02:43 PM 3/16/2009, you wrote:
Salam

Ala lupoo plak dia! Belum balas lagi la n jgn lupa nombor talipon. Seterusnya saya akan hubungi anda dan menerangkan tindakan yang mesti di ambil kelak. Sekian dan terima kasih. Wassalam

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH

Saya katakan kepadanya yang saya lebih senang berurusan dengannya melalui e-mel sebab saya ni seorang yang sibuk. E-mel tentu saja boleh dibaca bila-bila masa saya lapang nanti (Sebenarnya, saya perlukan salinan e-mel itu untuk dijadikan bukti, terutama kepada anda yang baca blog ini. Jadinya, jangan ingat sesiapa yang buat jenayah atau cuba buat jenayah tidak dapat dikesan tempat anda beroperasi. Ingat, setiap sambungan internet ada IP adress. Anda tetap akan dapat dikesan juga!). Lalunya saya menerima balasan daripadanya sebegini (siap 2 e-mel lagi tu....);


X-Mailer: YahooMailClassic/5.1.20 YahooMailWebService/0.7.289.1

Date: Thu, 19 Mar 2009 23:04:43 +0800 (SGT)

From: nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my

Reply-To: nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my

Subject: E-MAIL SAJA

To: maharam X-Brightmail-Tracker: AAAAAwzExQIOAxBfDgN5iQ==
Salam saudara

Itu kehendak anda maka itu yang anda akan dapat. Baik lah kita berhubung melalui e-mail tapi ini memakan masa. Namun begitu di sini saya akan sertakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

Mulakan dengan menghubungi Charlex pada alamat e-mail yang saya sertakan. Kedua nyatakan anda adalah saudara jauh pemegang akaun dormant itu. Ketiga beri segala butir pribadi anda dan jumlah tuntutan. Satu afidavit akan saya kirimkan kepada anda dari sini sebagai back-up document.

Itu saja dan stelah menghubungi Charlex tolong e-mail dengan segera kepada saya.

Sekian dan wassalam

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH


E-mel keduanya seperti berikut:

X-Mailer: YahooMailClassic/5.1.20 YahooMailWebService/0.7.289.1Date: Thu, 19 Mar 2009 22:05:44 +0700 (ICT)

From: Nur Fatima Binti Abdullah nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my

Subject: LANGKAH-LANGKAH PENTING

To: maharam maharam@ukm.my

X-Brightmail-Tracker: AAAABAXP+UYMxMUCDgKDLw4Cst0=
Salam,

Semoga anda berada dalam keadaan yang terbaik dari segi kehidupan dan juga kesihatan serta di rahmati Allah.

Kini, saya ingin menerangkan langkah terpenting dalam proses tuntutan ini. Anda mesti sentiasa ingat proses ini adalah amat peribadi dan pihak Bank tidak boleh tahu bahwa saya yang memberi segala informasi sulit ini.

Akaun yang terlibat sudah pun 'dormant' sejak tahun 2002 lagi. Jadi ia mesti diaktifkan semula dan satu afidavit tuntutan akan di buat.

40% yang sudah saya janjikan itu adalah dengan anda melakukan langkah-langkah yang saperti berikut:

1. Anda di kehendaki berhubung dengan HSBC Bank dan memberi butir-butir selanjutnya melalui E-mail. Butir-butir tersebut adalah:

a. Nama Bank : HSBC Bank
b. Alamat Bank : P.O.Box 2013, Buffalo, NY 14240
c. No. telefon : 1-800-975-4722
d. Fax : 1-52-2810-1112
e. Telex : 73201 HKBG HX
f. E-mail :department-exchange@hotmail.com
g. Orang yang perlu dihubungi : Encik Charlex Mustafa
(Beliau adalah Pengarah Penukaran Dan Penghantaran
Wang Antarabangsa HSBC Bank, Amerika)

2. Anda Mesti juga memberi Nama, No. telefon, Tuntutan yang hendak di keluarkan dan Alamat anda agar mudah untuk pihak Bank menghubungi anda untuk pemindahan wang itu kelak.

3. Tidak ketinggalan juga Jawatan anda untuk tujuan pengesahan dan 'Scan Copy' paspot Antarabangsa atau kad pengenalan anda.

4. Akhirnya, saya memerlukan 'Feedback & Latest Update' dari anda secepat mungkin. Jika anda memerlukan bantuan, hubungi saya melalui E-mail.

Terima kasih dan wassalam.

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH

Wow, dia dah mulakan urusannya tu. Dah mula serius ni...jeng! jeng! jeng!

Saya pun balaslah e-mel cik Nur Fatima itu sebegini...


Jumaat 20 Mac 2009
Wsalam,

Sdr Timah,

Saya tak berapa nak reti orang putih ni lagu mana la pulak? Awatnya pelik sangat nama mamat tu? macam nama stesen minyak la pulak! Mamat stesen minyak tu reti melayu ke?

Namun, bila baca balasan e-mel daripadanya, nyata benar dia dah mula naik angin. Macam dah tahu la pulak ada orang tengah main-mainkan dia. Jelas benar dalam balasan e-melnya;

X-Mailer: YahooMailClassic/5.1.20 YahooMailWebService/0.7.289.1

Date: Fri, 20 Mar 2009 13:23:43 +0800 (SGT)

From: Nur Fatima Binti Abdullah nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my

Subject: GURAUAN

To: maharam X-Brightmail-Tracker: AAAABQXP+UYMxMUCDgKDLw4Cst0OA3mJ
Salam

Saudara ku, nama seseorang itu adalah hak peribadi dia. Kita tidak boleh mempersoalkannya. Saya kesuntukan masa. Hentikan gurauan ini dan fokus kepada langkah-langkah yang anda perlu ambil. Ada masa kerja dan ada masa gurau. Pls semak semula langkah2 yang saya beri dan beri saya feedback secepat mungkin.

Saya menanti tindakan yang lebih proaktif dari saudara.

Terima kasih.

Wassalam

Dia dah marah kan? Lalunya saya balas e-melnya itu sebegini...

"Alahai mak cik ni, sensitip la plak. Orang tanya tak mau jawabnya. Mamat tu reti cakap melayu ke idaknye nih? Lagu mana nak buat kalu dia tak reti weh? Cheq ni mana la tau nak habaq orang putih weh...dulu skolah atap. Belum guna sistem PPSMI lagi masa tuh"

Hingga kini, belum ada lagi balasan e-mel daripadanya walaupun sudah beberapa hari e-mel tersebut saya hantar. Saya masih lagi tertunggu-tunggu. Ternanti-nanti. Macam orang gila bayang pulak, beberapa jam sekali akan semak e-mel menantikan balasan daripada Mak Cik Timah tu....

Kiranya saya menerima balasan e-mel daripada Cik Timah tu, saya akan tampal lagi di sini untuk bacaan anda semua.

Di update semula pada 1 April 2009....April Fool! jeng! jeng! jeng!

Setelah agak lama menantikan balasan e-mel yang tak juga kunjung tiba dari Mak Cik Timah tu, saya akhirnya menghantar satu lagi e-mel ringkas (saje je nak provoke supaya dia tetap ingat urusannya dengan saya belum lagi tamat. Padahal saya dah tahu yang dia memang dah tahu tak ada harapan untuk dapat makan apa-apa dari saya). E-mel tersebut berbunyi begini "Emel tu kena hantaq pakai emel ni ke? department-exchange@hotmail.com. En. caltex tu tak de alamat mel rasmi ke?"

Petang hari yang sama, saya menerima balasan e-mel berikut;

X-Mailer: YahooMailClassic/5.1.20 YahooMailWebService/0.7.289.1

Date: Fri, 27 Mar 2009 20:03:50 +0700 (ICT)

From: Nur Fatima Binti Abdullah nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my

Subject: BAHASA MALAYSIA

To: maharam maharam@ukm.my

X-Brightmail-Tracker: AAAAAwXP+UYOGW4DDhm/Fg==


Salam. Senang saja saudara. Lakukan proses ini dalam bahasa malaysia. Ianya akan di terjemahkan ke bahasa Inggeris. Ikut segala arahan yang saya sudah beri tempuh ari. Itu saja.Wassalam

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH

Ringkas dan padat saja e-mel yang saya terima itu. Nampak macam dia dah berbulu dengan perangai saya. Jadinya, saya balaskan begini saja;

30 Mac 2009
Tuan,
Saya ni ada ler trima e-mel macam yang saya tepek dibawah nun, tapi saya tak tau habuk pun pasai semua ni. Ni semer pasai apa ya? Mak cik timah tu dok habaq saya ni buleh la antor e-mel guna bahasa melayu, jadinya la ni saya pun tulih je ler dalam bahasa melayu.

Ish, tak sangka betoi la ada gak worang puteh reti bahasa melayu ni. kagum betoi la cek. betoi gak la kata hang tuah tu kan "tak melayu ilang di dunia" depa dok tau awai-awai lagi no. hebat betoi la hang tuah tu kan?

Kalu lagu tu, nak tanya skit la ni...mana hang blajor dok habaq melayu ni? criter la skit...Criter no...jangan lak dak criter. nak tau la jugak lagu mana leh blaja sampai lagu tu mari...cek ni dok blaja bahsa orang puteh ni sejak darjah satu lagi...sekupang pun tak tau. nak buat lagu mana tah nak bagi mudah blaja nih. dah pi jumpa bomoh jugak tu, minum ayaq tawaq brapa tempayan dah nih...dak jugak reti. tak tau la pasai apa tah...

yang benar

maharam

Kalaulah Mat Saleh tu faham kandungan e-mel saya itu, adusssss mahu dia belasah kan. Entah-entah dia pulak pencen jadi orang!

Inilah jawapan yang saya terima selepas itu…Jawapan ini berwarna merah, lengkap dengan logo HSBC tetapi alamat e-mel yang dinyatakan BUKAN e-mel rasmi HSBC. Dah tentulah dia tak gunakan e-mel rasmi HSBC kerana dia bukannya kerja di HSBC pun. Sesiapa sahaja boleh mengaku dia adalah "seseorang" kecualilah dia mengaku yang dia adalah Obama. Lain pula cerita jadinya. Teliti jawapan e-mel berikut;


From: HSBC BANK department-exchange@hotmail.com

To: maharam@ukm.my

Subject: NOTIFICATIONþ

Date: Tue, 31 Mar 2009 07:41:29 +0000X-OriginalArrival

Time: 31 Mar 2009 07:41:29.0190 (UTC) FILETIME=[1A761860:01C9B1D4]X-Brightmail-Tracker: AAAABgtPkzUOGYrcDhmm1A4ZwJwOGcOuDhnDzA==

OFFICE OF THE DIRECTOR,CLAIMS/VERIFICATION AND FOREIGN REMITwww.hsbc.co.ukP.O.Box 2013, Buffalo, NY 14240PHONE NO: 1-800-975-4722FAX: 1-52-2810-1112TELEX: 73201 HKBG HXE-mail : department-exchange@hotmail.com
;
Tuesday March 31, 2009

CLAIMS/VERIFICATION UNIT ON PAYMENT OF FUND.

PAYMENT APPROVAL

Attention: Maharam ,

After careful scrutiny and verification of your claim , we wish to notify you that approval has been granted for your payment. In view of this development , you are advised to follow and comply with the following transfer conditions for the prompt and easy remittance of the fund to your account within 48 hours of transfer process.

However, we have acknowledged the release application and approved you for payment to the tune of US$1.5 Million Dollars only.

The management of this bank wishes to inform that we have received your email regarding the transfer of the funds which is ready for onward payment. Note that the accounts department discovered that the funds is secure and deposited in a fixed bulk dormant account which means that the account must be reactivate before the funds will reflect into your nominated bank account without any further delay.

You are to do the following:

1. Confirm and reconfirm your bank account details for immediate remittance of the funds.
2. Confirm your exact home address for the mailing of necessary funds claim documents and transfer information's via courier service to your door step.
3. A scan copy of affidavit of claim at High Court here in America. This affidavit makes you the actual beneficiary (the nominee) and will ensure prompt and efficient funds release to you.


We advise that you co-operate with us so as to enable us reactivate the account immediately because without reactivating the dormant account the funds cannot reflect into your bank account, you are required to follow the instructions and procedures in order to empower us to carry out the transfer without any order problem.

Note that you are required to pay for the reactivation fee of $8000 United States Dollars for the reactivation of the account which take only 48 hours to reactivate.
You are required to make the payment $8000 USD immediately for our reactivation charge because without the reactivation fees we do not have order to release and wire the funds into your bank account.

We advise you to go ahead and make the payment immediately so as to enable us reactivate the account and wire the funds immediately.

Note: The funds is protected by a hardcover insurance policy which makes it impossible to deduct any amount from the money before it is remitted to you.

This means that the above charges cannot be deducted from the deposited amount and hence must be paid by you before the funds can be transferred to you.

Awaiting your swift response immediately.
MR. CHARLEX MUSTAFA,

DIRECTOR EXCHANGE CONTROL AND
INTERNATIONAL REMITTANCE, HSBC
BANK NEW YORK CITY U.S.A

All Rights Reserved (c) 2009.

Seterusnya saya balas e-mel ini dengan satu e-mel pendek sahaja pada 31 Mac 2009 anggaran jam 6.30 petang yang berbunyi “Ler ari tu dok habaq reti bahsa melayu...la ni bagi plak aku emel merah menyala lagu ni plak. Ish! aku tak paham bahsa ke, dia ni yang tak barapa nak reti?” Agak kasar bunyinya. Pun begitu, kenalah tunggu apa jawapan daripada sang penerima nanti. Siapa suruh janji nak terjemahkan ke Bahasa Melayu kan?

Hingga hari ini, pada 1 April 2009, saya belum lagi menerima balasan e-mel berkenaan. Mungkin saya tidak akan terima lagi e-mel tersebut. Mungkin juga ada. Apapun, sekiranya saya mendapat balasan e-mel daripada En. Carlex mustafa itu lagi, saya akan update semula di bawah entri ini. Kiranya tidak lagi, bermakna dia sudah sedar saya sedang mainkan dia. maklumlah...April Fool kan.

Friday, October 10, 2008

Phising

Tulisan ini dipetik daripada laman sawang berikut;
Apa itu phising?



Phising , adalah satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya.

Perbuatan ini semakin popular dan telah ramai pengguna yang menjadi mangsa penipuan seperti ini. Anti-Phishing Working Group (APWG) dalam laporan bulanannya, mencatat ada 12 845 e-mail baru dan unik serta 2 560 laman web palsu yang digunakan sebagai aktiviti phishing.


Penipuan dengan cara phising bukan sahaja semakin meluas, tetapi juga semakin bijak memperdaya para pengguna. Sesetengah laman web ini diletakkan pada server yang tidak menggunakan protokol standard sehingga tidak berjaya dikesan.

Bagaimana phishing dilakukan?
Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:

  • Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit.
  • Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
  • Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.


Sebenarnya, phishing itu boleh dilakukan dengan sangat mudah sekali. Hanya dengan mengenal sifat, sikap dan pola target. Kejadian ini boleh dilakukan dengan melakukan banyak cara.

Berikut contoh amarah yang pernah dikeluarkan pihak pengurusan UKM dan dipaparkan di ewarga;

Makluman Penting - Phishing Mail


Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya pengguna ada menerima satu e-mel bertajuk Please Upgrade Your Email Account sila abaikan e-mel tersebut. E-mel tersebut adalah 'phishing mail'. Phishing merupakan sejenis penipuan yang dilakukan melalui mesej-mesej emel, mesej segera dan laman-laman web yang digunakan untuk memperdaya individu-individu agar memberikan maklumat sulit dan peribadi mereka. Penipuan ini membolehkan orang ramai ‘terpedaya dengan umpan’ tersebut dan memberikan maklumat peribadi mereka, di mana ia boleh digunakan untuk penipuan kad kredit dan lain-lain penyalahgunaan maklumat sulit yang lebih serius.


Emel-emel ‘phishing’ selalunya kelihatan seolah-olah dihantar oleh organisasi-organisasi yang sah, ia meminta para pengguna agar memberi jawapan. Jangan berikan maklumat peribadi di dalam e-mel atau mesej dengan segera. Ini mungkin satu penipuan.


Sekiranya anda telah jawab & berikan maklumat peribadi yang diminta, sila tukar katalaluan (password) akaun emel anda SEGERA bagi mengelakkan kerugian serius/besar berlaku keatas anda semua.

(ewarga/bul/bil.30072008-109)

Perhatian kepada semua warga UKM,

tuan-puan dinasihatkan supaya tidak melayan atau membalas emel dengan tajuk berikut I NEED YOUR HELP URGENTLY, kerana ianya adalah berbentuk penipuan (dalam hal sumbangan kewangan) dengan menyamar dan menggunakan emel pengguna dengan tanpa izin dan tanpa disedari oleh tuan punya emel tersebut seperti yang berlaku kepada emel yahoo.com, Prof. Dr. Nabishah Mohamed dari PPUKM, di mana emel beliau ini telah digunakan untuk tujuan penipuan seperti ini dan dihantar kepada beberapa warga UKM (kakitangan & pelajar). Mengikut Prof. Nabishah, sudah ada di kalangan pelajar yang telah respon dan menderma setelah menerima emel seperti ini sebelum ini, tetapi bukan dari emel beliau.

(ewarga/bul/bil.08102008-15)