Pages

Tuesday, September 21, 2010

Asah Bakat Menulis Secara Maya, Sertai 100 Penulis


AWAS: entri kali ini saya tulis dalam bentuk tulisan popular. Tulisan popular tidak sesuai digunakan untuk dijadikan sumber rujukan bagi tulisan ilmiah.

Dunia maya menjanjikan banyak nilai kemudahan dan kebaikan sekiranya pengguna tahu manfaatkan. Pengguna internet bukan sahaja boleh manfaatkan kelebihan dunia maya semasa mencari maklumat di pelbagai sumber (sila pastikan maklumat yang anda ambil adalah maklumat yang sahih, sah dan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti agensi kerajaan, tokoh terkemuka yang pakar dalam bidangnya dan perkumpulan tertentu yang berdaftar dan sah fungsinya), malah pada masa yang sama boleh membantu anda mengasah bakat menulis.

Bagaimana cara untuk mengasah bakat menulis secara maya? Terdapat pelbagai pihak menyediakan tapak interaktif yang membolehkan orang ramai menghasilkan sendiri medium untuk mereka berkomunikasi dan meningkatkan mutu penulisan. Sekiranya anda seorang yang gigih, berkeyakinan dan berwawasan tinggi, anda boleh hasilkan e-book dalam pelbagai bidang. Boleh jualkannya secara online juga sekiranya anda mahir membuat promosi. Kalau sebuah e-book atau e-novel boleh anda jual dengan harga RM10 sebuah, ramai pembaca yang tak kesah untuk membelinya secara online. Murah, tetapi ramai pembelinya tetap akan mendatangkan keuntungan.

Sunday, September 5, 2010

Etika dalam Penulisan

Di Malaysia, setiap orang yang terlibat dalam penulisan sama ada secara bercetak atau secara maya perlu menyedari tentang beberapa perkara yang perlu mereka patuhi. Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah;

i. Etika penulisan

ii. Akta dan undang-undang negara

iii. Kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan di Malaysia

iv. Beberapa perkara sensitif yang tidak boleh disentuh dan dibincangkan secara terbuka

Wednesday, September 1, 2010

Menulis Tentang Produk Vaseline tajaan bersama Nuffnang

Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera dan salam kemerdekaan.

Salah satu cara untuk mengasah dan tajamkan bakat menulis anda adalah melalui pertandingan menulis. Menyertai pertandingan menulis mendedahkan anda dengan kehendak dan peraturan dalam sesebuah pertandingan. Anda juga akan lebih prihatin dengan kehendak penganjur bagi memenuhi keperluan penulisan. walau bagaimana bentuk medium dan syarat penyertaannya, sedikit sebanyak penyertaan anda dalam mana-mana pertandingan akan tajamkan deria penulisan anda.

Wednesday, August 25, 2010

Pertandingan Menulis Blog Tentang Negeri Selangor


Semasa melancong secara maya, saya menemui satu pertandingan menulis blog tentang negeri Selangor (My Selangor Story) di blog Cikgu Dahlia. Berikut saya salin sepenuhnya maklumat berkenaan di blog Cikgu Dahlia;
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..
Yup, ada pertandingan baru untuk blogger sekalian. Pertandingan menulis blog My Selangor Story Blog Competition yang dilancarkan pada 19 Ogos 2010 ini dianjurkan oleh Tourism Selangor dan Horizon Communication untuk mempromosikan kebudayaan dan juga sumber kekayaan negeri Selangor ke mata dunia.

Monday, August 23, 2010

Salleh Groger Samsa di Facebook

Entah kenapa, kita tidak pernah belajar daripada sejarah. Tidak pernah mengambil iktibar daripada kesilapan lalu. Tidak pernah menjadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran. Azrin Md. Zain seorang juruteknik computer telah dipenjarakan lima bulan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan dia merupakan individu pertama yang disabitkan bagi kesalahan tersebut di Malaysia yang menghina institusi beraja terutama Sultan Perak. Aduka Taruna menghina almarhum sultan Johor, manakala penghinaan yang sama turut dilakukan oleh Lynette Lincoln dan Joanna Ann di Laman Sawang rasmi Tuanku Mizan, begitu juga Faiza Alih juga menggunakan facebook untuk tujuan yang sama. Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, didakwa menggunakan aplikasi Internet secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain. Semua ini pernah saya sebut semasa menulis tentang Rafiqin Darwisy. Sila rujuk entri ini sebelum meneruskan bacaan.