Pages

Thursday, January 29, 2009

Tentang Blog 3

Artikel ini dikutip dari laman Blog Saiee Driss, penulis tersohor dari Bumi Kenyalang, yang boleh juga anda surf di http://saieedriss.blogspot.com/2009/01/pasang-surut-selera-berblog.html


PASANG SURUT SELERA BERBLOG

Ada kalanya blogging serasa seperti ikan dalam akuarium.

Mungkin begitulah, bahawa dalam apa sahaja aktiviti ada pasang surut mood atau selera, termasuk aktiviti blogging. Maklumlah kebanyakan aktiviti berblog ini kegiatan sukarela, yakni kerja tak bergaji. Ini aktiviti suka-suka... belum sampai menjadi satu kerjaya lagi, walaupun ada ruang untuk menjadikannya kerjaya yang menjanakan pendapatan.

Kalau nak jadikannya kerjaya berpendapatan takl bolehlah dilakukan sambil lewa tanpa perancangan dan tanpa jadual atau disiplin atau etika tertentu. Dan perancangan, dan jadual serta etika itu harus datang daripada diri sendiri. Maksudnya kita pengurus dan kita pekerjanya.

Kalau di pejabat pun kadangkala ada perbezaan pandangan dan pendapat serta perbezaan kaedah melaksanakan sesuatu tugas, dalam beblog juga berlaku di dalam diri konflik begitu. Diri yang merancang bukan main ghairah lagi merancang itu dan ini tetapi diri yang melaksanakannya akan ada sahaja alasan dan landasan untuk tidak melaksanakannya.

Masalah begini agaknya bukan sahaja berlaku dalam alam blogging dan di kalangan blogger acah-acahan atau ocek-ocek, yang tidak perlukan pendapatan daripada aktivitinya. Gejala ini berlaku juga di kalangan profesional pun, sebab itu ada kalanya seseorang menjadi cemerlang dan pada waktu lain menjadi malang kerana tidak produktif.

Itulah sebabnya dalam hampir semua bidang, daripada kerjaya serendah-rendahnya sehingga aktiviti membaca al-Quran dan syarahan agama ada peraduan, sayembara, pertandingan dan entah apa benda, untuk sentiasa merangsang dan memanaskan minat dan semangat agar terus aktif.

Program demikian menjadi sumber penjana semangat dan penyubur minat agar mahu terus berusaha meningkatkan tahap dan prestasi diri. Kini belum ada lagi program atau skim demikian dalam masyarakat blogger di negara ini. Yang ada nampaknya semangat untuk membantutkan semangat berblog.

Bagaimanapun terima kasih kepada mereka yang sentiasa menegur apabila saya lalai dan alpa kerana kependekan sumbu perhatian terhadap blog saya. Saya terhutang budi kepada kalian.

No comments: