Pages

Thursday, January 15, 2009

ZT2243 Kemahiran Menulis

ZT 2243
Kemahiran Menulis
Semester 2, sesi 2008/2009

Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar terhadap perkara asas yang perlu ada di dalam sesebuah penulisan. Pelajar akan didedahkan tentang perkara asas dalam penulisan seperti ciri-ciri bahasa tulisan, bahasa lisan dan penulisan teks serta proses utama dalam penulisan. Seterusnya pelajar akan diterangkan mengenai proses dalam penulisan, laras bahasa, undang-undang dalam penulisan dan ciri-ciri sebuah hasil penulisan yang baik. Kursus ini juga menyentuh penulisan yang berkaitan dengan teknologi maklumat (IT). Pelajar akan diperkenalkan tentang kemahiran menggunakan IT dalam komunikasi maklumat, pencarian maklumat dalam WEB, mengenali penulisan komunikasi IT secara berkesan, seterusnya mengetahui kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi maklumat.

Tujuan kursus ini;
· Mengetahui tentang ciri-ciri bahasa tulisan, teks dan lisan.
· Memahami proses dalam penulisan secara keseluruhan dan mengetahui proses menulis secara khusus.
· Mengetahui dan memahami penggunaan laras bahasa dalam pelbagai jenis tulisan.
· Mengetahui undang-undang yang perlu dipatuhi dalam sesuatu tulisan dan penerbitan.
· Memahami ciri-ciri penulisan yang baik.
· Mendedahkan pelajar dalam bidang penulisan dengan pengetahuan asas bidang IT dan mendedahkan tentang proses pencarian maklumat.

Kursus ini antara lain akan mengkuliahkan perkara-perkara berikut;

Pengenalan konsep kemahiran menulis
Islam dan penulisan
Bahasa tulisan
Proses dalam penulisan dan Proses menulis
Laras bahasa
Ciri-ciri penulisan yang baik
Penulisan dan TM
Undang-undang dan Penulisan


Gerak kerja kursus untuk kursus ini dijalankan secara berkumpulan kecuali untuk kuiz dan peperiksaan akhir. Setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang ahli.

Pemarkahan secara keseluruhan untuk kursus ini adalah seperti berikut;
· Kertas Kerja @ Kertas Cadangan 20 m
· Kertas Kerja IT 20 m
· Pembentangan 10 m
· Kuiz 10 m
· Peperiksaan Akhir 40 m
· Jumlah keseluruhan 100 m

Tajuk kertas kerja akan diberikan di dalam dewan kuliah. Sekiranya kumpulan anda ingin menulis kertas cadangan, anda boleh guna tajuk sendiri. Pastikan tajuk kertas cadangan itu sesuai. Sila BINCANG dengan saya terlebih dahulu sebelum mula menulis.


Format pemarkahan bagi setiap gerak kerja;

1. Kertas kerja @ kertas cadangan
· Tujuan Kajian : 1m
· Skop kajian : 1m
· Kaedah Kajian : 1m
· Format : 1m
· Gaya bahasa : 3m
· Isi dan ketepatan : 8m
· Penemuan/dapatan : 3m
· Bibliografi : 2m
Jumlah : 20m

2. Kertas Kerja IT
· Tujuan Kajian : 1m
· Skop kajian : 1m
· Kaedah Kajian : 1m
· Format : 1m
· Gaya bahasa : 3m
· Isi dan ketepatan : 8m
· Penemuan/dapatan : 3m
· Bibliografi : 2m
Jumlah : 20m


3. Pembentangan

Markah pembentangan adalah:
· Alat Bantu :1.5 m
· Kelancaran & bahasa :2 m
· Masa :1.5 m
· Isi :5 m
· Jumlah :10 m

Bahan2 yang dibentangkan perlu dihantar bersama tugasan cth: powerpoint, kertas edaran, gambar, graf dll.



Panjang Kertas Kerja

Kertas kerja atau kertas cadangan:
tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak boleh lebih daripada 20 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.

Kertas kerja IT:
tidak kurang dari 10 halaman dan tidak boleh lebih daripada 15 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.



Perkara Utama perlu ada dalam Kertas kerja atau kertas cadangan
Setiap tugasan bertulis perlu memenuhi;


a. Halaman Hadapan
· Hanya menggunakan kertas A4 berwarna PUTIH dengan tulisan berwarna HITAM yang JELAS sahaja. Sebarang warna lain selain dari itu TIDAK AKAN diterima sama sekali.

· Perlu difailkan secara kemas.

Perkara yang dicatatkan pada halaman ini adalah seperti berikut;*Nama kumpulan, nama & nombor matrik setiap ahli dengan seragam dan lengkap.

Contohnya;

Alif bin Ba: A 12345

Ta bin Sa: A 00007

Hamzah bin Ya: A 67891

Sekiranya nama anda terlalu panjang, seragamkan juga bentuk penulisannya seperti berikut;


Tengku Mohammad Syafiq Daniel Tengku Mohammad Ibrahim

(A 67891)

Ali bin Abu

(A 00007)

Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie

(A44445)


* Kod dan nama kursus, semester dan sesi pengajian* Tajuk kertas kerja


b. Panjang Kertas Kerja·

Kertas kerja atau kertas cadangan:

tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak boleh lebih daripada 20 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.

Kertas kerja IT:

tidak kurang dari 10 halaman dan tidak boleh lebih daripada 15 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.

c. Gaya UKM, APA atau MLA

Penulisan kertas kerja perlu memenuhi syarat-syarat dan penulisan sama ada Gaya UKM, MLA atau APA. Gunakan sistem pernomboran yang betul, bibliografi dan cara rujukan sama ada Gaya UKM, APA atau MLA, huruf times new roman dengan font 12.

d. Tarikh hantar kertas kerja·

Sila hantar kertas kerja anda sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan. Kelewatan menyerahkan kertas kerja pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan berlaku `pengurangan’ pada bahagian markah. Kelewatan menyerahkan kertas kerja sehari, akan menyebabkan SATU markah akan ditolak daripada jumlah keseluruhan kertas kerja yang diperolehi. Kertas kerja yang lewat dihantar sehingga seminggu akan menyebabkan kertas kerja berkenaan TIDAK akan dinilai.

e. Perkara Utama perlu ada dalam kertas kerja

Tujuan kajian: apakah tujuan kajian dilakukan?

Contoh tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT

Contoh tujuan kajian 1:

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.

Contoh tujuan kajian 2:

Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.

Kenapa aspek ini dipilih?

*Aspek ini menjadi pilihan kerana menjadi isu hangat dan dibincangkan secara meluas, tetapi masih diperdebatkan secara umum tanpa kajian yang serius.

*Aspek ini dipilih kerana ingin mencari kebenaran adakah benar pelajar lelaki di IPT memang tidak cemerlang berbanding pelajar wanita dan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.

Kaedah kajian: nyatakan kaedah yang digunakan.

Terdapat pelbagai kaedah kajian yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian kajian, contohnya;

i. Resensi kepustakaan:

melakukan penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.

ii. Mengedar soalan kaji selidik:

menghantar set soalan kaji selidik, mengutipnya semula setelah diisi respondan dan melakukan analisis dengan menggunakan pogram tertentu.

iii. Kajian makmal: melakukan uji kaji di makmal.

iv. Temubual dan wawancara: menemui tokoh tertentu yang berkaitan dan menemubualnya, dan sebagainya.

*kaedah kajian boleh digabungkan semuanya atau sebahagian sahaja yang berkaitan.

Skop / batasan kajian: apa yang difokuskan dalam kajian. Fokus ini akan menentukan arah atau batasan dalam tulisan.
Contoh 1:

Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar wanita menjadi lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM.


Bermakna, kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja. Jadinya, apa-apa keputusan, dapatan dan kesimpulan dari kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang boleh dilihat umpamanya;

i. mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja

ii. kaum Melayu di semua IPTA

iii. pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja.

Penemuan: perlu menepati kehendak dan menjawab tujuan kajian.

f. Nota Tambahan· Penilaian kertas kerja berdasarkan keaslian dan idea yang bernas serta tersendiri, huraian yang menepati dan wajar, struktur kertas kerja termasuk pengenalan, isi, huraian isi, contoh, penemuan, kesimpulan, bibliografi dll.·

Elakkan melakukan copy and paste daripada bahan rujukan atau mencuri idea dan melakukan jenayah plagiat.

Keutamaan markah diberikan kepada tulisan yang ASLI dan segar.


Kuiz
Beberapa soalan akan dikemukakan dalam kuliah sepanjang semester. Kuiz perlu dijawab dan dihantar dalam masa kuliah. Semasa jawab kuiz, anda DIBOLEHKAN:
§ Berbincang
§ Membuat rujukan
Masa untuk menjawab kuiz hanya 5 minit sahaja. Kuiz yang telah TERLEPAS tidak boleh diulang semula walau apa pun alasan.

Peperiksaan Akhir
Markah keseluruhan: 40 M
Terbahagi kepada 3 bahagian;

Bahagian A. (15 m)
o Struktur.

Bahagian B. (15 m)
o Bentuk ESEI.
o Soalan daripada bahagian Kemahiran Menulis
o Jawab SATU daripada beberapa soalan yang diberikan.

Bahagian C (10 m)
o ESEI.
o Soalan daripada bahagian Kemahiran IT
o Jawab SATU daripada beberapa soalan yang diberikan.

Pemarkahan

Markah dan gred bagi semua tugasan pelajar berdasarkan pendapat dan pertimbangan profesional pensyarah kursus ini dan tidak boleh dirundingkan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, pelajar boleh memaklumkan dengan segera kepada pensyarah berkenaan.


Rujukan


Egger, Philip. 1989. Proses and Practise: A Guide ti Basic Writing. New York: Harper Collins Publisher.
Halimah Bodioze Zaman & Norhayati Abdul Mukti. 1998. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi. Petaling Jaya:Prentice Hall.
Kamal Halili Hassan. 1990. Penulis dan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin hj. Husin. 1995. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Maria O’ Daniel. 1999. Ahead with It: Route to success. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman (Malaysia).


Sila rujuk juga blog saya untuk mengetahui rujukan terkini yang diperlukan.

Pemarkahan
75% ke atas A
70% - 74% A-
65% - 69% B+
60% - 64% B
55% - 59% B-
50% - 54% C+
45% - 49% C
34% - 44% C-
23% - 33% D+
12% - 22% D


Tingkah Laku

Pelajar yang mengikuti kursus ini dikehendaki menepati masa perkuliahan, tidak mengganggu orang lain semasa kuliah berlangsung, menghormati antara satu sama lain, memberi kerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan dan prihatin terhadap kursus ini. Pelajar juga dikehendaki menyediakan suasana mesra, harmoni dan berdisiplin dalam kuliah dan tutoran.

1 comment:

Unknown said...

soalan untuk kemahiran menulis ada x?