Pages

Wednesday, September 22, 2010

Salah Laku Moral di Internet

Abd Aziz, Ahmad Shamsul and Ooi, Yeng Keat (2002). Salahlaku moral menerusi Internet: satu tinjauan. Jelapang, 3 (1). pp. 55-61.

Boleh dimuat turun secara maya di http://eprints.uum.edu.my/id/eprint/391

SALAHLAKU MORAL MENERUSI INTERNET: SATU TINJAUAN

Ahmad Shamsul Data' Abd Aziz’, Ooi Yeng Kea


abstrak

Kecanggihan internet jauh mengatasi alat-alat kornunikasi lain yang sedia ada pada zaman ini. Lantaran itu, orang ramai telah banyak menggunakan internet sebagai alat komunikasi sama ada untuk tujuan perhubungan atau penyebaran maklumat dalam kehidupan harian. Bagaimanapun, kemudahan internet yang disediakan telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak apabila mereka menggunakannya sebagai medium untuk melakukan gangguan sehual seperti menghantar gambar lucah kepada rakan lain, melakukan plagiarisme akademik dan melayari laman web lucah. Salahlaku moral ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada satu perbuatan jenayah yang serius. Justeru itu, artikel ini akan cuba membincangkan definisi salahlaku moral menerusi internet,mengupas faktor penyebab kejadian ini tevadi, serta mencadangkan beberapa lmgkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan pihak berkuasa dalam membendung gejala ini daripada term berleluasa.

Tuesday, September 21, 2010

Asah Bakat Menulis Secara Maya, Sertai 100 Penulis


AWAS: entri kali ini saya tulis dalam bentuk tulisan popular. Tulisan popular tidak sesuai digunakan untuk dijadikan sumber rujukan bagi tulisan ilmiah.

Dunia maya menjanjikan banyak nilai kemudahan dan kebaikan sekiranya pengguna tahu manfaatkan. Pengguna internet bukan sahaja boleh manfaatkan kelebihan dunia maya semasa mencari maklumat di pelbagai sumber (sila pastikan maklumat yang anda ambil adalah maklumat yang sahih, sah dan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti agensi kerajaan, tokoh terkemuka yang pakar dalam bidangnya dan perkumpulan tertentu yang berdaftar dan sah fungsinya), malah pada masa yang sama boleh membantu anda mengasah bakat menulis.

Bagaimana cara untuk mengasah bakat menulis secara maya? Terdapat pelbagai pihak menyediakan tapak interaktif yang membolehkan orang ramai menghasilkan sendiri medium untuk mereka berkomunikasi dan meningkatkan mutu penulisan. Sekiranya anda seorang yang gigih, berkeyakinan dan berwawasan tinggi, anda boleh hasilkan e-book dalam pelbagai bidang. Boleh jualkannya secara online juga sekiranya anda mahir membuat promosi. Kalau sebuah e-book atau e-novel boleh anda jual dengan harga RM10 sebuah, ramai pembaca yang tak kesah untuk membelinya secara online. Murah, tetapi ramai pembelinya tetap akan mendatangkan keuntungan.

Sunday, September 5, 2010

Etika dalam Penulisan

Di Malaysia, setiap orang yang terlibat dalam penulisan sama ada secara bercetak atau secara maya perlu menyedari tentang beberapa perkara yang perlu mereka patuhi. Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah;

i. Etika penulisan

ii. Akta dan undang-undang negara

iii. Kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan di Malaysia

iv. Beberapa perkara sensitif yang tidak boleh disentuh dan dibincangkan secara terbuka

Wednesday, September 1, 2010

Menulis Tentang Produk Vaseline tajaan bersama Nuffnang

Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera dan salam kemerdekaan.

Salah satu cara untuk mengasah dan tajamkan bakat menulis anda adalah melalui pertandingan menulis. Menyertai pertandingan menulis mendedahkan anda dengan kehendak dan peraturan dalam sesebuah pertandingan. Anda juga akan lebih prihatin dengan kehendak penganjur bagi memenuhi keperluan penulisan. walau bagaimana bentuk medium dan syarat penyertaannya, sedikit sebanyak penyertaan anda dalam mana-mana pertandingan akan tajamkan deria penulisan anda.